Home Novel Cinta Dating Jumaat Malam
Bab 8

"Kami pergi dulu ye mak, abah," Faizal menyalami kedua mentuanya. Petang jumaat itu sepatutnya temu janji kali keempat mereka berlangsung. Tapi, rancangan sudah berubah, pertemuan bukan sekadar untuk satu malam, tapi hujung minggu di rumah mentua Amira di Kedah.

Selesai urusan menikah malam sabtu itu, rombongan Faizal kembali semula ke Kedah esoknya. Faizal turut menghantar dan melawat bapanya yang masih ditahan di wad hospital besar alor setar. Setelah itu pulang semula ke Kuala Lumpur hari selasanya. Hari rabu, dia sibuk menguruskan urusan pernikahan, pemeriksaan kesihatan dan kursus kahwin. Mujur ada kursus kahwin yang diadakan pada hari khamis itu. Kursus kahwin ekspress bagi kes-kes istimewa seperti dirinya. Amira turut mengikuti, pemeriksaan kesihatan dan kursus kahwin serta pendaftaran pernikahan. Masih ada yang perlu dibereskan yang memerlukan untuk mereka hadir lagi ke pejabat agama minggu hadapan.

Amira yang menurut Faizal tanpa banyak bicara. Amira yang terus-terusan mendiamkan diri menggusarkan hati Faizal. Marahkah Amira? Petang itu, mereka keluar bersama lagi untuk perjalanan hampir tujuh jam ke Alor Setar. Setelah berpamitan dengan kedua orang tua Amira, Faizal memandu kereta memasuki lebuh raya utara-selatan. Setelah tiba di rawang, Amira masih berdiam. Pandangannya di talakan ke luar tingkap. Ya, sejak mereka di nikahkan, Amira tidak berbicara sepatah pun. Hanya menurut segala permintaannya. Benar, sejak mereka berkenalan, sejak Faizal mencadangkan untuk berkahwin, sejak mereka mula keluar bertemu janji setiap jumaat malam, Amira memang lebih banyak menurut dan mengikutnya. Malah bila diminta nikah paksa juga, Amira masih diam menurut. Sehingga kini, Amira menurutinya, tapi tanpa suara dan tanpa reaksi di wajahnya.

Tiba-tiba terdetik di hati Faizal untuk mendengar suara ceria Amira, senyumannya yang mengusik, bibirnya yang mencebik bila Faizal mempermainkannya dan tawanya yang riang. Mungkinkah Amira tidak akan jadi seperti Amira yang dulu setelah apa yang berlaku. Amira yang menganggapnya kawan lelaki pertama. Adakah dia bukan lagi kawan lelaki Amira bila statusnya kini berubah kepada suami? Faizal menjeling Amira di sisi yang diam membatu.

Sudah seminggu berlalu, Amira memohon cuti kecemasan selama lima hari menguruskan urusan perkahwinan tiba-tibanya itu. Dia buka seperti Faizal yang merupakan bos dan pemilik firma tempat Faizal bekerja sendiri. Dia makan gaji dan dia sudah membuat temujanji untuk sesi temuramah pada minggu tersebut yang terpaksa dibatalkan. Selain tidak sibuk dengan urusan perkahwinan, dia juga tidak dapat fokus dengan kerjanya bila semua ini berlaku. Keputusan yang berlaku tiba-tiba benar-benar menyerabuti fikirannya.

Walaupun, mereka masih belum tinggal serumah, Amira bertemu Faizal hampir setiap hari sejak mereka bernikah. Faizal langsung tidak cuba menjelaskan apa-apa selain apa yang dijelaskan pada petang sabtu sebelum pernikahan mereka. Faizal hanya meminta Amira membuat pemeriksaan kesihatan, hadir ke kursus kahwin dan hadir ke pejabat agama untuk pendaftaran pernikahan. Amira merasakan Faizal sudah tidak kisah lagi perasaannya bila kehendaknya tercapai. Ya, pernikahan yang memuaskan hati kedua orang tua Faizal. Barangkali benar kata Faizal, kehadiran wanita dalam hidupnya adalah sesuatu yang melemaskan dan wanita itu pasti akan terluka kerananya. Amira sedar wanita itu adalah dia. Dialah wanita yang akan bersama Faizal dalam perkahwinan ini dan terluka kerananya.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.