TERHENTI tangan Hakimi yang sedang asyik
menyudu kuah tomyam. Seekor udang yang turut sama berada dalam mangkuk itu
benar-benar membuatkan dia terkejut. “Kau
ni kenapa? Ada ikan paus ke dalam mangkuk tu yang kau tengok sampai tak berkedip
mata?” Tanya Syafiq yang jelas kehairan melihat rakan serumahnya yang memandang
ke dalam mangkuk tom yam sehingga tidak berkedip matanya. Apabila Hakimi
meletakkan seekor udang dalam pinggan nasinya, baru dia tahu punca rakan
serumahnya beraksi pelik tadi. Hatinya bagai digeletek, mahu sahaja dia
menghamburkan tawa tetapi ditahan. Mahu mengamuk si Hakimi andai dia terlepas
tawa. Nampaknya Aifa bukanlah benar-benar ikhlas, ada juga agenda di sebalik
semua ini. Sengaja mahu mengenakan Hakimi. Apabila buku bertemu ruas, inilah
jadinya.
“Minah
gengster tu memang nak cari pasal dengan aku. Sengal punya orang! Siap kau aku
kerjakan nanti!” Amarah Hakimi tidak mampu dikawal lagi, dia mengepal-ngepal
tangannya, meja makan ditumbuk kuat.
“Kau
nak runtuhkan meja ni ke? Kau dah makan pun, apa kau boleh buat? Kau nak korek
balik ke?” Syafiq berkata geram, kalau Hakimi geramkan Aifa sekalipun,
janganlah dilepaskan marah padanya.
“Memang nak kena minah sengal tu!”
Aizam mendengus geram, dia sudah berjaya dimainkan oleh Aifa.
“Kalau betul kau geramkan dia
pergilah serang dia, jangan nak lepaskan dekat aku!”
“Sorry
beb, aku tak sengaja.” Hakimi menyandarkan badannya di kerusi. Hatinya
benar-benar panas kini, andai sahaja musuh ketatnya itu berada di hadapan mata,
pasti dikerjakannya. Syafiq ketawa perlahan dan semakin lama tawanya itu kian
ketara di pendengaran. Tawa itu benar-benar membingitkan telinganya.
“Aku
tengah geram, kau pula gelakkan aku!”
“Relax bro! Sekarang apa yang kau nak
buat? Kau dah makan, jadi kau tunggu ajelah kulit kau jadi merah dan
gatal-gatal.” Syafiq bangun menuju ke singki dengan riak tidak bersalah.
“Belalah
jiran kesayangan kau tu! Sayangkan dia sangat pergilah masuk meminang!” Hambur
Hakimi geram.
“Kenapa?
Kau geram atau cemburu bila aku bela dia?”
“Aku
cemburu? Kau salah oranglah!”
“Sekarang
ni kau basuh tangan dulu, tangan kau dah kering. Lepas tu kau nak sambung
bising pun aku tak kisah.” Syafiq mengelap tangannya. Hakimi pantas sahaja
membasuh tangannya, selepas ini dia mahu Syafiq menemaninya ke sebelah rumah,
dia perlu berhadapan dengan gadis itu. Terang dan nyata gadis itu ingin
mengenakannya!
“Syafiq,
jom temankan aku ke rumah sebelah.” Pantas sahaja Hakimi mengajak Syafiq.
“Kenapa?”
“Aku
nak cakap dengan Aifa.”
“Cakap
ke berperang lagi?”
Hakimi
terdiam. “Sudahlah, sekarang ni kau orang berdua salah! Kau yang asyik cari
pasal dengan dia, jadi kau jangan nak salahkan dia seorang kalau dia buat kau
macam tu!” Panjang Syafiq membebel.
“Kau
dengan dia sama aje!”
“Kau
dengan Aifa pun sama aje! Dua-dua keras kepala, aku rasa batu lagi lembut dari
kepala kau orang berdua!” Hakimi terdiam apabila mendengar Syafiq turut sama
menyalahkannya.
“Dah
jom ikut aku naik atas. Aku ada seorang kawan, comel tau! Jom aku kenalkan pada
kau.” Syafiq sudah melangkah ke tangga.
“Kau
jangan nak ubah topik. Sejak bila kau simpan perempuan dalam rumah ni?”
“Itulah
lain kali mengata lagi dekat Aifa, sekarang ni wayar kepala kau pun dah
tercabut! Gila aku nak simpan perempuan dalam rumah ni! Aku nak kenalkan dalam
FB. Jomlah.”
“Tak
mahu!” Hakimi masih berkeras kepala.
“Jomlah,
untung-untung kau boleh sembang dengan dia, hilangkan tekanan kau dengan minah
gengster kau tu.”
“Tak
nak!”
“Jomlah.”
Syafiq menarik tangan Hakimi, terpaksa jua rakannya itu melangkah malas naik ke
tingkat atas.
AIZAM memandang tajam adiknya. Tangannya
pantas sahaja meletakkan sesuatu dalam pinggan nasi adiknya.
“Kenapa?”
Aifa berpura-pura tidak memahami.
“Apa
yang ada dalam pinggan tu?” Aizam masih merenung adiknya, geram kerana adiknya
itu masih sahaja mahu mengenakan Hakimi. Eloklah tu buku bertemu ruas!
“Udang
dengan sotong. Abang tak kenal ke?” Sempat lagi Aifa mengenakan abangnya,
hakikatnya dia cuba mengalih perhatian Aizam tetapi sia-sia, air muka abangnya
masih seperti tadi, serius tanpa senyuman.
“Abang
ke Aifa yang tak kenal. Tadi cakap tak ada makanan laut.”
“Errr..”
Aifa terkedu, tergagap-gagap dia mahu menjawab.
“You owe me an explanation. You said before
there are no seafood either prown or squid in this dish.” Tajam renungan
Aizam benar-benar menakutkannya.
“I love prawn and squid.” Aifa merasakan
itulah jawapan yang terbaik. Mujur sahaja ayah dan ibunya tidak makan
bersama-sama mereka, kalau tidak mahunya gamat lagi suasana tika ini.
“I know
you love prown and squid but why you lied to me before? If you really love
seafood, you just tell me the truth and I will tell Hakimi.” Tegas Hakimi
bersuara, adiknya kian melampau. Walaupun Hakimi acap kali mencari pasal
dengannya, tidak perlulah sehingga dia mengenakan lelaki itu sehingga
membabitkan isu kesihatan lelaki itu.
“Terlupa.”
Sepatah Aifa menjawab.
“Terlupa?”
Aizam tersenyum sinis. “Okey, mungkin
Aifa terlupa sewaktu Aifa masak sebab Aifa dah terbiasa masukkan seafood, but why don’t you tell me the truth
when I asked you once again before I giving the dishes to Syafiq and Hakimi?”
“Entah!”
Aifa masih culas dalam jawapannya.
“Entah?
Why don’t you just tell the truth?”
“Aifa
tak tahu!” Bentak Aifa.
“Abang
nak Aifa pergi minta maaf pada Hakimi.”
“Untuk
apa? Pagi tadi Aifa dah minta maaf, so
now is his turn!” Suara Aifa juga kian meninggi.
“Tapi
Aifa yang bersalah, dah tahu dia alah makan laut kenapa masukkan juga dalam
masakan Aifa?” Aizam juga kian geram, terhenti suapannya, selera makannya juga
mati di situ.
“Aifa
bukan masakkan untuk dia!”
“Aifa
memang parah sekarang ini! Sudahlah abang malas nak layan Aifa, abang tak
sangka Aifa akan jadi sekejam ni.” Aizam bangun dari kerusi, dia mahu membasuh
tangan. Buang masa sahaja dia bertengkar dengan Aifa sekarang ini.
“Abang.”
Aizam
tidak mempedulikan Aifa, biar adiknya itu rasa bersalah. Aifa turut sama membasuh
tangannya. Dia mendapatkan abangnya yang sedang menonton televisyen.
“Abang, I’m sorry.”
“You should apologise Hakimi not me.”
Ringkas Aizam menjawab, siaran televisyen ditutup lantas melangkah meninggalkan
Aifa. Dia sengaja mahu membiarkan adiknya dalam keadaan serba salah.
“Okey, Aifa akan minta maaf pada dia.”
Perlahan sekali suara Aifa, hampir sahaja tidak sampai ke pendengaran Aizam.
“Are you sure?” Hakimi kurang pasti, mata
adiknya ditenung. Cuba mencari keikhlasan.
“Yes I am.” Hampir separuh menjerit Aifa
menjawab.
“Okey, lets go.” Aizam menarik tangan
adiknya sehingga hampir sahaja Aifa tersungkur kerana tarikan yang tiba-tiba
itu.
“Abang
ni kenapa? Lepaslah.” Aifa cuba merentap tangannya daripada gengaman erat
Aizam.
“Jumpa
Kimi.”
“Now?” Aifa kurang percaya. Biar betul
abang ni! Sekarang! Oh, tidak! Dia fikir abangnya itu hanya main-main.
“Yes now!” Tegas Aizam menjawab, dia tahu
pasti adiknya itu menyangka dia hanya main-main. “Sometime I can joke around but when it comes to such a big matter like
today, I will be serious. Even you are my own sister, my only biological sister
but when you are wrong definitely I will say you are wrong. Can you get me?”
“Pagi
esok boleh tak?” Aifa cuba berkrompomi.
“Tak
boleh. Jom pergi sekarang.” Aizam kembali menarik tangan Aifa agar
mengikutinya.
“Kejaplah
nak pakai tudung dulu. Janganlah sebab nak minta maaf pada manusia biasa kita
perlu tanggung dosa lain pula.” Giliran Aifa pula berceramah, Aizam terkedu.
Dia benar-benar mahukan Aifa meminta maaf kepada Hakimi sehingga dia terlupa
adiknya itu masih tidak menutup mahkotanya sebagai seorang wanita.
“Cepat
sikit.” Tangan Aifa dilepaskan, serentak itu Aifa berlari naik ke biliknya. Dia
mahu mengunci pintu bilik.
Aifa
tersenyum puas melihat pintu biliknya yang sudah dikunci dari dalam. Novel di
atas meja dibaca. Belum sempat dia menghabiskan satu muka surat, telefon
bimbitnya berbunyi.
Jangan ingat kau boleh lepas minah gengster!
Sampai lubang cacing sekalipun aku akan cari kau. Hari ni hari aku, esok lusa
aku akan pastikan kau pula kena! Kau ingat kau di bawah aku, aku boleh buat apa
yang aku suka. Aku SE kau, senang-senang aje aku boleh reportdekat bos
yang kau not up to my expectation and it
is better to let you go then keep you as a big waste to our company.
Pesanan
ringkas(sms) yang dikirim oleh Hakimi dibacanya. Tanpa sedar dia mengepal
penumbuk, geram sekali kerana diugut.
Kau ingat aku takut sangat! Tolonglah lkmal
Hakimi! Aku boleh buat laporan polis yang kau cuba mengugut aku! Kalau aku
tunjuk sms ni, memang kau akan kena tindakan, cubaan mengugut! Kau ingat aku
takut sangat dengan kau!
Aifa menekan butang ‘hantar’. Selang seminit,
telefonnya kembali berbunyi.
Kalau disiasat balik, aku ugut kau sebab kau
kenakan aku dulu!
Kian hebat
perdebatan antara dua musuh itu. Aifa tidak mahu mengalah, sms Hakimi dibalas.
Jelas lagi terbukti kau makan masakan aku. Tak
malu betul! Aku masak untuk keluarga aku dan Syafiq aje. Kenapa kau menyibuk?
Hati Hakimi kian panas apabila membaca sms kiriman
Aifa. Salahnya juga kerana termakan pujukan Syafiq.
Okey, kau tunggu hujung bulan ini. AIFA NABILA, YOU ARE FIRED
Aifa
tergamam saat membaca sms itu. Dia membalas lagi.
You are NOT the boss in MZ
Holding. Sedar diri sikit!
Hati
Aifa puas saat membalas sms itu, pasti Hakimi sudah kalah. Aifa tersenyum
kemenangan tetapi hanya seketika. Sms masuk lagi.
Memang aku bukan bos, tapi aku SE kau! Kalau aku
lapor yang kau tu satu kerja pun tak boleh buat, kau agak-agak apa yang akan
jadi? At that time please say good bye to
MZ Holding. You are fired. Ingat sikit, kau bawah pengawasan aku!
Hati Aifa kian
terbakar. ‘Sengal punya lelaki!’
Belum sempat Aifa membalas, kunci pintu biliknya
dibuka dari luar. Bagaimana dia boleh lupa, kunci biliknya diletakkan dalam
bilik ibu dan ayahnya. Pintu biliknya dikuak dari luar.
“Cakap
nak pakai tudung aje. Dah lebih dua puluh minit! Cepat turun, sebab Aifa malas
nak berjalan ke sebelah, abang dah panggil Kimi datang ke rumah.” Kata Aizam
sambil bercekak pinggang. Aifa bagaikan mahu pitam saat mendengar khabar yang
dibawa oleh abangnya. ‘Kimi ada di bawah? Aduh, masak ni!’ Hatinya berbisik
gusar.
“Kejap
Aifa nak masuk bilik air dulu.” Aifa bangun dari katil. Sepantas kilat Aizam
berlari dan didepakan tangannya di hadapan pintu bilik air.
“No entry! Bilik air di bawa pun ada!”
“Tepilah!”
Aifa cuba menolak badan Aizam, ternyata kudratnya tidak mampu mengerakkan tubuh
sasa itu walaupun seinci. “Yalah, Aifa turun!” Aifa melangkah turun selepas
mengenakan tudung di kepalanya. Dia sengaja menghentakkan kakinya kuat apabila
berjalan, mahu menunjukkan dia tidak puas hati. Aizam menggeleng melihat
perangai adiknya. Tanpa kata dia turut sama membuntuti Aifa turun.