Home Novel Komedi/Romantik Komedi Aku Alergik Cinta
Aku Alergik Cinta
Ilyana Hani
12/11/2012 22:50:11
200,025
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Sinopsis ringkas
Aifa Nabila – Si gadis yang sudah alergik dengan cinta dan lelaki. Selepas dikhianati gara-gara tunangnya bermain kayu tiga, dia sudah bencikan cinta. Cinta? Memang tidaklah!

Ikmal Hakimi – Lelaki yang menjadi mangsa gaduh Aifa. Baru pertama kali berjumpa, gadis itu sudah memulakan drama sebabak. Gadis singa yang ayu katanya!

Siapa sangka, pertemuan itu bukanlah pertemuan pertama dan terakhir mereka. Mereka bukan sekadar berjiran tetapi juga berkongsi tempat kerja yang sama. Sejak dari itulah bermulanya kisah minah gengster vs mamat sengal. Oh, tidak! Hari-hari mereka bercakaran, langsung tidak mengenal jemu. Pagi, petang, siang dan malam ada sahaja yang mereka gaduhkan.

“Ayat Bahasa Melayu pun tunggang-langgang ada hati nak gaduh dengan aku. Lain kali kau pergi ambil kelas Bahasa Melayu dulu sebelum gaduh dengan aku. Jenis aku memang tak bercakap dengan orang yang salah tatabahasa ni!” Kata-kata Hakimi ada kalanya menyakitkan hatinya.

Kata Amira kisah hidup bercakaran Aifa dan Hakimi akan diakhiri dengan kasih sayang. Rasanya dalam mimpilah mereka akan berbaik! Tetapi siapa sangka, musuh ketat akhirnya bertukar menjadi pasangan kekasih. Cinta datang lagi! Bahagia rasanya apabila dia kembali menyulam erti cinta.

Tetapi kehadiran Aleesya yang memperkenalkan dirinya sebagai tunang Hakimi benar-benar meremukkan jiwanya. Ah, lelaki sama sahaja! Langsung tidak boleh dipercaya!

Previous: bab 8
Next: bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.