Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,567
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
21

Karina menghampiri kakak iparnya yang sedang membaca dibilik bacaan. Dia duduk dihadapan wanita itu. Syidah berhenti membaca dan memandang adik iparnya.

“Kenapa ni?”

“Kakak, saya dah jemput Irul?”

Syidah merenung adik iparnya.

“Tapi, papa...?”

“Itulah masalahnya. Kenapalah saya tak fikirkan hal itu, terlupa.”

Pintu bilik bacaan dikuak, Hanafi muncul.

“Ina, papa nak jumpa. Dia di bilik kerjanya. Kakak, abang Ben kata malam ni dia lambat sikit sebab ada dinner dengan klien dari Perancis,” terang Hanafi. Syidah mengangguk. Karina berlalu menuju ke bilik kerja papanya.

“Papa nak jumpa Ina?”

Karina menolak pintu bilik itu dan melangkah masuk.

“Ina, untuk majlis hujung minggu ni papa rasa baik kau jemput kawan-kawan Ina. Tak adalah Ina kebosanan?”

“Papa, Ina jemput Irul???”

“Irul? Elok juga. Papa pun dah lama nak jumpa dia. Jemputlah, boleh papa dan abang-abang kamu kenal dengan bakal menantu lelaki rumah ni?”

Wajah gadis itu merona.

“Ish! Papa ni..!”

Gadis itu keluar dan menuju ke biliknya, dia membaringkan diri di atas katilnya. Dicapai alat kawalan dan menghidupkan permainan CDnya, lagu dari CD yang baru dibeli semalam di dengarnya. Dia tak sangka papanya turut mahu dia menjemput Irul. Dia senyum sendirian.

Redup mata mu memandang wajahku

Jangan menangis memang benar kunci hatiku ada padamu

Aku kembali di matamu kini bukan kerana kamu

Bukan niat untuk melara hatimu usah khuatir

Jika hadirku melukakan dihati

Maafkan ku [1]

Dia ketawa kecil bila mendengar lagu tu. Mungkinkah maksudnya sama, entahlah. Diharap kali ini segalanya akan jadi lebih baik, lagipun lelaki itu sudah stabil dari segi kewangan. Cuma dia risaukan Nadiha, kehadiran Nadiha mungkin akan menjejaskan segalanya. Dia mahu yang terbaik namun apa yang terjadi adalah luar bidang kuasanya. Karina mengeluh.



[1] Ampunkan Aku – Def Gab C

Previous: 20
Next: 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.