Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,539
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
20

Karina melangkah keluar dari biliknya, dia menuju ke arah salah seorang kakitangannya. Diserahkan beberapa fail dan dia menuju ke bilik abangnya, namun dia beredar kerana ada tetamu didalam bilik abangnya. Karina menuju ke arah pantri untuk minum air.

“Cik Karina?”

“Oh, Sara. Hmm... dah tak ada kerja banyak ni, terasa bosan pula.”

“Biasalah cik, awal tahun. Kerja memang tak berapa banyak kecuali bahagian pasaran dan pengurusan serta bahagian gudang.”

Karina mengangguk dan tersenyum. Air yang dibancuh tadi dihabiskan. Dia melangkah keluar selepas Sara. Dia kembali ke pejabatnya.

“Cik Karina, ada panggilan telefon.”

“Ah! Sambung ke bilik saya okay,” suara Karina dan melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia mencapai telefonnya.

“Karina Hakim...siapa tu?”

Agak lama tiada suara di dalam talian, Karina menrengus.

“Hello???”

“Karina Hakim?” suara di talian kedengaran. Dia terkejut mendengar suara itu.

“Siapa ni?”

“Kawan lama, tak kenal? Saya nak jemput awak untuk makan malam. Sudi tak?”

Karina telan air liurnya, dia tak tahu nak respon bagaimana dengan soalan itu. Pintu biliknya diketuk, dia tersentak.

“Boleh tak saya telefon semula. Saya sedikit sibuk?”

“Apa kata saya telefon bimbit awak pukul 5 nanti?”

“Apa apa saja. Bye!”

“Ina, kenapa ni? Macam cemas je? Apa yang berlaku?” suara Hanafi, abang keduanya. Karina gelengkan kepala.

“Mesyuarat petang ni tangguh esok. Angah balik awal tau...”

Karina mengangguk cuma. Dia merenung jam di mejanya, ada 3 jam lagi pukul 5 petang. Dia gigit bibir, hatinya berdegup laju. Masih berdebar-debar, sebenarnya dia tidak sabar untuk mendengar suara itu semula. Dia menarik nafas panjang, dia memujuk hati supaya bersabar. Dia bertanya sendiri apa agaknya yang lelaki itu mahukan setelah sekian lama. 4 tahun, satu masa yang lama.

“Cik Karina, saya tahu awak kecewa kerana tak jumpa dengan Abang Irul tadi. Nampaknya memang takdir awak, awak dengan Abang Irul tak ada jodoh. Janganlah terlalu berharap.”

Karina memandang gadis dihadapannya.

“Mana awak tahu semua ini?”

Nadiha memandang gadis itu dengan begitu sinis, dia ketawa kecil.

“Tentulah saya tahu, Abang Irul selalu ceritakan segalanya pada saya. Sebenarnya dia tak perlukan awak, Cik Karina. Awak sebenarnya orang luar. Walaupun awak dah berkawan dengan dia hampir 1 tahun bukan pengukur sebagai jodoh,” suara Nadiha.

Karina telan air liur.

“Saya takkan percaya selagi Irul tak berterus terang dengan saya, Cik Nadiha. Cakaplah apa yang awak mahu... Selagi Irul tak jelaskan dihadapan saya, jangan harap saya akan percaya. Saya takkan percaya. Nice try, Nadiha..!”

Wajah Nadiha begitu marah. Karina pasti Nadiha marah kerana kata-katanya tadi. Karina dapat dengan gadis itu merengus.

“Saya tak sangka Cik Karina bodoh, bukti dah didepan masih tak percaya,”

“Dia tak tinggalkan saya. Cuma masa mempermainkan kami, takkan itupun Cik Nadiha tak faham.”

Nadiha tertekan. Setiap kata-katanya dapat Karina sangkal. Dia merengus dan berlalu pergi. Karina mengeluh, sebenarnya dia juga tak yakin dengan pendapatnya. Dia memandang Nadiha yang sudah menjauh. Mungkin betul kata Nadiha, Irul bukan untuk dia. Betulkah?

Dia tersedar bila telefon bimbitnya berdering, dia menghela nafas. dia memandang skrin telefonnya, nama Irul tertera. Dia ragu-ragu untuk menjawabnya. Deringan berhenti, Karina mengeluh dan memarahi dirinya kerana tidak menjawab. Dicapai telefon bimbitnya dan kemudian ia berdering, segera dia menjawabnya. Namun hampa bukan suara Irul tetapi suara abangnya. Sebaik saja panggilan dari abangnya berakhir telefon itu berdering lagi.

“Hai?”

Lidah Karina kelu, dia menarik nafas.

“Hai?”

“Ingatkan dah tak sudi nak menjawab panggilan saya?” suara di dalam talian berkata. Karina memegang dadanya, jantungnya berdebar.

“Saya ingatkan awak melupakan saya?”

Lelaki itu ketawa, Karina rasakan dirinya tenang. Dia rasakan semuanya indah bercahaya semula didalam hidupnya. Segala perasaan dia terhadap lelaki itu muncul kembali, apa yang dia rasa tika itu seperti apa yang dirasa 4 tahun dulu.

“Ina, maafkan saya kalau saya ganggu awak?”

“Eh!Tidak, sama sekali tidak? Saya... Kenapa awak menghilangkan diri?” tanya Karina mengubah tajuk. Buat beberapa saat mereka membisu, Karina gigit bibirnya.

“Hello?”

“Ya...”

“Ina, kalau saya nak jumpa awak...” pertanyaan lelaki itu tergantung disitu.

“Jumpa? Saya? Bila?” Karina gigit bibir kerana dia kedengaran seperti tidak sabar. Dia tersenyum, malu sendiri.

“Ya, jumpa awak. Apa kata awak yang tetapkan. Saya tak kisah.”

“Saya tetapkan? Hmm... hujung minggu ni? Keluarga saya buat barbecue dan beberapa orang kawan keluarga saya akan datang dan juga business partner family saya jadi...?”

“Kalau awak mahu saya hadir... Okay barangkali?”

Karina menepuk dahinya beberapa kali. Perlukah dia jemput dia... adakah ini satu kesilapan?

“Ina, saya ada hal nanti saya call awak lagi?” suara ditalian berkata.

“Hmm...okay?”

Previous: 19
Next: 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.