Home Novel Komedi/Romantik Komedi Aku Alergik Cinta
Aku Alergik Cinta
Ilyana Hani
12/11/2012 22:50:11
200,133
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 18

TERHENTI tangan Hakimi yang sedang asyik menyudu kuah tomyam. Seekor udang yang turut sama berada dalam mangkuk itu benar-benar membuatkan dia terkejut.

“Kau ni kenapa? Ada ikan paus ke dalam mangkuk tu yang kau tengok sampai tak berkedip mata?” Tanya Syafiq yang jelas kehairan melihat rakan serumahnya yang memandang ke dalam mangkuk tom yam sehingga tidak berkedip matanya. Apabila Hakimi meletakkan seekor udang dalam pinggan nasinya, baru dia tahu punca rakan serumahnya beraksi pelik tadi. Hatinya bagai digeletek, mahu sahaja dia menghamburkan tawa tetapi ditahan. Mahu mengamuk si Hakimi andai dia terlepas tawa. Nampaknya Aifa bukanlah benar-benar ikhlas, ada juga agenda di sebalik semua ini. Sengaja mahu mengenakan Hakimi. Apabila buku bertemu ruas, inilah jadinya.

“Minah gengster tu memang nak cari pasal dengan aku. Sengal punya orang! Siap kau aku kerjakan nanti!” Amarah Hakimi tidak mampu dikawal lagi, dia mengepal-ngepal tangannya, meja makan ditumbuk kuat.

“Kau nak runtuhkan meja ni ke? Kau dah makan pun, apa kau boleh buat? Kau nak korek balik ke?” Syafiq berkata geram, kalau Hakimi geramkan Aifa sekalipun, janganlah dilepaskan marah padanya.

“Memang nak kena minah sengal tu!” Aizam mendengus geram, dia sudah berjaya dimainkan oleh Aifa.

“Kalau betul kau geramkan dia pergilah serang dia, jangan nak lepaskan dekat aku!”

Sorry beb, aku tak sengaja.” Hakimi menyandarkan badannya di kerusi. Hatinya benar-benar panas kini, andai sahaja musuh ketatnya itu berada di hadapan mata, pasti dikerjakannya. Syafiq ketawa perlahan dan semakin lama tawanya itu kian ketara di pendengaran. Tawa itu benar-benar membingitkan telinganya.

“Aku tengah geram, kau pula gelakkan aku!”

Relax bro! Sekarang apa yang kau nak buat? Kau dah makan, jadi kau tunggu ajelah kulit kau jadi merah dan gatal-gatal.” Syafiq bangun menuju ke singki dengan riak tidak bersalah.

“Belalah jiran kesayangan kau tu! Sayangkan dia sangat pergilah masuk meminang!” Hambur Hakimi geram.

“Kenapa? Kau geram atau cemburu bila aku bela dia?”

“Aku cemburu? Kau salah oranglah!”

“Sekarang ni kau basuh tangan dulu, tangan kau dah kering. Lepas tu kau nak sambung bising pun aku tak kisah.” Syafiq mengelap tangannya. Hakimi pantas sahaja membasuh tangannya, selepas ini dia mahu Syafiq menemaninya ke sebelah rumah, dia perlu berhadapan dengan gadis itu. Terang dan nyata gadis itu ingin mengenakannya!

“Syafiq, jom temankan aku ke rumah sebelah.” Pantas sahaja Hakimi mengajak Syafiq.

“Kenapa?”

“Aku nak cakap dengan Aifa.”

“Cakap ke berperang lagi?”

Hakimi terdiam. “Sudahlah, sekarang ni kau orang berdua salah! Kau yang asyik cari pasal dengan dia, jadi kau jangan nak salahkan dia seorang kalau dia buat kau macam tu!” Panjang Syafiq membebel.

“Kau dengan dia sama aje!”

“Kau dengan Aifa pun sama aje! Dua-dua keras kepala, aku rasa batu lagi lembut dari kepala kau orang berdua!” Hakimi terdiam apabila mendengar Syafiq turut sama menyalahkannya.

“Dah jom ikut aku naik atas. Aku ada seorang kawan, comel tau! Jom aku kenalkan pada kau.” Syafiq sudah melangkah ke tangga.

“Kau jangan nak ubah topik. Sejak bila kau simpan perempuan dalam rumah ni?”

“Itulah lain kali mengata lagi dekat Aifa, sekarang ni wayar kepala kau pun dah tercabut! Gila aku nak simpan perempuan dalam rumah ni! Aku nak kenalkan dalam FB. Jomlah.”

“Tak mahu!” Hakimi masih berkeras kepala.

“Jomlah, untung-untung kau boleh sembang dengan dia, hilangkan tekanan kau dengan minah gengster kau tu.”

“Tak nak!”

“Jomlah.” Syafiq menarik tangan Hakimi, terpaksa jua rakannya itu melangkah malas naik ke tingkat atas.

AIZAM memandang tajam adiknya. Tangannya pantas sahaja meletakkan sesuatu dalam pinggan nasi adiknya.

“Kenapa?” Aifa berpura-pura tidak memahami.

“Apa yang ada dalam pinggan tu?” Aizam masih merenung adiknya, geram kerana adiknya itu masih sahaja mahu mengenakan Hakimi. Eloklah tu buku bertemu ruas!

“Udang dengan sotong. Abang tak kenal ke?” Sempat lagi Aifa mengenakan abangnya, hakikatnya dia cuba mengalih perhatian Aizam tetapi sia-sia, air muka abangnya masih seperti tadi, serius tanpa senyuman.

“Abang ke Aifa yang tak kenal. Tadi cakap tak ada makanan laut.”

“Errr..” Aifa terkedu, tergagap-gagap dia mahu menjawab.

You owe me an explanation. You said before there are no seafood either prown or squid in this dish.” Tajam renungan Aizam benar-benar menakutkannya.

“I love prawn and squid.” Aifa merasakan itulah jawapan yang terbaik. Mujur sahaja ayah dan ibunya tidak makan bersama-sama mereka, kalau tidak mahunya gamat lagi suasana tika ini.

I know you love prown and squid but why you lied to me before? If you really love seafood, you just tell me the truth and I will tell Hakimi.” Tegas Hakimi bersuara, adiknya kian melampau. Walaupun Hakimi acap kali mencari pasal dengannya, tidak perlulah sehingga dia mengenakan lelaki itu sehingga membabitkan isu kesihatan lelaki itu.

“Terlupa.” Sepatah Aifa menjawab.

“Terlupa?” Aizam tersenyum sinis. “Okey, mungkin Aifa terlupa sewaktu Aifa masak sebab Aifa dah terbiasa masukkan seafood, but why don’t you tell me the truth when I asked you once again before I giving the dishes to Syafiq and Hakimi?”

“Entah!” Aifa masih culas dalam jawapannya.

“Entah? Why don’t you just tell the truth?”

“Aifa tak tahu!” Bentak Aifa.

“Abang nak Aifa pergi minta maaf pada Hakimi.”

“Untuk apa? Pagi tadi Aifa dah minta maaf, so now is his turn!” Suara Aifa juga kian meninggi.

“Tapi Aifa yang bersalah, dah tahu dia alah makan laut kenapa masukkan juga dalam masakan Aifa?” Aizam juga kian geram, terhenti suapannya, selera makannya juga mati di situ.

“Aifa bukan masakkan untuk dia!”

“Aifa memang parah sekarang ini! Sudahlah abang malas nak layan Aifa, abang tak sangka Aifa akan jadi sekejam ni.” Aizam bangun dari kerusi, dia mahu membasuh tangan. Buang masa sahaja dia bertengkar dengan Aifa sekarang ini.

“Abang.”

Aizam tidak mempedulikan Aifa, biar adiknya itu rasa bersalah. Aifa turut sama membasuh tangannya. Dia mendapatkan abangnya yang sedang menonton televisyen.

“Abang, I’m sorry.”

You should apologise Hakimi not me.” Ringkas Aizam menjawab, siaran televisyen ditutup lantas melangkah meninggalkan Aifa. Dia sengaja mahu membiarkan adiknya dalam keadaan serba salah.

Okey, Aifa akan minta maaf pada dia.” Perlahan sekali suara Aifa, hampir sahaja tidak sampai ke pendengaran Aizam.

Are you sure?” Hakimi kurang pasti, mata adiknya ditenung. Cuba mencari keikhlasan.

Yes I am.” Hampir separuh menjerit Aifa menjawab.

Okey, lets go.” Aizam menarik tangan adiknya sehingga hampir sahaja Aifa tersungkur kerana tarikan yang tiba-tiba itu.

“Abang ni kenapa? Lepaslah.” Aifa cuba merentap tangannya daripada gengaman erat Aizam.

“Jumpa Kimi.”

“Now?” Aifa kurang percaya. Biar betul abang ni! Sekarang! Oh, tidak! Dia fikir abangnya itu hanya main-main.

Yes now!” Tegas Aizam menjawab, dia tahu pasti adiknya itu menyangka dia hanya main-main. “Sometime I can joke around but when it comes to such a big matter like today, I will be serious. Even you are my own sister, my only biological sister but when you are wrong definitely I will say you are wrong. Can you get me?”

“Pagi esok boleh tak?” Aifa cuba berkrompomi.

“Tak boleh. Jom pergi sekarang.” Aizam kembali menarik tangan Aifa agar mengikutinya.

“Kejaplah nak pakai tudung dulu. Janganlah sebab nak minta maaf pada manusia biasa kita perlu tanggung dosa lain pula.” Giliran Aifa pula berceramah, Aizam terkedu. Dia benar-benar mahukan Aifa meminta maaf kepada Hakimi sehingga dia terlupa adiknya itu masih tidak menutup mahkotanya sebagai seorang wanita.

“Cepat sikit.” Tangan Aifa dilepaskan, serentak itu Aifa berlari naik ke biliknya. Dia mahu mengunci pintu bilik.

Aifa tersenyum puas melihat pintu biliknya yang sudah dikunci dari dalam. Novel di atas meja dibaca. Belum sempat dia menghabiskan satu muka surat, telefon bimbitnya berbunyi.

Jangan ingat kau boleh lepas minah gengster! Sampai lubang cacing sekalipun aku akan cari kau. Hari ni hari aku, esok lusa aku akan pastikan kau pula kena! Kau ingat kau di bawah aku, aku boleh buat apa yang aku suka. Aku SE kau, senang-senang aje aku boleh reportdekat bos yang kau not up to my expectation and it is better to let you go then keep you as a big waste to our company.

Pesanan ringkas(sms) yang dikirim oleh Hakimi dibacanya. Tanpa sedar dia mengepal penumbuk, geram sekali kerana diugut.

Kau ingat aku takut sangat! Tolonglah lkmal Hakimi! Aku boleh buat laporan polis yang kau cuba mengugut aku! Kalau aku tunjuk sms ni, memang kau akan kena tindakan, cubaan mengugut! Kau ingat aku takut sangat dengan kau!

Aifa menekan butang ‘hantar’. Selang seminit, telefonnya kembali berbunyi.

Kalau disiasat balik, aku ugut kau sebab kau kenakan aku dulu!

Kian hebat perdebatan antara dua musuh itu. Aifa tidak mahu mengalah, sms Hakimi dibalas.

Jelas lagi terbukti kau makan masakan aku. Tak malu betul! Aku masak untuk keluarga aku dan Syafiq aje. Kenapa kau menyibuk?

Hati Hakimi kian panas apabila membaca sms kiriman Aifa. Salahnya juga kerana termakan pujukan Syafiq.

Okey, kau tunggu hujung bulan ini. AIFA NABILA, YOU ARE FIRED

Aifa tergamam saat membaca sms itu. Dia membalas lagi.

You are NOT the boss in MZ Holding. Sedar diri sikit!

Hati Aifa puas saat membalas sms itu, pasti Hakimi sudah kalah. Aifa tersenyum kemenangan tetapi hanya seketika. Sms masuk lagi.

Memang aku bukan bos, tapi aku SE kau! Kalau aku lapor yang kau tu satu kerja pun tak boleh buat, kau agak-agak apa yang akan jadi? At that time please say good bye to MZ Holding. You are fired. Ingat sikit, kau bawah pengawasan aku!

Hati Aifa kian terbakar. ‘Sengal punya lelaki!’

Belum sempat Aifa membalas, kunci pintu biliknya dibuka dari luar. Bagaimana dia boleh lupa, kunci biliknya diletakkan dalam bilik ibu dan ayahnya. Pintu biliknya dikuak dari luar.

“Cakap nak pakai tudung aje. Dah lebih dua puluh minit! Cepat turun, sebab Aifa malas nak berjalan ke sebelah, abang dah panggil Kimi datang ke rumah.” Kata Aizam sambil bercekak pinggang. Aifa bagaikan mahu pitam saat mendengar khabar yang dibawa oleh abangnya. ‘Kimi ada di bawah? Aduh, masak ni!’ Hatinya berbisik gusar.

“Kejap Aifa nak masuk bilik air dulu.” Aifa bangun dari katil. Sepantas kilat Aizam berlari dan didepakan tangannya di hadapan pintu bilik air.

No entry! Bilik air di bawa pun ada!”

“Tepilah!” Aifa cuba menolak badan Aizam, ternyata kudratnya tidak mampu mengerakkan tubuh sasa itu walaupun seinci. “Yalah, Aifa turun!” Aifa melangkah turun selepas mengenakan tudung di kepalanya. Dia sengaja menghentakkan kakinya kuat apabila berjalan, mahu menunjukkan dia tidak puas hati. Aizam menggeleng melihat perangai adiknya. Tanpa kata dia turut sama membuntuti Aifa turun.

Previous: Bab 17
Next: bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.