Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,557
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
2

Dia memicit dahinya kemudian bersandar dikerusi itu. Cuaca mendung bagaikan memahami perasaannnya ketika itu.

“Kau cintakan dia?”

Dia membisu lagi, entah apakah jawapan yang sesuai untuk soalan abangnya itu. Dia bangun dari kerusi itu dan memandang abangnya.

“Saya tidak pernah menyintainya. Nadiha tidak sesuai dengan saya,” suaranya.

“Bila abang berbicara tentang Nadiha?”

Dia terkedu dan mengangguk. Memang dia tidak boleh nak sorok apa-apa dari abangnya. Sejak kecil lagi, abangnya memang boleh membaca pemikirannya. Dia mengeluh kecil.

“Saya tak pasti tetapi hati saya akan sentiasa merinduinya bila sahaja dia tiada. Abang bagaimana mampu untuk saya ucapkan yang saya begitu cintakan dia. Hati saya cuma ada dia.”

“Jadi kenapa kau harus berbohong padanya dengan mengatakan yang kau akan berkahwin. Malahan kau memperkenalkan Intan sebagai tunangan kau?”

Dia gelengkan kepala dan bersandar di tingkap biliknya, kekecewaan jelas kelihatan diwajahnya.

“Abang, cinta saya pada Nadiha begitu kuat tetapi persahabatan saya dengan Johan sama kuat. Mana bisa saya mengetepikan keduanya.”

“Habis tu?” tanya abangnya.

“Saya rela berundur dan membiarkan cinta Johan mekar di hati Nadiha.” Kedengaran lemah sekali nada suaranya.

“Tapi Rul, mampukah kau sembunyikan cinta kau pada Nadiha,”

Zahirul memandang abangnya, matanya begitu sayu. Dia menahan sedihnya dan mengeluh.

“Saya hanya perlu sokongan dari keluarga ini. Cinta mungkin boleh saya cari nanti. Tambahan bulan depan kami akan tamat pengajian ni dan mungkin kami akan mencari haluan sendiri.”

“Kami menyokong kau, Rul seperti selalu,” suara abangnya dan dia mengangguk.

Dia tersedar dari khayalannya. Kenangan ketika itu memang merupakan satu tempoh yang begitu memeritkan. Tetapi setelah 7 tahun tidak bertemu kenapa hari ni, wajah itu dia temui. Tapi benarkah wajah itu milik Nadiha? Dia mengeluh. Kalaulah benar itu Nadiha, kenapa Nadiha tak mengenalinya? Mustahil wajahnya begitu berubah dalam 7 tahun ini. Memang dia mengetahui, dia ada sedikit berubah tetapi takkan seketara itu? Bunyi deheman kedengaran, dia tersentak dan segera menoleh. Zahirul terkejut dan segera memberi senyuman.

“Karina?”

Gadis itu mengangguk.

“Awak baru balik dari library ke?”

“Erk! Hmm... awak nak ke mana?”

Karina senyum, dia tunduk.

“Awak boleh tak teman saya?”

“Hah! Saya... saya ke?”

Karina mengangguk, diwajahnya penuh mengharap. Dia telan air liur. Ini sudah luar biasa, selama dia kenal gadis dari kota metropolitan itu baru hari ni gadis itu berani mengajaknya. Tapi ke mana?

“Awak nak ke mana? Saya...saya...” gagap dan gugup untuk dia bersuara pada gadis itu. Ah! susah sangat berbual dengan gadis cantik. Bandingkan dia dan Nadiha, memang kecantikkan Karina begitu menyerlah. Tentulah menyerlah, gadis itu anak kacukkan.

“Zahirul Hafiz, awak kelihatan agak keberatan untuk menemani saya?”

Huh! Dia memanggil nama penuhnya, hebat! Macamana gadis itu tahu nama penuhnya? Dia mengeluh.

“Awak tahu nama saya?”

Karina tersenyum, lesung pipitnya kelihatan. Karina mengangguk.

“Saya nak awak teman saya ke tingkat 15? Tapi saya takut nak ke sana seorang diri. Awak pun tahu, tingkat tu...menyeramkan!”

Dia mendongak dan memandang bangunan itu sehingga tingkat yang ke 15. Sebenarnya memang banyak yang didengari mengenai tingkat 15 tu, ramai yang kata ianya menyeramkan. Malahan ramai pensyarah yang tak berani buat kelas selepas jam 8 malam. Mereka kata ada macam-macam bunyi.

“Sudi tak awak teman saya, Zahirul Hafiz?” suara Karina separuh merayu. Dia mengeluh dan memandang jam sudah jam 7, dilihatnya wajah itu begitu mengharap. Akhirnya, dia bersetuju juga.

“Terima kasih.”

“Saya nak lebih dari terima kasih?”

Karina menoleh, dahinya dikerutkan.

“Ugh! Maaf, maksud saya.... Mmmm...”

Karina tunduk, dia menepuk dahinya. Dia risau kalau Karina dah salah faham.

“Bukan maksud saya... mmm...sebenarnya, saya...saya..” dia gugup. Dia menarik nafas panjang.

“Ah! Jomlah. Saya temankan awak ke tingkat 15, okay,”

Karina mengangguk. Dia membiarkan gadis itu berjalan dihadapannya. Dia pula sedang menyusun ayat yang sesuai untuk dia nyatakan pada gadis itu. Tapi...tak keluar walau sebutir ayat, dia mengeluh. Pintu lif terbuka dan mereka kini ditingkat 15, Karina enggan keluar.

“Awak jalan dulu...!” suara Karina, ada calit ketakutan diwajahnya. Sebenarnya, dia pun sama takut tapi apa boleh buat dirinya lelaki. Jadi mahu tak mahu kena juga dia mendahului Karina.

“Kita nak ke mana?”

“Saya nak ambil barang kat studio dan salin jadual untuk exam.”

“Kenapa tak esok sahaja?” tanyanya.

Karina diam.

“Saya ada assignment luar selama 2 hari. Tadi pun ada assignment.”

Mereka tiba dihadapan studio dan Karina segera melangkah masuk, pada mulanya Karina mengajaknya masuk sekali tetapi tidak mahu ada perkara buruk yang berlaku dia menolak. Kemudian, Karina menyalin jadualnya dan mereka berdua berlari anak menuju ke lif.

“Thanks sebab temankan saya,”

“Thanks aja ke?” suara dia. Dia berdecit, mulutnya memang tak boleh harap bila berhadapan dengan perempuan. Karina tunduk, wajahnya merona.

“Agh! Tak apalah...” suaranya dan terus beredar meninggalkan Karina. Dia memarahi dirinya kerana meninggalkan Karina di situ waktu-waktu begini, tapi nak berpatah balik pun segan pula. Dia berjalan menuju ke asramanya.

Previous: 1
Next: 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.