Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,561
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
16

Bagai dijanji, kereta Kia Spectra milik abang ketiganya tiba di asramanya. Dia bergegas masuk ke dalam perut kereta itu.

“Lama tunggu ke?”

“Baru je, macamana tok jadi macam tu?” dia bertanya.

“Andak tak pasti. Abang kata, kolestrol dia tinggi sangat. Abang kata, atuk balik dari masjid baring nak tengok tv terus jadi macam tu. Mujur abang ada dirumah.”

“Banyak sangat makan kenduri, agaknya?” suaranya.

Dia terpisat-pisat keluar dari perut kereta, dia menguap. Jam ditangan kanan dilihat, sudah 2:30 pagi. Patutlah mengantuk sekali, mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah. Angah muncul membuka pintu.

“Irul, Ilham, hmm...”

“Semua dah tidur ke? Abang mana?”

“Abang dengan nenek di hospital,” suara abang kedua mereka.

Mereka berdua masuk ke dalam rumah dan dia berlalu ke bilik. Direbah ke katil, bunyi mesej dari telefon bimbitnya tidak diperdulikan. Dia terlalu mengantuk dan keletihan. Dia terus terlena sebaik saja kepalanya diletakkan ke bantal.

Dia bersarapan dengan kedua-dua abangnya. Dia merenung abang-abangnya.

“Kita nak lawat atuk tak? suaranya.

“Sekejap lagi kita pergi, lekas sarapan. Angah nak jenguk Alid dekat asrama dia.”

Mereka berdua mengangguk. Mereka menyuapkan makanan dalam mulut manakala abang kedua mereka beredar. Dia kemudian berlalu ke biliknya, dia rasa ada mesej yang belum dibaca.

Irul, awak ke mana? Awak marah dengan saya atau... Kenapa tak beritahu saya. Awak jangan susahkan hati saya, tolonglah? – Karina

Dia memadamkan mesej itu. Dia malas nak menjawab, buat masa ini dia hanya mahu memikirkan tentang datuknya dan juga peperiksaan yang bakal dia hadapi. Dia mengeluh, dibiarkan telefon bimbitnya di atas katil. Pintu bilik diketuk, dia segera melangkah keluar dari bilik itu.

“Jom, angah dah balik. Kau nak ikut angah atau andak?”

Telefon bimbit berdering.

“Iya, hmm... ini Zahirul Ilham bercakap. Oh okay... kita bincang lusa? Baiklah.” Dia memandang abang ketiganya.

“Ikut andaklah.”

“Irul? Kenapa kau macam tak bersemangat? Apa yang berlaku?” tanya si abang.

“Irul, risau fasal atuk, exam. Irul risau fasal segalanya.”

Si abang senyum dan mengangguk. Mereka berdua berlalu ke arah kereta untuk ke hospital. Beberapa minit mereka akan tiba di hadapan Hospital Pantai Puteri. Setiba di wad tersebut, mereka menyalami atuk, nenek dan juga abang sulung mereka.

“Alid, ada kelas dia tak dapat hadir,”

“Tak payah, atuk okay sikit. Doktor kata atuk boleh balik esok,” nenek bersuara.

“Abang, kita...”

“Irul, abang boleh handle segalanya. Jangan risau, kau tu yang perlu risau fasal exam kau. Bila nak balik?”

“Malam ni dengan angah,” balasnya.

Dia sudah bersedia menuju ke dewan peperiksaan. Hatinya cemas juga tambahan persediaan tidak berapa banyak. Tambahan dia juga risau dengan atuknya yang masih tak berapa sihat dirumah. Abang sulungnya sudah mengupah jururawat untuk menjaga atuk di rumah. Nenek membantah tetapi akhirnya setuju kerana dia pun tidak berapa sihat. Dia menarik nafas p anjang sebelum melangkah masuk ke dalam dewan. Dia memakai jaketnya kerana tidak mahu kesejukkan di dalam dewan itu. Dia berdoa agar kertas yang akan dihadapi hari ini akan dijawab dengan tenang dan mudah. Sebaik diarah untuk membuka kertas soalan, dia mulakan dengan kalimah Bismillah semoga keberkatannya menolongnya menjawab dengan tenang.

Dua jam dia didalam dewan itu, akhirnya dia melangkah keluar dengan tenang. Dia menoleh ke arah dewan itu tadi, rupanya dialah pelajar yang paling akhir melangkah keluar. Dia mengangkat keningnya, dicapai beg dan melangkah keluar dari dewan itu. Dia melihat jam, rasanya dia mahu ke perpustakaan untuk meminjam beberapa buah buku untuk mencari maklumat bagi kertas terakhirnya yang akan berlangsung 3 hari dari hari ni. Cuaca agak muram, dia harap bukan hujan kerana ada beberapa baju yang masih di ampaian dan dia tidak harap teman sebiliknya akan mengangkat baju untuknya. Dia sudah dipintu masuk bila dia terpandang seseorang.

“Ina?”

“Irul?”

Mereka bersuara serentak, kemudian mereka membisu. Karina mengalih kerana dia menghalang perjalanan orang. Mereka masih berpandangan tanpa suara.

“Saya... saya...”

“Irul, saya ada exam. Jumpa nanti. Bye!” suara Karina dan berlalu. Dia merengus, sebenar dia pun tak tahu nak kata apa. Memang sukar nak bersuara bila berdepan dengan gadis itu, entahlah macam satu sumpahan. Dia hanya melihat gadis itu berlalu, dia mengeluh dan melangkah masuk ke dalam bangunan perpustakkan itu. Dia kemudian melangkah keluar dan menuju kembali ke asramanya. Dia menghentikan langkah bila ada bunyi hon dan suara memanggilnya. Dia menoleh.

“Iha?”

“Iha nak balik Perak dah habis paper. Tapi, Iha nak belanja Abang Irul boleh?”

“Tapi...”

Nadiha memandang wajah lelaki dihadapannya, mahu tak mahu akhirnya lelaki itu mengangguk dan mengekori gadis itu masuk ke dalam keretanya.

“Abang Irul dah berubah. Banyak sangat, dulu tak macam ni. kalau jumpa Iha macam seronok. Tapi sekarang?”

“Dulu lain, Iha. Lagipun Iha tunangan orang. Jarak masa juga faktor yang penting untuk diambil kira.”

“Bukan kerana Karina? Johan cerita tentang abang dengan kak Intan?”

“Semuanya cerita lama, abang tak mahu mengulanginya lagi.”

Kenderaan Nadiha berhenti di hadapan restoran Moghul, D’Tandoor. Mereka melangkah masuk dan memesan makanan.

“Abang buat macam ni sebab abang hormati Johan. Dia kawan abang dan dia amat sayangkan Iha. Lagipun antara kita tak pernah melewati batas seorang kekasih. Iha kena kira itu semua.”

“Abang tipu, Iha tahu abang pernah ada hati dengan Iha.”

“Semua kisah lama. Abang tak nak ungkit! Abang nak tumpu pada tujuan hidup abang, impian abang,” suara lelaki itu.

“Tapi, selama ni Iha cinta pada abang saja. Johan cuma memiliki tubuh Iha bukan cinta dan perasaan Iha.”

“Iha, tak elok Iha buat begitu. Johan banyak berkorban, dia terlalu sayangkan Iha. Antara kita cuma hubungan abang dan adik angkat saja. Tak lebih.”

Nadiha bersandar dikerusinya, dia mula menangis.

“Iha, abang mohon maaf. Kenyataannya tak dapat berubah. Sapulah air mata tu, air mata Iha terlalu berharga untuk ditumpahkan begitu saja.”

“Abang kejam... Iha takkan putus asa, bang.”

“Nadiha, mengucap. Jangan kau buat perkara yang akan memalukan dirimu sendiri. Dengar cakap abang, Iha!”

Nadiha bangun dan beredar dari situ. Lelaki itu memanggil pelayan untuk membawa bil makanan.

Previous: 15
Next: 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.