Home Novel Komedi/Romantik Komedi Aku Alergik Cinta
Aku Alergik Cinta
Ilyana Hani
12/11/2012 22:50:11
200,037
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
bab 20
AIFA meniarap di atas katil sambil melayan facebook dan twitter. Ada dua friends requests yang terbaru, ditekannya. Seorang ialah rakan lamanya dan seorang lagi dia sendiri tidak mengenalinya, yang dia tahu lelaki itu mutual friend kepada Syafiq. ‘Layan ajelah.’ Aifa terus sahaja klik pada ‘accept’.

Malam-malam begini sememangnya menjadi habit Aifa melayan kawan-kawannya di facebook dan twitter.

Insan biasa : Hai, terima kasih sebab approve J

Tiba-tiba kenalan baru Aifa di alam maya menghantar mesej di chat box.

Eyla Nabila : Hai, sama-sama. Maaf kalau saya tanya, awak kenal saya ke?

Insan biasa : Tak kenal tapi sekarang baru aje kenal. Facebook untuk kita saling

berinteraksi?

Eyla Nabila : Ya betul tu. By the way thanks for add

Insan biasa : You too thanks for approve

Eyla Nabila : Sama-sama. Awak kawan Syafiq ke?

Insan biasa : Ya kawan Syafiq

Eyla Nabila : Kenapa tiba-tiba awak addsaya?

Teragak-agak Aifa sewaktu ingin menaip soalan itu, banyak kali juga dia berfikir. takut juga andai kenalan barunya terluka.

Insan biasa: Syafiq yang beri cadangan pada saya, dia kata awak ni baik. Saya cuba

cari gambar awak dalam profile tapi tak ada.

Eyla Nabila: Saya private semua gambar yang ada muka saya hehe :D

Insan biasa: Kenapa?

Eyla Nabila : Saja.. Awak pun kenapa private semua gambar awak?

Insan biasa : Macam awak juga, saja..Awak duduk mana?

Eyla Nabila : Awak private gambar, nama awak pun bukan nama sebenar, macam

mana kawan-kawan nak kenal awak?

Insan biasa : Haha.. Saja biar ramai yang terkena :P Awak pun bukannya letak nama

betul

Eyla Nabila : Ini nama betul sayalah.

Insan biasa : Ada ke orang nama Eyla Nabila.. Rasanya ejaan Eyla ini ejaan glamour

haha :P

Eyla Nabila : Cemburulah tu saya ada nama glamourhaha :P

Insan biasa : Tak cemburu langsung, buang masa aje haha..: Awak duduk mana?

Eyla Nabila : Saya duduk atas kerusilah, tak mungkin saya duduk atas meja pula.

Awak pun mesti duduk di kerusikan?

Aifa cuba bergurau, dia ingin mengenali lelaki ini sama ada dia jenis baik atau kaki menipu wanita!

Insan biasa : Boleh aje kita duduk di atas lantai, kalau lelaki bersila di atas lantai dan

perempuan pula bersimpuh di atas lantai.. Bolehkan duduk di atas lantai? hehe..

Aifa ketawa apabila membaca jenaka kenalan barunya itu.

Eyla Nabila : Kalau lantai tu kotor, awak nak duduk atas lantai tu juga ke?

Insan biasa : Haha.. Saya suruh orang sapu dulu lantai tu, kemudian baru saya duduk.

Eyla Nabila : Kenapa orang yang tolong sapukan? Kenapa awak tak nak sapu sendiri?

Insan biasa :Menyapu sampah ni kerja perempuan bukan lelaki haha..

Eyla Nabila : Banyaklah! Semuanya kerja perempuan, habis tu lelaki nak buat apa?

Insan biasa : Lelaki mengarah aje haha..

Eyla Nabila : Huhu, memang suka kenakan oranglah awak ni! Kesian adik awak.

Insan biasa : Adik saya cakap dia beruntung ada abang macam saya.

Eyla Nabila : Yalah tu, masuk troli tolak sendiri nampak :P

Insan biasa : Tak pernah saya dengar peribahasa macam tu?

Eyla Nabila : Saya gurau ajelah! Saya dulu Bm dapat A1 tau, saya cekap tentang

bahasa ni..haha sekarang ini saya betulkan balik ‘Masuk bakul angkat sendiri’.. haha dah betulkan?

Insan biasa : Itu baru betul! Cehhh puji diri!

Eyla Nabila : Awak yang puji diri dulu, saya tiru awak aje haha

Insan Biasa : Dah dekat pukul 11 ni, awak tak tidur lagi ke?

Eyla Nabila : Tengah tidurlah ni! Saya tengah online dalam mimpi, awak tak tahu lagi ke

Insan Biasa : Haha..lawak betullah! Saya cadangkan awak masuk raja lawak..

Eyla Nabila : Satu cadangan yang baik.. Mesti awak akan jadi salah seorang

peminat sayakan?

Insan Biasa : Sudah pasti! Saya akan jadi peminat yang akan undi KELUAR

awak haha..

Eyla Nabila : Kejam!

Aifa tertawa sendiri, pandai juga rakan alam mayanya itu bergurau.

Insan Biasa : Awak kerja apa?

Eyla Nabila : Kenapa tiba-tiba aje awak tanya kerja saya?

Insan Biasa : Saja nak tanya, dalam profile awak tak ada pun tentang kerja awak.

Eyla Nabila : Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih! Awak

tu pun, takkan awak kerja tanam anggur?

Insan Biasa : Betullah tu! Saya tanam anggur di rumah hehe..Saya tanya lagi sekali, awak kerja apa?

Eyla Nabila : Kerja saya mudah aje, saya merompak rumah orang ala-ala Ali Baba dan 40 orang penyamun tapi saya lebih sikit, Eyla dan 41 orang penyamun haha.. Kalau awak rasa perlukan perkhidmatan saya untuk merompak, jangan malu-malu dan jangan segan-segan telefon aje saya.

Insan Biasa : Okey. Bagilah nombor telefon, tadi cakap suruh telefon aje kalau

perlukan perkhidmatan

Eyla Nabila : Awak PM saya di FB aje, saya ni penyamun alaf baru. Teknologi di

hujung jarilah.

Insan Biasa : Okey, beres penyamun alaf baru! Saya mengantuk dah ni! Selamat

malam

Aifa tersenyum sendiri, sama sekali dia tidak menyangka dia boleh melayan otak gila-gila ‘Insan biasa’. Malam masih muda, pantas sahaja jari-jemari Aifa bermain tetikus komputer ribanya, dari facebook dia beralih pula pada twitterdan selepas itu kembali beralih ke facebookpula. Itulah kerjanya di rumah, melayari internet!

‘Malam masih muda.’ Hati Aifa berbisik sambil tangannya lincah menari-nari di atas keyboard lap top.

Previous: bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.