Home Novel Cinta Dating Jumaat Malam
Bab 9

Amira menjenguk di dapur bila Puan Jamilah kelihatan sibuk menyiapkan juadah. Puan Jamilah mengukir senyuman dan menggamit Amira mendekati.

"Tengok ni, ibu masak ketam masak lemak cili api, udang sambal petai dengan pucuk ubi kayu rebus, semua ni masakan kegemaran Faizal. Amira boleh tolong tumbukkan sambal beacan? Faizal suka sambal belacan tumbuk dari yang mesin," Amira terkaku melihat juadah yang tersedia. Faizal dengan masakan kampung? Boleh ke dia telan semua ni? Amira menyambut lesung batu dari tangan Puan Jamilah.

"Sedapnya bau, ibu masak apa?" Faizal agak terperanjat melihat Amira sedang menumbuk lesung di dapur. Puas dia mencari Amira sebentar tadi, fikirnya Amira sudah melarikan diri. Faizal tersenyum lega.

"Semua masakan kegemaran Faizal. Ayah pun dan keluar wad, Faiza pun dah ada isteri, ibu gembira sangat. Tak sabar nak buat kenduri. Amira, nak buat kenduri macam mana? Amira bagi tahu saja, nanti ibu siapkan, duit jangan risau, duit Faizal tu bertimbun dia kirim setiap bulan ibu simpan untuk buat kenduri," Puan Jamilah merenung Amira sambil tersenyum senang. Amira membalas senyuman.

"Mira tak kisah, ikut ibu lah. Buat kecil-kecilan pun Mira tak kisah, duit yang abang bagi tu untuk ibu guna bukan untuk buat kenduri Mira," Amira bersuara lembut. Suara Amira yang pertama didengari Faizal sejak mereka selamat menikah. Faizal terpegun dengan suara Amira yang kedengaran gemersik di pendengarannya. Dan Amira menyebut 'Abang'? Faizal tersenyum sendiri, Amira pandai pula berlakon.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.