Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,565
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
25

Baju-baju dialmari diselak dan dibelek. Jam hampir 8 malam, akhirnya top lengan panjang dan skirt lurus dipilih. Rambutnya di sanggulkan, wangian kemudian disembur ke pangkal leher. Setelah puas segera dicapai but dari Primavera dipilih dan dia menuruni tangga ke tingkat bawah.

“Cantiknya? Nak kemana? Date iya?” tanya Hanafi.

Karina mencebik.

“Papa, nampaknya lepas ni kita akan tengok adik selalu keluar malam?”

“Angah ni tau suka usik Ina. Jahat!!! Papa tengok angah ni!”

Hanafi ketawa.

“Papa pun dah lama tak tengok Ina keluar malam. Nak keluar dengan siapa? Orang dulu ke?”tanya Tan Sri Hakim Amirul.

“Siapa lagi papa. Sebab dengan orang dulu je yang dia akan keluar malam.”

Kedua lelaki itu ketawa, dia memuncungkan bibirnya. Mereka ketawa lagi. Bunyi hon kenderaan meneruja gadis itu.

“Dah sampai pun. Ina apa kata kalau Ina jemput dia masuk dulu?” suara Tan Sri Hakim Amirul.

“Nantilah dulu, papa. Hujung minggu ni, papa jumpa dia. Okay? Ina pergi dulu, ya!” suara Karina dan menyalami papanya.

“Nak sorok lah tu!” suara Hanafi.

Tanpa memperduli usikkan abangnya dia berlalu. Kereta Toyota Camry lelaki itu menanti dihadapan pintu pagarnya. Gadis itu masuk ke dalam perut kereta itu.

“Maaf, terlambat sedikit. Ada hal dirumah.”

“Tak mengapa. Cuma lewat 3 minit saja, Ina faham.”

Lelaki itu tersenyum dan mereka membisu. Lelaki itu memandu tenang menuju ke destinasi, Karina mengerling ke arah lelaki itu tetapi kemudian menoleh ke kiri. Dia tak sangka akan bersama lelaki ini lagi dan berharap segalannya akan berjalan dengan baik. Mereka tiba di Hyatt Regency Saujana yang berdiri gagah dan indah.

“Maaf, malam ni kita makan ala Itali?” suara lelaki itu.

“Tak mengapa?”

Mereka beriringan kedalam cafe. Mereka duduk berdepan dan kedua mereka saling berpandangan, Karina berpaling. Wajahnya merona.

Saat terpandangkanmu

Berdegup jantungku

Cinta pandang pertama

Panah asmara...

Tidak pernahku rasa begini ceria

Hanya satu harapan

Mengapai bahagia[1]

Karina terasa begitu bahagia, kenangan lalu bagai terasa kembali. Kelembutan santun lelaki itu masih macam dulu. Mereka berdua membisu, masing-masing ingin bersuara cuma masing-masing malu dan tak tahu apa yang harus diluahkan.

“Ina, tak berubah masih cantik macam dulu. Irul...”

“Irul pun masih macam dulu, cuma dah berkaca mata.”

Lelaki itu membetulkan kaca matanya.

“Apa nak buat dah tua, kenalah pakai. Ina... erk! masih sendiri?” lelaki itu menyoal.

Karina merenung gelas minuman kemudian mengangguk. Dia memandang lelaki itu, dia gelisah. Gelagatnya masih tak berubah seperti dulu, masih gelisah bila berdepan dengannya.

“Saya...” kata-katanya mati disitu, dihelanya nafas. Air liur ditelan, begitu sukar.

“Irul...mmm... Eh!”

“Kenapa begitu sukar untuk bersuara... Apa yang begitu payah sekali, Irul? Cakaplah saja?” suara Karina.

Lelaki itu menghelakan nafas, dia berdehem kemudian membetulkan duduknya. Dia ketawa kecil, mungkin malu. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Hati Karina berdebar melihat kotak kecil itu.

“Ini untuk Ina.”

Kotak kecil itu diletak dihadapan Karina. Karina gugup dan memandang lelaki itu. Matanya berkelip dan segera dibuka kotak kecil dan dia mengeluh, lega. Anting-anting emas putih dan mutiara dari Habib Jewel, direnung wajah lelaki itu.

“Apa ni?”

“Ini pemberian Irul untuk Ina. Sebenarnya Irul nak lamar Ina jadi isteri Irul. Tapi, sebagai orang Melayu yang penuh beradat Irul rasa baik Irul berjumpa dengan keluarga Ina.”

Karina memandang lelaki itu.

“Irul faham kalau Ina tak setuju. Tapi terimalah hadiah tu sebagai tanda persahabatan kita selama ni,”

“Irul, Ina tak dapat nak memberi jawapannya sekarang. Tapi macam Irul kata, lebih baik Irul jumpa keluarga Ina. Itu lebih elok.”

Lelaki itu tersenyum dan Karina tunduk malu.

Dari kejauhan ada yang memandang gelagat mereka berdua, dia menahan marah melihat gelak tawa mereka. Dia merengus dan beredar dari situ.



[1]Pandangan Pertama – Annuar Zain

Previous: 24
Next: 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.