Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,545
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
19

Dia melangkah keluar dari perkarangan tanah perkuburan Islam itu. 10 tahun dia tak melawat pusara ibu dan ayahnya. Dia teramat rindu kepada kedua mereka. Telefon bimbitnya berdering nyaring.

“Iya... sekejap lagi saya datang. Okay!”

Dia memandang keretanya, pemandunya sudah bersedia. Dia melangkah masuk.

“Kita balik pejabat, okay.”

Pemandu itu memandu tenang untuk menuju ke destinasi mereka. Kaca matanya dibetulkan, dia merenung sekeliling. Dia teringat kejadian 3 hari yang lalu, wajah yang sudah 4 tahun tidak ditemui. Wajah yang benar-benar dirinduinya. Wajah yang ingin dilihat setiap hari dan setiap detik. Hairan, setelah sekian lama baru mereka bertemu. Tuhan memang adil. Disaat dia teramat rindukan wajah itu, dengan izinNya wajah itu muncul.

“Tuan. Tuan nak balik pukul berapa?”

“Nanti saya call awak. Just stand by, okay?”

Pemandunya mengangguk. Dia melangkah masuk ke dalam bangunan Lembayung Sutera Sdn. Bhd.

Zahirul Chairil mendekatinya, disentuh bahu adiknya. Dia menoleh ke arah abangnya dan dia duduk di sofa yang ada di bilik itu.

“Kenapa kau kelihatan rungsing?”

“Nadiha... dia putuskan tunangnya dengan Johan.”

Abangnya terkejut.

“Johan yang beritahu saya semalam. Dia sedih sangat. Nadiha ni dah gila.”

“Nadiha ada call kau?”

Digelengkan kepalanya.

“Saya... Nadiha is not part of my life! After all this year... I.”

Dia garu belakang tengkuknya, dia rungsing. Kedudukan duduknya dibetulkan. Pintu bilik diketuk dan pintu terkuak. Zahirul Ilham muncul ada beberapa helai kertas ditangannya.

“Nah! Faks dari Russia. Dia dah bagi sebut harga untuk projek baru tu. tapi macam tak...”

“Macam tak berbaloi harga tu, kan?” sambung dia.

Kedua abangnya mengangguk.

“Itulah yang Irul check semalam. Macam pelik je?”

“Andak, cuba check lagi. Lepas tu bawa kat angah. Hmm... ada apa-apa problem dengan stok semalam tu, Irul?”

“Pihak gudang kata okay. Tapi, kejap lagi Irul nak ke Westport dengan Ravi dan Penny.”

Kedua abangnya mengangguk. Dia bangun dan mengekori andaknya keluar. Dia kemudian menuju ke biliknya untuk bersedia dengan para pembantunya.

“Bos, kita nak ke Westport sekarang?”

“Ya, Penny mana?”

“Dia dah ready. Tunggu di lif.”

Dia mengangguk dan mengekori pembantunya.
Previous: 18
Next: 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.