Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,422
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
32 - akhir

Bunyi bip telefon bimbitnya kedengaran. Dengan penuh kemalasan dia mencapainya. Satu mesej diterima, dahinya dikerutkan siapa agaknya yang menghantar mesej itu.

- Maafkan diri ini. Tidak terniat nak melukakan hati, cuma mahu melihat wajah yang lama ingin ditemu.

Dia mengeluh. Bunyi bip kedengaran lagi.

- Sudikah menerima jemputan untuk keluar?

Dia mengerutkan dahi dan bunyi ketukan pintu kedengaran. Kemudian pintu itu terkuak, dia terkejut.

“Irul?”

Lelaki itu mengangguk dan tersenyum. Dia jadi serba salah, air liur ditelan.

“Sudi tak?”

Dia mengangguk dan mengekori lelaki itu. Kemudian, mereka masuk ke dalam kereta milik lelaki itu. Mercedes hitam berpemandu itu mula bergerak.

“Nak ke mana ni?”

“Ikut saja. Nanti Ina tahu sendiri.”

“Tapi... tapi, Ina..”

“Please?”

Karina terdiam, dia bagai terpukau. Dipandang mata lelaki itu, sungguh menawan.

“Bunglo siapa ni?” tanyanya bila mereka berhenti dihalaman bunglo mewah itu.

“Irul, rumah siapa ni?”

Lelaki itu tidak menjawab, Karina sedikit cuak dipandang lelaki itu. dia tidak menjawab pertanyaannya. Dia kehairanan kenapa lelaki itu membawanya ke mari. Pintu pagar terbuka secara otomatik.

“Marilah. Kita masuk.”

Mereka melangkah masuk namun Karina menolak, dia beredar ke laman yang menempatkan sebuah taman bercorakkan Bali. Dia memandang ikan-ikan yang berenang bebas di dalam kolam itu. Lelaki itu mengekorinya.

“Kenapa kita di sini?”

“Ina, Irul tak nak sembunyikan apa-apa lagi. Ini sebenarnya rumah Irul. Tujuan Irul bawa Ina ke sini untuk dikenalkan pada keluarga Irul.”

“Ha? Ini rumah...”

Lelaki itu mengangguk.

“Irul, betul ke? Ina... Wow!”

“Irul tahu Irul dah tipu Ina selama ni. Tak berniat nak tipu cuma... Irul nak tahu perasaan Ina terhadap Irul. Tapi lama kelamaan Irul turut rasa bersalah sebab Irul tak patut tipu Ina,” jelas lelaki itu.

“Memang Irul tak patut tipu Ina!”

“I’m sorry. Cuma Irul nak Ina sukakan Irul kerana diri Irul bukan harta atau kekayaan Irul. Lagipun, Irul kena buktikan diri Irul dahulu sebelum layak menjadi sebahagian dari ahli lembaga pengarah di Lembayung Sutera Sdn. Bhd.”

Karina ketawa.

“Ina ikhlas selama ni. Kenapa tak percaya?”

“Irul cuma lelaki biasa tika itu dan Ina gadis popular dan cantik jadi...”

Karina menutup lembut mulut lelaki itu. Dia dapat melihat lesung pipit Karina.

“Saya Zahirul Hafiz, anak ketiga Dato’ Mokhtar dan Datin Tahirah dan juga salah seorang lembaga pengarah Lembayung Sutera Sdn. Bhd., ingin melamar Karina Hakim menjadi suri dihati dan dirumah ini.”

Karina terkejut. Satu deheman kedengaran, mereka menoleh.

“Papa? Di sini?”

“Papa baru sampai dan papa dah tahu. Zahirul Amry dan Zahirul Ilham dah cerita semuanya.”

“Papa?” suaranya ada nada merajuk di dalamnya. Lelaki itu tersenyum dan dia mengangguk. Karina memandang papanya kemudian lelaki di sisinya. Lelaki itu kelihatan gembira dan dia turut gembira demi papanya.

“Jadi?”

“Ermm...betul ke Zahirul Hafiz awak sukakan saya?”

“Bukan suka, tapi Irul cintakan Karina dari dulu lagi. Dari hari pertama kita bertemu di perpustakaan.”

Wajah Karina merona, tak sangka lelaki itu akan berkata sedemikian. Sebenarnya dia dah lama mengharap lelaki itu berkata sedemikian.

“Dan Ina dah cintakan Irul ketika itu juga,”

“Jadi?”

Karina senyum dan memandang lelaki itu.

“Ina rasa elok kita masuk,” suaranya dan mengenyitkan matanya. Lelaki itu menggelengkan kepala dan ketawa kecil. Mereka melangkah untuk masuk ke dalam rumah Tan Sri Hakim Amirul dan keluarga lelaki itu sudah pun berlalu.

“Eh! Nadiha?” tanya Karina sebelum melangkah masuk.

“Dia dengan Johan. Dia dah terima hakikat...” terang lelaki itu.

Karina mengangkat kedua keningnya dan mereka ketawa. Lelaki itu mencapai tangan gadis itu dan digenggamnya erat kemudian mereka melangkah masuk ke dalam rumah

Jika engkau cuba mengerti

Apa yang tersirat dihati

Apa lagi perlu kau ragu

Ku milikmu

Cubalah engkau menghayati

Isyarat cinta yang diberi

Jika dirimu tahu

Ku milikmu...[1]

= TamaT =



[1]Ku Milikmu – Siti Nurhaliza

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.