Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,550
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
28

Harumlah...cinta duniawi

Sewangi kasturi syurgawi

Semoga bahagia jadi milik kita

Nan abadi selama-lamanya[1]

Butang radio di tutup, Karina sudah tiba di hadapan Red Chamber. Dia telan air liur, dia kemudian melangkah keluar kemudian melangkah ke arah pintu masuk.

“Ina?”

Karina menoleh. Lelaki itu menghampiri dengan jambangan bunga ditangannya. Karina tersenyum dan mereka masuk ke dalam restoran itu. mereka duduk berdepan kini. Kelihatan Karina lebih banyak menundukkan wajah dari menentang wajah lelaki dihadapannya. Dia berkira-kira untuk bersuara tetapi apa yang harus dimulakan.

“Apa sebenar yang terjadi, Ina? Kenapa dalam beberapa hari ni susah sangat nak bercakap dengan Ina. Irul ada buat salah dengan Ina ke?” tanya lelaki itu. Dia tak senang duduk selagi tak bertanya pada gadis itu. Karina masih membisu.

“Irul, rasanya hubungan kita tak sampai ke mana? Banyak halangannya?”

“Halangan? Apa yang Ina katakan ni?”

“Ina... kita...” suara gadis itu tersekat sekat.

Lelaki itu memandang wajahnya. Wajah Karina merah menahan tangis. Dia cuba membaca apa yang ada diwajah gadis itu. Dia mengeluh.

“Karina, cakaplah kenapa jadi begini. Irul ada buat salah atau...”

“Ina, bukanlah sekuat yang Irul nampak. Ina lemah. Irul, kita...kita.”

“Ini pasti kerana Nadiha. Ina, Irul dan Nadiha tak ada apa-apa. Ina jangan percaya kata Nadiha.”

“Ina dah tak tahu nak percaya yang mana satu.”

Mereka membisu, hanya kedengaran lagu Wind Beneath My Wing nyanyian Bette Midler. Mereka berpandangan namun Karina tunduk. Zahirul Hafiz dapat lihat air jernih mula menitis dipipi gadis itu. Dia mengeluh.

“Sayang... percayalah kata Irul. Perpisahan 4 tahun itu mungkin akan mengubah hati orang lain namun tidak Irul. Inalah satu-satunya kesayangan Irul. Ina saja dihati Irul!” Tersirap darah Karina mendengar kata-kata lelaki itu.

“Nadiha sudah terlalu lama cuba untuk mendapatkan Irul sehingga dia sanggup tinggalkan Johan,” terang lelaki itu lagi. Karina memandang wajah lelaki itu, sinar matanya menunjukkan yang dia ikhlas dan perkataan sayang yang disebut tadi cukup menunjukkan yang dia ikhlas. Karina telan air liur.

“Ina, hati ini cuma terisi nama Ina saja. Irul tahu kata-kata ini menunjukkan Irul seorang yang pentingkan diri tetapi percayalah Irul tak mahu sesiapa selain dari Ina.”

Karina memandang wajah itu lagi, air matanya sudah pun jatuh dan dikesat pelahan lahan.

“Hati Ina... Ina, tak pernah cintakan sesiapa sejak 4 tahun dulu. Hati ini kosong dan belum terisi. Masih tak terisi.”

Wajah lelaki itu berubah, dia tunduk.

“Ina, Irul faham. Tak mengapa.”

Karina terkejut, mendengar kata-kata Irul sebentar tadi. Karina bagaikan baru tersedar. Matanya terkebil-kebil.

“Kalau Ina nak kita jadi kawan biasa, Irul faham. Mungkin itu lebih baik, tapi Irul janji akan pastikan Nadiha takkan ganggu Ina lagi.”

Lelaki itu memanggil pelayan agar menghantar bil, kad kredit dihulurkan dan beberapa minit saja pelayan itu kembali dan membawa kadnya kembali. Lelaki itu bangun dan Karina mengikut saja perbuatan lelaki itu. Dipintu restoran itu mereka berpisah, Karina masih berdiri disitu. Kakinya bagai terpaku disitu, lelaki itu sudah berlalu.

- Jangan bersedih. Pulanglah, Ina tak bersalah. Mungkin jodoh kita hanya sebagai kawan. Hanya kawan.

Karina mengeluh berat dan berlalu menuju ke keretanya.

“Cik Karina?”

Karina menoleh.

“Encik Johan, kan?”

“Boleh kita berbual sebentar?”

Mereka berlalu di suatu sudut. Karina bersandar dihadapan keretanya.

“Irul tak bersalah dalam hal ini. Dia lelaki baik, dia tak pernah mencintai sesiapa selain cik Karina. Nadiha sengaja ingin menyakitkan hati cik Karina. Sebenarnya Nadiha gadis baik tetapi entah kenapa perangainya berubah kini.”

“Tetapi dia...”

“Dia tak mahu sakitkan hati orang. Bagi Irul, dia rela menanggung kesedihan orang lain asalkan orang lain bahagia.”

“Nadiha ada cincin...”

“Cik Karina, benda sebegitu boleh dibeli dimana-mana dan bentuk yang seakan serupa sudah mengugat hati Cik Karina terhadap Irul.”

Karina bagai tersedar.

“Cik sayangkan Irul tetapi masih tak faham hati lelaki itu. Saya pasti hati lelaki itu menderita kerana membuat keputusan tadi,” suara Johan.

“Saya...saya dah buat silap.”

“Masih ada masa lagi. Hubungan ini masih boleh diselamatkan, jangan risau. Dia sayangkan awak.”

Karina mengangguk.

Sejak engkau pergi dulu

Kau bawa bersama bisa hati ini

Kembalikan belaian jiwaku

Moga cinta bercahaya selamanya[2]

Dia mendail nombor telefon lelaki itu tetapi talian sibuk. Dia mencuba lagi. Namun masih sama. Jam menunjukkan 10 pagi. Mungkin dia sibuk dipejabat atau hadir mesyuarat. Dia mengeluh. Dia tak sabar nak mendengar suara lelaki itu. mungkin malam semalam dia terlalu mengikut hatinya. Betul kata Johan, dia tak seharusnya dengar kata-kata Nadiha. Dia patutnya lebih tahu. Mujur dia belum buat keputusan, kalau tak tentu dia menyesal. Karina senyum sendiri, anting-anting itu dipakai semula. Biarlah apa pun terjadi, dia hanya cintakan lelaki itu, tiada siapa yang boleh mengisi hati ini selain lelaki itu. nama itu sudah terpahat ketika dia dan lelaki itu keluar bersama ke Puduraya. Tak sangka cintanya berputik di Puduraya, satu tempat persinggahan. Dia menelefon lagi namun masih tak berjawab cuma ada peti suara. Dia mengeluh.

“Hello, Irul. Ina di sini. Jawablah panggilan ni. Ina nak minta maaf. Ina tunggu Irul di rumah malam parti nanti. Please datang!” suara Karina memberi pesanan di voicemail lelaki itu.



[1]Azimat Cinta – Siti Nurhaliza

[2]Sedalam Mana Cintamu - Safura

Previous: 27
Next: 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.