Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,567
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
27

Keranaku ragu-ragu untuk terus terang

Bimbang aku bimbang kau tak sudi

Tentu aku malu bagaimana nanti harusku hadapi

Kenyataan harap kasih

Tapi malang tiada balasan kecewa sedih.[1]

Telefon bimbit Karina berdering nyaring. Dia tak mahu mengangkatnya sebab dia tahu Irul yang menelefonnya. Dia berbaring di atas katil itu, telinganya sengaja ditulikan. Namun, hatinya memekik agar dia mengangkat telefon untuk mendengar suara lelaki itu. Dia tabahkan perasaannya dan membiarkannya berdering dan akhirnya deringan itu berhenti. Fikirannya begitu rungsing, sedikit sebanyak kata-kata Nadiha sudah menjadi racun. Andai kata Nadiha memang berniat untuk membuat dia meragui lelaki itu, Nadiha sudah berjaya. Air matanya mengalir.

Dia selesai solat Isyak, dia capai telefon bimbitnya untuk menelefon lagi gadis itu. Tetapi talian sibuk, dia berkerut dahinya. Hatinya rasa tak selesa, kenapa agaknya dengan gadis itu. Sudah berulang kali dia telefon tetapi tak berjawab, sakit atau dia terlalu sibuk. Dia menghela nafas, suara kakak ipar ditingkat bawah disahut kemudian dia melangkah turun. Potret ayah dan ibu dilewatnya, langkahnya kemudian berhenti dia menoleh. Rasa kerinduan pada kedua orang tuanya menular, dia mengeluh. Suara kakak iparnya kedengaran dan dia meneruskan langkahnya. Kelihatan kesemua abangnya ada dimeja makan dan sedang menunggunya.

“Mesti kak long masak sedap ni? Kalau tak angah dan andak takkan balik makan.”

“Masak biasa je, cuma tambah lauk kegemaran kau, angah dan andak.”

Wanita itu menyenduk nasi ke dalam pinggan ipar-iparnya. Abang sulung mereka membaca doa sebelum mereka makan.

“Abang long, Ahad ni Irul nak balik Ipoh. Lama sangat tak balik jumpa nenek.”

“Berapa lama kau nak ke Ipoh?” suara Zahirul Iham.

“2 hari, sebab projek kita tu tak mulakan lagi,” suaranya.

Mereka mengangguk mendengar penjelasan adiknya. Kakak iparnya hanya memandang.

Selesai makan malam, dia mencapai satu mug kopi panas dan melangkah ke laman rumah. Dia mengeluh sambil memandang ke langit, malam itu langit kelihatan mendung. Dia mengeluh lagi.

“Berat betul keluhan tu? Kenapa?”

Dia menoleh, kakak iparnya kemudian melangkah mendekatinya. Dia mengeluh cuma. Wanita itu duduk dikerusi berdepan dengannya dan memandang wajah adik iparnya. Wanita itu tahu ada sesuatu yang menganggu adik iparnya. Cuma dia perlu tahu apa sebabnya.

“Kakak boleh tolong tetapi kakak perlu tahu sebabnya.”

Dia mengeluh lagi.

“Kalau asyik mengeluh, satu apa pun takkan menjadi. Cakaplah. Jangan mengeluh, tak baik.”

Dia memandang wajah kakak iparnya, wanita itu bagaikan pengganti ibunya. Dia pasti wanita itu faham pada masalahnya yang dia sendiri tidak tahu pucuk pangkalnya.

“Kalau Irul ada masalah mengenai cinta atau perempuan, kakak tak dapat nak tolong banyak. Apa yang dapat kakak kata, Irul kena jumpa dia dan berdepan dengan dia.”

“Kakak macam membaca fikiran saya.”

Dia memandang kakak iparnya. Wanita mengangguk.

“Kakak faham, biasalah orang muda. Kakak dulu pun macam kau juga. Maklumlah bukan senang nak bercinta dengan orang kaya, ada saja halangannya.”

“Tapi saya dan Karina...”

“Irul, kakak mahu kau cuba selesaikan hal ini dengan tenang dan dengan cara kau sendiri. Ingat jangan lukakan hati orang kerana hati sendiri akan terluka nanti,” pintas kakak iparnya. Dia mengangguk, walaupun kakak iparnya tidak memberi nasihat secara penuh tetapi apa yang ingin disampaikan dia fahami. Apa pun dia kena berdepan dengan Karina. Kalau boleh dia mahu selesai sebelum dia berjumpa dengan keluarga gadis itu. Dia risau cuma satu, Nadiha. Johan ada mengatakan gadis itu akan lakukan sesuatu. Apa agaknya yang Nadiha ingin lakukan, harapnya bukanlah sesuatu yang bodoh. Dia bangun untuk ke biliknya, mug yang berisi kopi turut dibawa ke biliknya. Hi-fi dipasang dan stesen radio kegemarannya dicari.

Hanyalah satu

Yang bertakhta dihatiku

Hanyalah dirimu

Yangku sayangi oh kasih...

Hanyalah satu

Asmara di jiwa

Dan jangan kau sangsi

Cintaku hanyalah satu...[2]

Begitulah senikata lagu itu dan juga kata hatinya. Cuma dia berharap segalannya akan lancar. Telefon bimbitnya dicapai, dia membuka ruangan mesej. Hanya cara ini saja, kata-katanya dapat disampaikan.

- Karina, saya minta maaf kalau benar saya bersalah. Saya minta untuk kita bertemu agar masalah dapat diselesaikan.

Dia mengeluh. Mesej itu sudah dihantar kepada gadis itu, diharap gadis itu membalasnya.

- Saya pun ingin mohon maaf. Apa lagi yang perlu diselesaikan? Tapi, saya pun nak jumpa awak? Jumpa malam esok di Red Chamber, Jalan Telawi 3, Bangsar jam 8 malam.

Itu balasan dari Karina. Red Chamber, tempat terakhir sepatutnya mereka bertemu 4 tahun lalu. Diharap kali ini takkan berulang perkara serupa, dia mengeluh.



[1]Semakin Hari Semakin Sayang – Dayangku Intan

[2] Hanya Satu - Nora

Previous: 26
Next: 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.