Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,565
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
8
“Irul, cun awek kau. Amboi...pilih orang popular je. Oi! Susah nak jaga perempuan cun ni.”

“Memang famous minah tu. Kaya dan lawa. Untung kau! Jaga baik-baik....”

“Tom, Adi kalau tak kacau tak sah ye!”

Mereka berdua ketawa.

“Amboi date tadi. Hebat. Ayat apa yang kau guna? Budak MassCom tu!” suara seseorang dibelakangnya.

“Siti, jangan nak perli tau. Kawan la. Lama dah kenal dia,” suaranya. Mereka semua ketawa, pensyarah mula masuk dan matapelajaran yang sedang diajar berlangsung.

Dia mengadap monitor komputer, dia cuba untuk menaip sesuatu tetapi dia tidak tahu nak mulakan ayatnya. Dia mengeluh, ditutup laptopnya dan berlalu ke arah koridor. Roslan muncul, dia kelihatan penat.

“Penat betul muka kau?”

“Biasalah KESATRIA. Patah pinggang aku... menyesalnya.”

Dia ketawa dengan gelagat temannya. Apa nak buat dah naik jadi komanden ni. Nasiblah kau, Lan. Dia mula melangkah dan menghampiri laptopnya. Akhirnya dia mula menaip, nampaknya perenggan pertama untuk kertas kerjanya sudah bermula dan dia rasakan ide mula mencurah masuk. Dia melihat rangka-rangka untuk kertas kerja dan jari jemarinya menaip terus tanpa henti. Mujurlah dia sudah belajar menggunakan sistem menaip semuanya berjalan dengan lancar.

“Irul, kau ni menaip tak sedar sekeliling. Aku tengok kau macam dah bertapa kat katil aku tu. Amboi mentang-mentang ada laptop tu! Oii! Udahlah, dah nak masuk Maghrib dah ni. Irul! Pekak ke apa dia ni?” Khalid bersuara.

“Mamat ni nak berhaibernasi ke kat bawah tu?” suara Suhail.

“Kalau iya pun nak berhaibernasi, buat dikatil sendiri la. Oii!” suara Khalid lagi. Aziz menghampiri dan dia melihat apa yang temannya menulis. Dia melihat muka surat yang sudah temannya taip.

“Panjangnya, kau buat kertas kerja ke buat tesis? Masyallah sampai 22 mukasurat.”

Dia terkejut.

“Ide dah datang mencurah, beb! Apa hal. Aku busy!”

“Busy kepala hangguk kau. Dah Maghrib! Berhenti. Solat! Karang terlepas payah...” suara Khalid cermin matanya di cuci.

Dia mengeliat dan menggosok tengkuknya. Dia menggaru kepalanya, dia keluar dari katilnya. Dia memandang jam, benarlah sudah jam 7: 38 malam. Dia menguap. Dia menutup laptopnya. Tuala disangkut ke bahunya.

“Kalau telefon aku berbunyi tak yah angkat.”

“Kenapa kau takut kitorang dengar suara Karina ke? Bagilah peluang kitorang dengar suara awek kau!”

“Bukanlah. Bila masa Karina awek aku... Apa-apalah korang ni! Dah aku nak mandi. Tak kuasa nak layan korang. Blah!”

Dia berlalu, biliknya riuh mengejeknya.

Andai benarlah apa yang diduga

Tak guna memendam rasa antara kita

Pada, biarkan tak lagi menyala

Api kebencian cuma

Tak menguntungkan sesiapa

C/o

Yang manakah satu pilihanmu

Nampak berterusan sengaja kau biarkan

Diriku terkapar-kapar

Nanti tenggelam

Dalam lautan hempedu kasihmu

Ku sendiri berenang renang mencari tepian[1]



[1]Batas Menanti - Fauziah Latiff

“Jangan marah iya!”

“Susah nak marah dengan orang cantik. 

Ops! Mmm... tak apalah. Saya minta diri dulu. Maaf!”

Karina senyum dan mengangguk. Dia menghela nafas dan berlalu. Dia memarahi dirinya, kenapalah tak boleh berlagak macho depan gadis itu. Selalu sangat tergeliat lidah ni. Dia mengutuk dirinya.

“Awak? Maksud saya, kita...?”

Mata Karina terkebil-kebil. Dia merengus, dah mula penyakit dia datang. Aduh cantiknya mata dia ni, macam anak patung. Dia mengeluh dan telan air liur.

“Saya... memang susah. Awak cantik?”

“Saya? Cantik? Taklah?” balas Karina. Wajahnya merona lagi, dia tersipu-sipu.

“Kalau berdepan dengan orang cantik. Lidah ni kelu sikit. Tapi...saya nak terima kasih.”

“Sepatutnya saya yang berterima kasih pada awak, Zahirul Hafiz.”

“Karina, panggil saya Irul. Boleh?”

Karina merenung wajahnya, dia tunduk dan tersenyum.

“Boleh kalau awak panggil saya Ina?”

“Ina?”

Karina mengangguk.

“Irul!”

Mereka berdua ketawa kecil dan mengangguk. Dia begitu selesa pabila memandang wajah gadis itu, kenapa agaknya? Telefon bimbit berdering. Serasanya bukan miliknya kerana deringan telefon itu lebih kepada bunyi polyphonic sedangkan dia hanyalah deringan monophonic. Karina mencapai telefon bimbit jenama Samsung dari dalam tas tangannya. Dia tersenyum bila melihat nama di skrin telefonnya.

“Hay? Hmm...keluar makan! Jangan jealous, okay?” suara gadis itu begitu manja. Ada renggekan manja kedengaran. Pasti dia berbual dengan teman lelakinya. Tetapi mengapa tadi dia berbohong. Ah! Dia tak berhak tanya dan dia berhak berkata demikian. Dia mengeluh lagi dan memandang ke arah lain. Dia tersentak bila dia memanggil namanya.

“Awak mengelamun. Jauh sekali? Apa yang dimenungkan?”

“Ah! tak ada apa-apa yang menarik. Cuma melihat gelagat orang di sekeliling,” suaranya. Dia tersenyum, baru dia sedar Karina memiliki lesung pipit di pipi kanannya. Dia berdehem, mungkin Karina sedar dia sedang merenung wajahnya.

“Maaf. Saya ganggu hari awak ke?”

“Awak merepek lagi! Tak ada apa-apa yang awak perlu risaukan. Abang saya memang macam ni, suka nak siasat saya ke mana?”

“Abang???”

Karina mengangguk. Dia memejam matanya dan mengeluh.

“Apa...hah! Awak ingat siapa yang call saya? Hah!!! Awak....”

Dia tunduk dan berdecit. Mereka ketawa kemudian.

“Betul saya tak ada boyfriend so jangan risau takkan ada lelaki yang akan serang awak fasal keluar dengan saya,” ujar Karina. Dia mengeluh dan mengangguk. Karina ketawa kecil mungkin lucu dengan gelagatnya tadi.

Previous: 7
Next: 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.