Home Novel Cinta Dating Jumaat Malam
Bab 7

"Sebenarnya kami ada hajat," kenduri sudah hampir selesai bila tiba-tiba beberapa buah kereta tiba di perkarangan rumah Amira. Tetamu sudah makin berkurang, cuma keluarga dan jiran terdekat yang tinggal untuk membantu mengemas. Ketika itu, rombongan Faizal.

Amira yang sedang mengemaskan lauk-pauk lebihan kenduri di dapur hampir pengsan bila Liza memaklumkan ada orang datang meminangnya. Tanpa berfikir panjang, Amira meluru ke hadapan dengan senduk masih di tangan. Faizal, kerja gila apa yang dia cuba lakukan!

"Amira," Puan Fatimah, ibu Amira terus menarik senduk di tangan Amira dan memberikan kepada Liza.

"Amira, naik atas dulu, tukar baju," Puan Fatimah menarik tangan Amira. Amira masih terkejut. Sepanjang kenduri, dia sibuk membantu dan baju kurung yang di pakainya agak comot di sana-sini.

Puan Fatimah memilih baju dan menyuruh dia menyalin pakaian. Amira menurut tana bantahan. Namun, dalam fikirannya ligat memikirkan apa yang sedang berlaku.

"Mira kenal ke dengan Faizal?" Puan Fatimah bertanya ketika Amira membetulkan tudung yang dipakainya. Tanpa sedar Amira mengangguk.

"Eh, Mira kenal tapi kami kawan saja," Amira cuba menjelaskan.

"Tak apa kita turun dulu dan cuba dengar apa yang pihak mereka nak sampaikan," Puan Fatimah menarik tangan Amira keluar dari bilik dan menuruni tangga.

"Itupun Amira, mungkin kita bagi ruang pada Faizal dan Amira. Lainnya, bolehlah ke luar dulu menjamu selera. Lauk kenduri banyak lagi," Encik Amir, ayah Amira mencadangkan. Tetamu yang memenuhi ruang tamu beransur ke luar rumah. Tinggal Faizal yang duduk di sofa dan Amira yang berdiri tegak di tepi tangga.

"Apa yang sedang berlaku Faizal?" Amira terus menduduki sofa berhampiran Faizal. Pandangannya tajam tepat ke arah Faizal. Faizal terdiam, dia sudah menerangkan apa yang berlaku kepada keluarga Amira dan mereka kelihatan tidak menunjukkan sebaran penerimaan mahupun penolakan. Keputusan memang terletak di tangan Amira. Amira yang perlu difahamkan dan perlu dipujuk.

"Ayah saya sakit tenat dan ibu merayu-rayu meminta saya berkahwin. Saya tak sampai hati dan Amira adalah satu-satunya yang boleh membantu saya. Tolong ye Amira?" Faizal merenung wajah Amira dengan wajah yang sayu. Amira kehilangan kata.

"Saya dah terangkan pada keluarga Amira yang kita berjumpa sebulan yang lepas ketika Amira menemuramah saya dan kita mula berkawan selepas itu. Kita keluar temu janji setiap jumaat malam. Ayah awak kata, dia hairan bila awak balik lewat setiap jumaat malam dan tidak menyangka awak sudah ada teman lelaki. Saya sudah katakan pada mereka yang saya sudah melamar awak cuma awak masih mahu menunggu masa yang sesuai untuk berkahwin dan saya setuju. Cuma, ayah saya sakit dan tak boleh menunggu lagi. Saya, saya mengharapkan belas kasihan awak untuk tunaikan harapan orang tua yang tinggal sedikit masa lagi di dunia ini dengan menerima pinangan saya," Faizal menjelaskan panjang lebar. Amira merenung Faizal tidak percaya. Benar, setiap butir bicara Faizal adalah benar cuma, Faizal langsung tidak menyebut tentang hakikat sebenarnya bahawa mereka tidak percayakan perkahwinan dan mereka sama sekali bukan kekasih!

"Saya faham kalau awak tak setuju, tapi saya harap sangat untuk awak setuju. Saya akan terima apa saja syarat awak asal awak kahwin dengan saya," Faizal merayu lagi.

"Hmm, Amira ke? Mak Cik Jamilah, ibu Faizal," seorang wanita lewat 60-an mendekati. Amira menoleh apabila Puan Jamilah mengambil tepat di sisi Amira.

"Cantik Amira ni, pandai Faizal pilih menantu ibu," pandangan Puan Jamilah menyeluruh ke wajah Amira sebelum tangan tuanya menggenggam jari-jemari Amira. Amira tergamam. Bagaimana mungkin untuk menolak bila bakal ibu mentuanya begitu mesra menerimanya?

"Mak Cik minta maaf sebab agak tergesa-gesa meminang, tapi Amira setujukan? Amira setuju, apapun syarat Amira, Mak Cik tunaikan," bersungguh Puan Jamilah meyakinkan cuma isi bicaraya seperti telah di dengar. Amira menjeling Faizal yang sudah tersengih. Benar, sungguh wanita yang sedang menggenggam erat tangannya dan merenung wajahnya itu ibu kepada Faizal.

"Erm, Mak Cik, saya bukan tak nak kahwin, cuma kami baru kenal..." Amira cuba memberikan alasan sebelum bicaranya selamba dipotoong Liza, sepupunya yang paling rapat tapi paling ringan mulut membocorkan rahsianya.

"Bukan Mira tak suka ke bercinta? Mira kan suka kahwin dan bercinta selepas kahwin," Liza tersengih. Amira merenung Liza kurang senang. Faizal tersenyum dengan pernyataan Liza, ya, memang Amira seperti itu. Tapi, Amira dah berubah sekarang. Atau Amira masih tidak seperti itu. Pandangannya jatuh kepada Amira yang masih menatap wajah ibunya dengan serba salah. Faizal dipagut rasa bersalah. Maafkan saya Amira, saya terpaksa. Saya berjanji saya akan tunaikan semua kehendak awak selepas ini. Faizal berbicara sendiri. Entah mengapa dia seakan yakin Amira pasti bersetuju.

"Err.. baiklah. Saya setuju," Amira bersuara perlahan. Namun, nampaknya didengari semua apabila ucapan syukur dan Alhamdulillah bergema memenuhi ruang tamu rumah dua tingkat milik Encik Amir dan Puan Fatimah.

Puan Jamilah memeluk erat Amira. Suaranya mengucapkan terima kasih kedengaran serak. Puan Jamilah menahan tangis gembira. Amira terkaku seketika.

"Kalau semua dah setuju, kita nikah terus malam ni," Puan Jamilah menyarankan saat pelukan terlerai. Saranan yang kedengaran umpama guruh di dada Amira. Faizal terkaku sejenak.

"Elok juga, dah ramai-ramai begini. Nikah ni mudah, jadikan syarat mereka dah diikat. Kemudian baru diuruskan pendaftaran," ada suara yang Amira tidak pasti siapa. Amira menoleh memandang Faizal. Faizal membalas pandangan memberi isyarat dia turut tidak tahu-menahu tentang rancangan itu.

"Bagaimana Faizal, sedia nak akad nikah?" Encik Amir pula bersuara khusus memandang Faizal yang masih termangu-mangu.

"Faizal, kamu nak kahwin ke tidak?" Puan Jamilah pula menyergah.

'Nak, nak. Boleh, boleh," Faizal juga menjawab tanpa sedar.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.