Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,569
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
12

Dia menguap, langkahnya diperlahankan. Kenapalah kelas ditukar ke awal pagi. Susahnya nak sedar, dia memegang perutnya. Kerana nak kejar kelas terpaksa dia tidak bersarapan. Kalau tahu perut akan berkeroncong begini tentu sekali dia akan bersarapan. Jam sudah hampir 8 pagi. Matahari pagi sudah mula menampakkan diri. Dia meniti tangga untuk ke menara dia bercadang untuk membeli sarapan dan makan di kelas. Dia tak mahu nanti dia kelaparan. Dia bertembung dengan seseorang tanpa sengaja.

“Ops! Maaf....”

Mereka terkejut.

“Irul? Kau di sini? Buat apa?” orang itu menyapa.

“Johan?”

Dia tak tahu apa nak dijawap dan apa yang nak ditanya. Tempohari dia berjumpa Nadiha dan hari ini dia terjumpa Johan. Hampir 7 tahun dia tak bertanya khabar dan kehendak Tuhan mereka bertemu hari ini.

“Johan, aku dah lewat ada kelas ni.”

“Oh! Okay, beri nombor telefon kau. Nanti kita boleh berbual tentang hal-hal yang dah banyak kita tinggalkan,”

Dia mengangguk, lancar saja nombor telefon bimbitnya diberikan. Setelah meminta diri, dia segera beredar. Seleranya patah, dia berdecit. Dia menuju ke kelas untuk pelajaran selanjutnya.

Telefon bimbitnya berbunyi, dia melihat diskrin, satu mesej diterima. Segera dia membaca mesej itu, kemungkinan dari abang-abangnya.

- Aku Johan, kalau free kita keluar minum malam ni. Aku belanja, banyak yang nak dibualkan.

Dia berfikir sejenak, patut tak dia menerima pelawaan lelaki itu. Dia kalau boleh tak mahu hal silam ditimbulkan semula. Andainya Johan dengan Nadiha, dia tak mahu mendengar kisah mereka. Tapi, tak sampai hati untuk menolaknya.

- Okay, kita jumpa di Restoran Darul Ehsan, Seksyen 8. Pukul 9 malam.

Balasnya. Bodoh rasanya dia membalas. Biarlah...kalau ada apa-apa yang menyakitkan hati, dia pasti akan beredar. Kenapa hari ini dia akan bertemu dengan lelaki itu.

Johan menghampirinya, dia kelihatan ceria sekali. Bahunya ditepuk berkali-kali dan Johan duduk di sisinya. Dia yang memegang majalan Reader Digest hanya memandang teman serumahnya. Dia dan Johan menjadi teman serumah sejak mereka bersama-sama diterima berkerja di syarikat itu. Mereka rapat sekali dan Johan memang seorang yang peramah. Dia memandang lelaki itu.

“Aku dah jatuh cinta. Dia cantik sangat. Tak sangka ada orang secantik itu dengan bangunan office kita?”

“Awek mana lagi yang dah kau terjatuh hati ni, Jo? Awek cantik, siapa? Tingkat mana?”

Johan tersengih.

“Part tersengih kerang ni yang aku tak tahan. Siapa dia? Ceritalah, bila masa kau jumpa dia?”

Johan mengeluh dan memandang wajah temannya.

“Nama dia aku tak pasti lagi. Tapi dia kerja tingkat 8, atas office kita. Kecil molek, rambut panjang lurus. Kulit sawo matang tapi halus macam kulit telur.”

“Tingkat 8?”

“Iya, tengok pada uniform. Macam kerja di syarikat Air Asia?”

Dia terkejut.

“Esok aku akan jumpa dia dan tanya nama dia. Kau tahu tak Irul, aku suka sangat mata dia yang bulat dan besar tu, macam mata kucing. Aku tergoda.”

Johan menyanyi riang dan berlalu ke bilik. Dia mencampak buku yang dipegangnya ke atas sofa.

“Hello, Nadiha abang nak jumpa petang ni boleh?” gaggang telefon diletakkan diperaduannya.

“Bunyi dalam telefon macam mustahak nak jumpa. Apa dia?” tanya Nadiha, ais kacangnya dijamah.

“Saja je. Macamana kerja tempat baru ni?” soalnya.

“Okaylah. Thanks kerana rekemen Iha kerja sana. Menarik kerja tu, jumpa macam-macam orang.”

“Kan, Iha bertuah dapat abang angkat macam abang ni!”

“Ni nak kena puji ke? Tak payahlah, nanti bertambah boroi perut tu tau!”

Dia memegang perutnya dan mereka ketawa.

Johan muncul dibiliknya, wajah lelaki itu kelihatan seperti ragu-ragu. Dia mengangkat kening. Jarang sekali wajah Johan aku begini serius.

“Kenapa pulak ni?. Rasanya baru balik date, tapi muka macam cengkodok je. Kau dan Nadiha kenapa? Gaduh?”

“Aku nak serius dengan dia, Irul. Dia tak setuju. Dia kata, cintanya pada orang lain. Aku dia anggap kawan baik,” jelas Johan.

“Kawan baik. Kenapa pulak? Hmm...setahu aku dia mana ada kawan lelaki lain selain kau dan aku. Entahlah kalau kat office dia.”

Johan merengus dan bersandar di almarinya.

“Dia cintakan kau, Irul. Kau!!!”

“What the... Aku? Masyallah... Biar betul!” suaranya. Dia memandang Johan. Temannya berlalu, dia mengekori Johan hingga ke biliknya.

“Aku tak ada apa-apa dengan dia. Aku tak tahu dia cintakan aku. Sumpah!”

Johan menolaknya keluar bilik dan menghempas pintu. Dia merengus. Dia baringkan diri di katil dan merenung siling. Dia mencapai telefon bimbitnya dan menelefon gadis itu.

“Apa yang Iha katakan pada Johan?”

“Semua yang Iha katakan adalah benar. Iha tak mahu bodohkan diri. Cinta Iha dah lama bersemi untuk abang.”

“Iha... Kenapa tak beritahu pada abang. Ini Iha dah ciptakan masalah untuk kita bertiga. Iha, abang... abang dah ada pilihan hati. Abang akan kahwin tak lama lagi.”

“Abang bohong. Tak payah nak bohong. Iha tahu abang...”

“Iha..! abang takkan berbohong. Abang betul-betul tak sangka Iha.. Ini semua salah abang, abang yang buat Iha rasa begitu!” pintasnya.

Satu suara berdehem, mereka mendongak. Seorang gadis yang bertudung litup mendekati mereka. Dia segera menarik tangan gadis itu dan duduk di sebelahnya. Nadiha memandang gadis itu.

“Ini Intan. Ini tunang abang. Kami akan kahwin hujung tahun ni.”

Gadis bernama Intan memandangnya dan tunduk.

“Kenapa abang tipu Iha. Kenapa abang tak pernah cerita fasal Intan. Abang nak tipu Iha?”

“Abang tak pernah tipu. Abang anggap Iha macam adik abang. Abang tak sangka Iha yang tersalah anggap... Maaf!”

“Maaf??? Iha takkan maafkan abang. Jahat!!!”

Nadiha berlalu. Dia memandang gadis disisinya. Intan menghela nafas.

“Kau tak patut hancurkan hatinya. Dia tak patut terima berita sebegini. Kita bersepupu tapi aku tak percaya dengan apa yang kau buat!”

“Along, aku terpaksa buat benda ni. Nanti Nadiha mengharap dan Johan pula bersedih.”

“Irul, banyak cara lain. Kau ni tak patut kecewa hati Nadiha. Nanti dia...”

“Takkan sampai macam tu?”

Intan menjungkitkan bahu.

Jam sudah 8:50 malam. Dia bersiap, dia hanya memakai seluar jeans dan T-shirt biasa. Roslan memandangnya.

“Nak ke mana?”

“Jumpa kawan lama. Suhail, pinjam motor.”

Suhail mencampakkan kunci motornya kepadanya.

“Jangan lewat. Okay! Kalau rajin tuang sekali minyak!”

“Iyalah. Bye!!!”

Dia sudah tiba di hadapan Restoran Darul Ehsan. Dia memandang sekeliling, nampaknya dia sedikit awal. Dia menoleh bila ada bunyi hon kedengaran.

“Lama sampai?” suara orang itu dan mengangkat tangan. Dia menggelengkan kepala, mereka berjabat dan melangkah masuk ke dalam restoran itu. Mereka memesan makanan mengikut selera mereka.

“Lama kau di sini, Irul?”

“Sekarang ni aku part 4. Next semester aku part 5 dan kalau tak ada aral melintang, aku akan graduate on time.”

Johan mengangguk.

“Kau masih kerja tempat lama?”

Dia menggelengkan kepala, makanan yang dipesan dijamah.

“Kau pun tahu kerja kat situ, membosankan. Lepas kau pergi, aku berhenti dari situ dan menganggur selama 7 bulan. Akhirnya, aku kerja di sebuah syarikat import eksport. Aku jadi kerani biasa je.”

Dia mengangguk mengikuti cerita temannya.

“3 tahun berkerja alhamdulillah prestasi aku okay. Bos naikkan pangkat. Aku jadi pembantu bahagian pengurusan gudang. Pihak atasan suruh aku bantu bahagian pengawalan pengeluaran untuk satu projek besar sebab tak cukup kakitangan, aku buat sedaya mungkin. Berjaya dan aku jadi pula pembantu untuk bahagian pengawalan pengeluaran.”

“Hebat juga kau. So, macamana pula kau di sini?”

“Tahun lepas, pihak atasan suruh aku melanjutkan pelajaran kemungkinan untuk aku dinaikan pangkat. Mereka suruh aku ke Australia, aku tolak. So... here I am!”

Dia mengangguk mendengar cerita temannya.

“Kau pula. Kenapa membisu. Takkan dah lupakan aku dan Nadiha. Oh ya! Nadiha pun ada di sini, ambil kursus Pengurusan Perniagaan sama dengan aku. Aku tak beritahu pun aku jumpa kau hari ni.”

Dia mengangkat kening dan tersenyum kelat.

“Tak ada apa yang perlu dikhabarkan. Lagipun aku pun sibuk. Lepas berhenti dulu, aku ambil diploma di KUSTEM. Lepas tu, ambil ijazah di sini. Aku tak ada masa untuk memikirkan hal aku, aku kena berusaha untuk diri sendiri.”

“Intan?” tanya Johan.

Dia gelengkan kepala dan berdecit.

“Dia baru melangsungkan perkahwinan bulan lepas. Ah! Panjang kisahnya. Aku dan dia tak serasi,”

Johan tunduk.

“Iha, masih ingatkan kau. Itu sebab dia masih menangguhkan majlis perkahwinan kami.”

“Aku dan dia tak ada apa-apa. Dia salah anggap dengan kebaikan aku dulu, Johan. Kau kena menyakinkan dia yang kau lebih layak.”

“Aku tahu dia ingin jumpa kau, Irul.”

“Jangan, Johan. Nanti dia terluka lagi. Kasihan dia!” suaranya.

Koperasi agak ramai pelajar hari ni. Maklumlah kebanyakkan duit pinjaman sudah keluar. Dia mencapai buku untuk rujukannya, dia berfikir patutkah dia membeli buku itu. Dia mengeluh, dia meletakkan buku yang dipegangnya di rak kembali. Biar dia tanya teman sekelasnya sebelum membuat keputusan. Dia berpaling dan dia terlanggar seseorang.

“Maaf tak sengaja, Cik...”

Mereka berpandangan, dia menelan air liurnya. Gadis itu mengerutkan dahi dan turut merenung wajahnya tepat. Agak lama baru Nadiha bersuara.

“Abang Irul?” tanya suara itu. Suara yang sebegitu lama tidak didengari. Dia mahu bersuara tetapi ianya seakan tersangkut di kerongkong. Dia memandang gadis itu. Dia masih sama seperti dahulu.

“Abang Irul, kan?”

Akhirnya dia mengangguk sebagai jawapan.

“Iha, apa khabar? Erk!” tanyanya, namun terasa kejanggalannya.

“Sihat. Lama tak dengar cerita. 7 tahun hilang tanpa khabar? Ke mana?”

Dia terdiam, kaget. Inilah saat yang paling dia tak mahu hadapi.

“Di sini saja. Iha, abang dah lewat. Lain kali saja kita berbual, okay. Assalamualaikum...”

Dia berlalu, meninggalkan koperasi itu. Dia terasa ada yang memanggil namanya, namun dia tidak menoleh. Dia berlalu untuk pulang ke asrama, dia rasa dia tidak dapat belajar. Biarlah dia ponteng hari ini.

Karina memanggil nama lelaki itu, mungkin mereka akan makan bersama tenghari nanti. Dia tersenyum bila Zahirul Hafiz mula mendekati tetapi dia hairan melihat wajah lelaki itu. Lelaki itu kelihatan seperti serba salah dan gelisah. Kenapa? Dia menghampiri tetapi lelaki itu melintasi dirinya seperti dia tidak nampak akan kehadirannya. Dia kehairanan, dan tertanya sebabnya. Dia cuma melihat lelaki itu berlalu. Mungkinkah lelaki itu tidak ada kelas sehingga dia terus berlalu? Mustahil dia tidak nampak kehadirannya sedangkan dia berada dihadapan lelaki itu. Apa agak masalah lelaki itu? Karina menghela nafas dan berlalu. Dia beredar dan menuju ke arah tempat letak kereta. Enjin kereta GTinya dihidupkan. Dia mendail nombor telefon lelaki itu. Berdering!

“Hello, Irul. Saya di bawah ni. Saya nak jumpa awak, boleh?” Karina bersuara dan sesekali menjengah ke tingkat atas.

Ina, Irul sibuk sikit. Nanti Irul, telefon Ina balik. Sorry!” suara lelaki itu di dalam talian. Karina mengeluh. Wajahnya muram tiba-tiba.

“Okay. Jangan lupa, telefon Ina.”

Klik! talian terputus. Dia mengeluh lagi. Dia menukar gear tangan, lepaskan brek tangan dan menekan pedal minyaknya. Keretanya dipandu laju menuju ke rumahnya.

Previous: 11
Next: 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.