Home Novel Komedi/Romantik Komedi Aku Alergik Cinta
Aku Alergik Cinta
Ilyana Hani
12/11/2012 22:50:11
200,068
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
bab 6

NOVEL di atas meja kecil bersebelahan katil diambil. Novel itu diselak, memang menjadi kebiasaan sebelum tidur untuk membaca novel. Sengaja mencari mood jiwang sebelum melelapkan mata. ‘Novel Nian Di Hati’ karya Elin Nadia benar-benar membuatkan jiwanya sayu, sedihnya rasa seorang isteri yang tidak diterima oleh ibu mertua sendiri malah dicaci dan hina. Adakalanya mengalir juga air matanya. Tapi inilah realiti sebuah novel, banyak menceritakan erti sebuah kehidupan, susah payah, pahit getir mahupun manis kehidupan. Namun, dia masih kuat kerana suaminya benar-benar mencintai dan sentiasa berada di sisinya.

Air mata bergenang di kelopak matanya. Nasihat Aizam pagi tadi kembali bertamu di minda. Mana mungkin dia melupakan cinta pertamanya itu! Terlalu perit untuk dikenangkan! Bertunang sewaktu belajar benar-benar menyesakkan jiwanya. Mujurlah peristiwa itu tidak menggugat keputusan peperiksaannya.

Hati Aifa diruntun perasaan sayu saat menatap kulit novel ‘Nian di hati.’ Biarpuan Amy perlu berhadapan dengan ibu mertuanya yang benci akan dirinya, namun dia msih kuat kerana suami tersayang sangat mencintainya. Biarpun pelbagai benda dilakukan oleh ibu mertuanya, namun suaminya masih setia bersama-samanya biarpun dia lumpuh.

Tetapi nasibnya berbeza dengan Amy. Biarpun ibu Safwan menyayanginya, namun Safwan sudah tidak mencintainya. Separuh hatinya sudah diberikan kepada orang lain. Dia sudah tidak kuat! Dia tidak mampu bertahan lagi! Orang yang dicintai mengkianatinya. Jadi, untuk apa lagi dia mempertaruhkan kesetiaan buat lelaki seperti itu. Tiada gunanya. Dia menghulurkan sekeping hati untuk lelaki itu, namun apa balasannya? Hatinya diluka! Perit sekali dia menelan setiap luka yang bertamu di hati.

Bukan sekadar hatinya diluka, malah ‘dirawat’ pula dengan garam! Pedihnya benar-benar mencengkam jiwa. Sudahlah ditinggalkan, malah di caci dan dimaki di hadapan orang ramai. Malunya tidak terkata, pedihnya semakin merasuk jiwa!

Inikah cinta yang selalu manusia katakan? Benarkah cinta itu indah? Hakikatnya cinta benar-benar memedihkan hatinya. Baginya pedih mata menghiris seratus guni bawang tidak sepedih dan seperit kisah cintanya!

Pintu diketuk dari luar, Aifa mengesat air matanya. Dia menarik nafas dalam, cuba menenangkan hati.

“Masuklah pintu tak kunci.”

Aizam menjengulkan kepalanya di sebalik pintu sambil tersengih. “Aifa tak tidur lagi?”

“Dah tidur, ni tengah cakap dalam tidur.”

Sengihan Aizam semakin mekar, tersengih sampai ke telinga. Dia sudah mengagak adiknya pasti memberi jawapan yang tiada dalam skema pemarkahan!

“Sengih macam keran busuk ni kenapa? Kerang busuk pun tak sengih over macam tu!”

Aizam masih tersengih, dia duduk di birai katil. Aifa membetulkan duduk.

“Mimpikan doktor Mazliana ke? Sengih semacam aje.”

“Pandai Aifa teka.” Aizam tersenyum malu, mengalahkan perempuan!

“Mesti mimpi kahwin dengan kak Maz?” Aifa meneka.

“Taklah!”

“Mimpi bertunang dengan kak Maz?”

“Pun bukan.”

“Mimpi keluar date dengan kak Maz?”

“Salah juga!”

“Malas nak teka. Abang cakap ajelah abang mimpi apa?” Aifa mendengus geram, semua tekaannya salah.

“Abang mimpi.. Abang mimpi..” Aizam melambat-lambatnya percakapannya, sengaja mahu menduga Aifa.

“Cepatlah cakap!” Aifa memukul abangnya dengan bantal.

“Abang mimpi pergi bercuti dekat Paris dengan Maz dan anak-anak kami.”

Over acting betullah abang ni!”

Over dreaming not over acting.” Aizam membetulkan percakapan adiknya.

“Apa-apa ajelah. Amboi, jauhnya mimpi! Ini kes teruk dah! Bila nak kahwin?” Bersemangat Aifa bertanya, hilang perasaan sedihnya tadi. Inilah yang selalu dia rasakan saat bersama-sama abangnya. Aizam bagaikan mampu menceriakan perasaannya.

“Duit tak cukup lagi, lainlah kalau Aifa nak sponser.

` “Macamlah kak Maz minta hantaran seratus ribu, buat ayat teruk! Bila abang nak lamar kak Maz?”

“Abang nak kenal hati budi Maz dulu. Abang tak nak pisang berbuah dua kali, pengalaman banyak mengajar abang. Lagipun abang nak pastikan yang Maz benar-benar ikhlas cintakan abang.”

“Betul tu, jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Pengalaman yang banyak mendewasakan kita.”

“Bersasteralah pula malam-malam ni!” Aizam kembali mengenakan adiknya.

“Aifa serius ni!”

“”Yalah. Abang nak kenal hati budi Maz dulu sebelum abang lamar dia. Lagipun abang baru aje kenal Maz setahun. Abang tak nak abang dimainkan kali kedua. Abang nak cinta abang kali ni sehingga ke jinjang pelamin.”

“Insya-Allah. Lagipun Aifa tengok kak Maz tu baik.”

“Abang pun rasa macam tu, abang nampak kebaikan dia, tapi abang nak pastikan dia betul-betul ikhlas. Abang tak nak dia sayang abang sebab duit. Setakat ni abang nampak dia orang baik.”

“Aifa pun nampak kak Maz seorang yang ikhlas.” Aifa menyokong abangnya.

“Mentang-mentanglah Maz belanja aiskrim hari tu, terus aje cakap dia baik. Kalau dia tak belanja maknanya dia jahatlah ya?”

“Aifa tak cakap macam tu pun. Abang ni!” Aifa menumbuk lengan Aizam. Pecah tawa abangnya itu.

“Malas nak layan abang. Orang cakap betul-betul dia main-main.” Aifa berpura-pura merajuk.

“Sejak bila Aifa Nabila pandai merajuk ni?”

“Sejak Muhammad Aizam Haziq suka mengusik.” Tawa Aizam kembali kedengaran. Bantal di tangan Aifa sudah berpindah ke badan Aizam, dipukul abangnya itu sekuat hati.

Okey, abang minta maaf.” Aizam akhirnya mengalah. Dia sudah malas mahu bercakaran dengan adiknya di waktu malam pekat begini.

Sorry naik lori.”

“Abang cakap maaf bukannya abang cakap sorry.”

“Tengok, baru aje minta maaf, dah cari pasal balik!” Aizam hanya tersengih, ada-ada sahaja ayat kanak-kanak ribena daripada adiknya itu!

“Aifa tak tidur lagi?”

“Pukul berapa sekarang ni?”

“Pukul dua pagi rasanya.” Mata Aizam kian kuyu.

“Buat apa tadi? Baca novel ke?

Aifa mengangguk. Dia sanggup bersengkang mata demi menghabiskan baca sebuah novel. Pernah sekali dia tidak tidur sehingga pukul lima pagi gara-gara menghabiskan novel nukilan penulis kegemarannya. Sudahnya matanya sembap sewaktu ke kelas.

“Aifa mengantuklah, abang tak nak sambung tidur ke?”

“Abang tidur kat sini boleh?” Aizam masih tidak puas mengusik adiknya. Biarpun matanya semakin berat namun dia puas kerana dapat mengenakan Aifa.

“Pergi balik bilik abanglah!”

“Tak nak, abang nak tidur dalam bilik ni.”

“Abang jangan main-main, kena flying kick nanti!” Aifa mengugut.

“Apa nak bagi flying kiss? Mana adil Hakimi aje dapat fyling kiss abang nak juga.”

“Abang tolonglah jangan sebut nama dia, berbulu telinga ni dengar. Hilang mood nak tidur.”

“Bukan hilang mood nak tidur, tapi bertambah mood nak tidur siap terbawa dalam mimpi.” Aizam tersenyum sinis, pipi adiknya dicubit geram.

“Ingat Aifa macam abang ke sampai mimpi bercuti dengan kak Maz dan anak-anak abang?”

“Entah-entah nanti Aifa lagi teruk siap mimpi bercuti dengan Hakimi, anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit.” Meletus tawa Aizam.

“Abang ni over dreamingbetullah!”

Okey, abang nak masuk tidurlah.”

“Ingatkan dah lupa pintu keluar bilik ni!” Aifa tersenyum sinis.

Previous: bab 5
Next: bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.