Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,545
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
15

Dia termenung di meja studynya. Peristiwa petang semalam betul-betul merosakkan fikirannya. Pertemuan Karina dan Nadiha macam orang putih kata, ‘Clash of the Titans’. Bahaya besar. Gelagat mereka sudah cukup menjadi bukti. Mati dia, macamana kalau mereka berdua... Tapi, entahlah. Kalau mereka ni kucing, tentu akan berkelahi tetapi manusia takkan... entahlah! Karina tak mungkin akan bergaduh. Apakah sebabnya dia nak bergaduh dengan Nadiha? Nadiha pula, apa sebab dia nak bergaduh dengan Karina? Aku tak declare dengan mereka berdua, malahan... Dia garu kepala, rungsing dia memikirkannya.

“Teruk tension kau ni!” suara Aziz.

“Memang?”

“Killer paper ke, bila?”

“5 hari lagi, tapi bukan killer paper. Aku pun tak fikir pasal paper tu...”

“Pasal Karina la ni!” suara Khalid yang baru pulang. Dia kelihatan basah kuyup.

“Hujan tak, ribut tak kenapa kau basah lencun ni?” tanya Aziz.

“Sapa yang bengong sangat curah air kat bawah tu entahlah!! Ini... habis basah aku tau.”

“Aku rasa budak tingkat 3 basuh lantai,” suaranya.

Khalid mencapai tualanya dan berlalu ke bilik mandi.

“Hah! Pasal Karina ke? Apa yang kau buat kat dia?”

“Tahlah, aku tak berapa pasti. Tapi rasanya, adik angkat aku cemburukan dia dan dia pun cemburu kat adik angkat aku.”

Aziz ketawa, pintu bilik terbuka.

“Cemburu? Siapa cemburukan kau, Ziz?” Suhail yang baru pulang terus naik ke atas katil.

“Bukan aku, tetapi romeo kita ni. Karina cemburukan adik angkat dia dan adik angkat dia pun cemburukan Karina,” terang Aziz.

“Macam dramalah pulak. Karina cemburukan adik angkat kau. Tapi, Irul kau kata...”

“Perempuan ni, Suhail mereka bukan boleh ada perempuan lain yang rapat dengan lelaki yang dia suka. Walaupun tak ada apa-apa hubungan pun mereka tetap cemburu.”

“Mana kau tahu, Ziz. Macam expert je?”

“I know la...”

Mereka ketawa dan dia menjungkitkan bahu. Dia mengharap teori Aziz tidak betul. Dia tak mahu ada pergaduhan antara Karina dan Nadiha. Kalau iyalah jadi macam ni, macamana pula nak selesai masalah ini.

Karina, Syidah, Ayu dan Ally baru saja keluar dari gelanggang tennis. Mereka ketawa, gembira selepas selesai bermain di gelanggang tennis.

“Takut aku tengok kau smash tadi,” suara Ally.

“Biasa je,” suara Karina.

Dia menoleh, dia terpandang seseorang menuju ke arahnya. Gadis itu membuka kaca matanya. Dia mendekati mereka semua.

“Nadiha, kan?”

“Bagus sekali ingatan Cik Karina. Saya ada hal sikit nak cakap dengan awak!”

“Okay, awak boleh cakap depan mereka semua,” suara Karina. Dia meneguk air mineral Shot dan memandang gadis itu. Tuala yang tersangkut dibahu di lap ke dahi.

“Jangan awak dekati abang Irul. Saya rasakan awak dan dia tak serasi dan tak sesuai langsung,” suara Nadiha.

Karina senyum kecil dan mencebik. Syidah dan Ayu ternganga mendengar kata-kata Nadiha.

“Siapa awak nak halang saya?” suara Karina. Dia menenangkan teman-temannya yang kelihatan marah.

“Saya boleh dikatakan rapat dengan abang Irul. Tahu kehendaknya dan citarasanya. Awak memang tak sesuai. Orang kaya. Irul tak suka orang kaya. Kalau dia rapat dengan awak, mungkin kerana nak jaga air muka awak saja,” suara Nadiha.

“Kurang ajar!” suara Karina.

“Awak tak kenal Irul sepenuhnya, Cik Nadiha. Awak pun tak kenal siapa Karina lagi. Tak tahu malu!” suara Syidah.

Nadiha mengenakan kaca matanya semula.

“Karina, urusan kita belum selesai lagi. Apa yang saya mahu awak jangan rapat dengan Irul. Dia milik saya!” suara gadis itu dan jari telunjuknya menunjuk tepat ke wajah Karina yang sedikit merah padam. Nadiha kemudian berlalu.

“Hmm...Nadiha belum tahu siapa aku. Kalau ikutkan hati tadi mahu saja aku cabai mulut dia. Dia siapa nak tentukan Irul berkawan dengan siapa. Ini Karina, takkan mudah menyerah sebelum bertempur. Kita lihat siapa milik siapa?”

Dia memandang teman-temannya.

“Karina, kau memang suka putar belit cerita. Kau ni sukakan Irul atau tak?”

“Now I do...!”

Ayu mendekati Syidah dan Ally.

“Sebenarnya dia memang dah sukakan Irul. Tengok muka dia tu, merah sebab marah,” bisik Ayu. Ally dan Syidah mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan oleh Ayu. Dia memandang temannya dan merengus. Dia mencapai beg sukannya dan berlalu pergi. Hatinya terlalu panas dengan kata-kata Nadiha, berani gadis itu menghinanya dan kata-kata Nadiha itu seperti mencabarnya. Gadis itu memang tersilap kerana cuba bermusuh dengannya, dia memang pantang dicabar.

Tan Sri Hakim Amirul yang sibuk memberi makanan pada ikan terkejut dengan kepulangan anak bongsunya, dia dapat lihat mulut Karina kumat kamit dan wajahnya begitu marah. Gadis itu terus berlalu dan tidak menegurnya seperti biasa. Kemudian kedengaran pintu bilik dihempas kuat. Tan Sri Hakim Amirul terkejut, dia melangkah masuk. Hizam melangkah keluar dari bilik bacaan memandang papanya.

“Apa yang berdentum kuat tu, papa? Siapa yang mengamuk?”

“Karina. Apa agaknya dah berlaku dengan dia tu?”

Hizam berlalu dan Tan Sri Hakim Amirul mengeluh.

Karina mencapai baju di dalam almari diikuti dengan baju overall dari denim Levi’s disarung ke badan. Rambutnya diikat tinggi dan kiri kanan di sepit dengan penyepit rambut. Dia mencapai telefon bimbitnya.

“Irul, Ina ni. Sibuk tak sekarang? Boleh tak temankan Ina main boling. Ayu dan Syidah pun ikut sekali. Okay, Ina jemput Irul ye! Jumpa 10 mimit lagi.”

Dia senyum puas. Wangian daripada Dior di capai dan disembur ke pangkal lehernya. Dia turun dari tingkat atas, dia melihat orang gajinya sedang menghidangkan makanan.

“Ceria nampak?” suara Hizam.

“Ina, papa nak tanya sikit boleh tak?”

“Sorrylah papa. Ina dah lambat ni. malam ni, Ina skip dinner ye!”

“Angah tak suka dengan perangai Ina sekarang ni. Sejak bila perangai macam ni?” suara Hanafi agak tinggi.

“Angah, bukan selalu. Lagipun Ina dah tahun akhir, lepas ni praktikal. Ina takkan sempat jumpa kawan-kawan Ina lagi. Lepas tu, cuti dan kemudian graduate. Kalau Ina dapat kerja, lagi tak dapat jumpa mereka.”

“Itu angah dan along tahu, tapi berpada-pada. Jangan tiap hari, kau tu perempuan. Anak Tan Sri pula tu, kalau orang mengata papa juga yang malu dik!” suara Hizam.

“Ina, tahu. Papa...?”

Tan Sri Hakim Amirul mengeluh.

“Ben, Boy biarlah. Dia masih muda, perlu berkawan. Ina, harapnya Ina tahu jaga diri okay. Promise me!”

Karina mengangguk, dia senyum.

“Papa, manjakan dia lagi...”

“Angah, along... kepercayaan papa yang selalu melindungi Ina dari buat kejahatan, tau!”

“Iyalah tu...” suara Hanafi.

Karina berlalu, dia memecut dijalanan menuju ke asrama Zahirul Hafiz. Dia lewat 15 minit dari janjinya.

“Hai... sorry lambat. Ada lecture free di rumah tadi.”

“Oh! Father Ina marah keluar dengan Irul ke?”

“Taklah. Kan, Ina ni perempuan. Jadi, banyak nasihat harus disampaikan.”

Lelaki itu mengangguk, faham.

“Ina, untung ada ayah yang boleh menasihat Ina. Irul ni...”

Karina mengerling ke arah lelaki itu. Dia menghentikan keretanya di tepi jalan.

“Irul, boleh tolong pandu kereta Ina tak?” tanya Karina. Lelaki itu memandang Karina, dia kelihatan sedikit terkejut.

“Irul...pandu kereta Ina? Biar betul? Ina, percayakan Irul?” tanya lelaki itu.

Karina mengangguk, dia keluar dari kereta begitu juga dengan lelaki itu. Mereka bertukar tempat.

“Ina?”

“Hmm...”

Karina memandang lelaki itu.

“Kenapa Ina buat macam ni? Apa tujuan Ina?”

Berderau rasa darah Karina.

“Ina, nak mempermainkan Irul atau Ina ikhlas nak berkawan dengan Irul?”

“Irul lelaki pertama yang rapat dengan Ina. Jadi, bagi Ina jasa itu perlu dibalas balik.”

Lelaki itu menghidupkan enjin kereta dan memandu ke destinasi mereka.

“Irul, takut Ina buat ni semua kerana terpaksa atau...”

“Atau?” tanya Karina.

“Atau Ina rasa Irul ni cuma layak untuk dibuli saja.”

“Irul... kenapa cakap macam ni? Ina, suka berkawan dengan Irul. Okay. Ina....”

Tak sedar tangan Karina menyentuh lengan lelaki itu.

Hatiku ini telah...tertawan

Oh kehadiranmu...menjerat

Apakah ini cinta

Buatku resah...ooo yeah

Nyataknlah sayang

Apakah ini cinta

Buatku resah...[1]

Lekas-lekas Karina mengalihkan tangannya, jantungnya berdegup laju. Dia tak sangka begitu jadinya. Lelaki itu pun kelihatan gugup.

“Sorry...”

Tempat yang ditujui sudah tiba. Mereka beriringan menuju ke pusat boling seperti janji mereka.

“Irul???” Ayu, Ally dan Syidah bersuara serentak, Karina mengenyitkan mata.

“Awak tak beritahu mereka, saya ikut sekali ke?”

Karina menggelengkan kepalanya.

“Relekslah. Macam tak kenal Irul ni? Okay, kita main sekarang? Irul, awak size berapa?”

“8. Hmm...tak apalah saya ikut sekali.”

Ayu menyiku lengan Syidah.

“Aku dah kata mereka ni saling suka menyukai, terutama si Karina tu! Anyway, mereka secocok pun,”

Ally dan Syidah mengangguk, setuju.

“Kau rasa Nadiha...”

“Hey, Nadiha datang dengan one guy la?”

“Ally, kau celupar tau tak!”

Ally mencebikkan bibirnya. Mereka memandang Nadiha dan lelaki itu yang turut menuju ke kaunter.

“Peranglah jawapnya,” suara Ally.

“Wait and see,” balas Syidah.

Mereka berdua sedang membuat tempahan bila ada suara menegur mereka. Kedua anak muda itu menoleh, wajah ceria Karina tiba-tiba berubah.

“Johan? Kau pun kat sini?”

“Lusa kami ada paper. Iha nak lepaskan tension jadi... Tak sangka kau pun ada di sini. Dulu masa sekolah, susah kau nak menapak ke tempat begini.”

Lelaki itu ketawa kecil.

“Tak sangka Cik Karina pun minat boling?”

“Saja-saja nak buang masa.”

Karina mengecilkan matanya, dia menjeling.

“Aku ni sedang ikut perubahan masa. Dulu tak berapa minat... sekarang saja asah bakat mana tahu boleh wakil kolej ke?”

Mereka ketawa.

“Apa kata kalau kita main sekali. Tak payah kami buang duit?” suara Nadiha, direnung wajah Karina.

“Apa salahnya. Mungkin kita boleh bertanding secara adil,”

“Bertanding. Menarik cadangan cik Karina tu!” suara Nadiha, sinis.

Johan dan Nadiha mengekori Karina dan dirinya.

“Ina, serius nak main dengan Iha. Dia ratu boling peringkat negeri,”

Karina memandang lelaki itu, wajahnya serius.

“Irul, apa salahnya kita berkongsi.”

Dia mengangkat kening dan merengus. Dia dapat baca dari raut wajah Karina. Dia mendekati Ayu.

“Ayu, saya takut mereka berperang.”

“Awak pun perasan juga ke, Irul? Lelaki tu siapa?”

“Tunang Nadiha, kawan saya juga.”

Ayu memandang kedua temannya dan menggelengkan kepala.

“Saya harap awak tabah menghadapinya, Irul.”

Lelaki itu menundukkan wajahnya dan mengeluh. Mereka mula bermain, kelihatan Nadiha dan Karina begitu bersungguh-sungguh bagaikan mereka sedang bertanding merebut gelaran juara. Johan mendekati temannya.

“Apa yang dah berlaku ni?”

“Aku pun tak berapa pasti. Kita dalam dilema ni?”

Johan memandang wajah lelaki di sisinya. Telefon bimbit milik lelaki itu berdering, dia melangkah keluar untuk menerima panggilan itu. johan memerhati dari tempat dia berdiri, dia dapat lihat wajah lelaki itu yang begitu serius ketika menjawab panggilan itu. Apa agaknya yang dah berlaku?

“Johan, aku nak minta pertolongan kau. Please hantar aku balik asrama sekarang. Aku ada hal yang kena diselesaikan,” suara lelaki itu. johan mengangguk cuma. Dilihat lelaki itu beredar ke arah 3 perempuan yang turut berada disitu mungkin menerangkan kenapa dia perlu pergi. Mereka berdua beredar dari situ, mereka menuju ke arah kenderaan milik lelaki itu.

“Apa yang dah berlaku, Irul?”

“Datuk aku kena strok, aku kena balik Perak malam ni juga. Andak aku akan jemput aku setengah jam lagi. Tapi, aku minta tolong pada kau jangan cerita apa-apa pada Nadiha ataupun Karina.”

Johan mengiyakannya saja. Mereka tiba di asrama, dia meniti tangga untuk ke biliknya. Kelihatan Suhail dan Aziz sedang mengulangkaji. Mana Khalid sudah pun tidur di katil.

“Aku minta tolong pada korang,” suaranya.

“Serius saja bunyinya. Kenapa?” suara Aziz.

Dia mengemaskan beberapa pakaian yang diperlukan.

“Aku kena balik kampung sekarang. Kalau sesiapa cari, katakan korang tak tahu okay.”

“Kau takde paper ke esok?” Suhail bersuara.

“3 hari lagi baru aku ada paper. Aku balik dulu, thanks.”

Suhail dan Aziz mengangguk.

“Balik kampung ke atau nak larikan diri?”

Suhail mengetuk kepala Aziz.

“Jangan sibuk, study! Esok awak ada paper..!”



[1] Hargai Cinta – Ning Baizura

Previous: 14
Next: 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.