Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,557
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
9

Kereta milik gadis itu berhenti betul-betul di hadapan asramanya. Ada beberapa orang yang memerhatinya melangkah keluar dari kereta itu. Teman sebiliknya turut bersorak dari tingkat biliknya. Terasa begitu malu dengan keadaan itu. Risau dia dengan perasaan Karina, diharap tiada salah sangka dihatinya. Karina membunyikan hon kereta sebelum beredar pergi. Dia mengeluh dan memandang tangga, susah rasanya nak meniti tangga itu ke arasnya.

“Huh! Sudah pandai sekarang... Ada perempuan hantar balik! Hmm...date ke? Rasa macam kenal saja perempuan tu?” suara Aziz yang baru keluar dari kamar mandi. Dia mengekori lelaki itu.

“Diamlah! Kalau tak usik aku sehari tak sah hidup kau ke?” marahnya.

“Irul, kehidupan kau ni penuh dengan lawak tau tak! Macam secocok saja kau dengan awek tu! Siapa dia?” sambung Aziz dan mengikat tuala ke pinggangnya.

“Karina Hakim. Budak...”

“Budak MassCom part 5 tu! Huih! Advance kau! Macamana kau tackle budak Karina tu! Aduh! Tinggi ilmu kau!”

“Ilmu??? Kenapalah pulak. Susah sangat ke nak kawan dengan dia, Ziz?”

“Karina tu, bukan senang nak dekat. Anak lordlah katakan. Hidung taraf tinggi...” sambung Aziz lagi.

“Rasanya macam biasa saja aku dengan dia... Tak ada beza pun!”

“Dia ‘ayam’ kaya, Irul,” sampuk Khalid yang muncul entah dari mana.

“Kalau dia ‘ayam’ aku dah sembelih buat kenduri. Ish! Kalau layan korang, aku boleh sasau. Dahlah...!”

Suhail mendekati teman sebiliknya.

“Jadi hari ni kau keluar dengan Karina Hakim?”

“Aik! Kau pun tahu cerita tu?” tanyanya.

“Your story is talk about town now. Hebat! Bukan senang nak rapat dengan dia. Tapi mampu ke kau?”

“Tak fahamlah. Susah sangat ke si Ina tu? Bagi aku dia okay. Tak sombong. Dia tu sopan, manja dan baik. Serta comel?”

“Dia banyak boyfriend.”

“Aku bukan boyfriend dialah.”

“Betullah tapi...”

“Dahlah. Aku banyak kerja. Nanti tak siap kerja aku. Kalau tak siap, bukan ada yang nak menolong. Pergi mandi...busuk!”

Suhail menepuk lembut bahu temannya, kemudian berlalu. Dia mengeluh dan menoleh memandang Suhail yang sudah melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia berlalu ke bilik dan meletakkan beg di dalam almarinya.

“Sejak bila kau kenal dengan Karina tu?” Roslan bersuara. Kacamatanya dibetulkan

“Masa aku part 3, tahun lepas. Aku jumpa dia secara tak sengaja di library.”

“Kau padan dengan dia. Tapi... desas desus yang didengar tentang dia susah sikitlah untuk masa depan kau dengan dia.”

“Masa depan!!! Aku kawan aja dengan dia. Bukan nak kahwin dengan dia!”

“Irul, kau nak kawan dengan dia tentulah lama-lama. Takkan nak kawan untuk sehari sahaja. Dia anak orang kaya, anak Tan Sri... Kau..!”

“Tapi tadi dia tak tunjuk pun reaksi sombongnya. Dia baik Lan. Mungkin wajahnya saja macam tu. Biasalah. Kalau kita tak kenal, kita tak tahu,” balasnya.

“Mungkin juga. Tapi apa pun kau kena bersedia,” ujar Roslan.

Dia mengangguk. Roslan menepuk bahunya dan berlalu. Dia naik ke katilnya. Buku assignmentnya dicapai. Dia cuba untuk menulis sesuatu tetapi kata-kata teman sebiliknya menganggu hidupnya. Dia menggaru kepala dan merengus, dibaring diatas katil dan mengeluh. Betulkah kata-kata teman sebiliknya, tapi tadi tak pula dia buat perangai. Takkan cover line, kot? Dia keliru, telefonnya berdering. Nama Karina muncul di skrin. Dia berdehem kemudian menjawab panggilan itu.

Previous: 8
Next: 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.