Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,557
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
26

Pagi menjelma, hari ini dia lebih awal dari biasa. Kakak iparnya baru melangkah turun.

“Awalnya. Abang kau pun tak bangun lagi. Amboi ceria muka tu?”

“Kak Syidah, macamana abang lamar kakak? Sebab setahu Ina, kak ni kawan Ina. Bila masa kakak dan abang long bercinta? Jumpa pun 3 kali saja, telefon Ina tak tahu la.”

“Kenapa tanya ni? Abang Hazim kau terus jumpa parent kakak dan terus lamar. Kami tak pernah keluar macam kau dan Irul. Kau pun tahu, kan?”

“Itu yang pelik sangat tu. Tapi...”

“Kenapa tanya soalan ni? Irul dah lamar kau ke?”

Dia tersenyum dan menjamah roti bakar. Syidah memandang adik iparnya, dia dapat lihat Karina menahan senyum.

“Amboi...hmm... sudah pandai dia iya. Bertuah kau, Ina.”

“Ish...”

Mereka ketawa.

“Ada berita baik ke?” tanya Hazim, dia menyentuh bahu isterinya.

“Mungkin rumah ni nak dapat menantu lelaki.”

Hazim memandang adiknya.

“Tak adalah. Kakak gurau je... Kak Syidah ni... Nantilah.”

Dia termenung dikerusinya, ada kala dia senyum sendiri. Anting-anting itu masih dilihat, dia gigit bibir. Hujung minggu akan muncul 4 hari lagi. Dia tersenyum.

“Yes, Irul. Ina terima lamaran Irul...” dia tunduk dan ketawa kecil. Bibirnya digigit lagi. Anting-anting itu dicapai dan dikenakan ke cuping telinga. Dirasa ditelinganya, perasaan lega terasa.

“Cik, ada orang nak jumpa cik. Important katanya,” suara di intercom kedengaran. Jantungnya berdegup laju, perutnya rasa tak sedap. Dia kehairanan.

“Suruh dia masuk bilik saya.”

Hatinya tiba-tiba rasa tak keruan. Kenapa agaknya? Pintu bilik diketuk, segera dia menyuruh orang diluar masuk. Karina terkejut, dia bangun dari kerusi. Wanita itu melangkah masuk dan merenung sekeliling. Tanpa disuruh wanita itu duduk, kaca mata hitamnya dibuka. Matanya yang memakai kanta lekap tajam memandangnya.

“Cik Nadiha!”

“Lama tak jumpa, cik Karina Hakim.”

Karina begitu geram dengan gelagat wanita itu yang sinis.

“Awak memang perempuan yang tak tahu malu, cik Karina. Berani awak rampas milik orang?”

“Rampas? Barang apa yang saya rampas dan dari siapa?”

“Wow! Hebat... Masih berpura-pura. Memang tak tahu malu...!”

“Dari saya, awak rampas dari saya.”

Karina merengus, dahinya dikerut.

“Jangan berlagak tak tahu, Karina! Kau rampas Zahirul Hafiz dari aku dan kau berlagak macam kau tak tahu apa-apa?! Kau memang perempuan...”

“Jaga mulut tu sikit Nadiha. Jangan celupar sangat!”

Nadiha merengus.

“Aku dan Abang Irul akan kahwin tak lama lagi. Patutlah dia tangguhkan tarikh perkahwinan kami rupanya kau penyebabnya!” suara Nadiha, lantang.

“Bukankah kau dan Johan..?”

“Bukan Johan, tapi Abang Irul!”

Karina gelengkan kepala, matanya bergenang.

“Keluar, Nadiha. Baik kau keluar sebelum aku bertindak kasar... Keluar!!!”

“Kasihan kau kerana tidak percaya. Kasihan sekali...!”

Karina menahan sebak. Nadiha berlalu keluar tetapi kemudian berpaling, dia menghulur tangan kirinya.

“Lihat! Rekaannya sama kan? Masih tak percaya? Kasihan,” ujar Nadiha dan ketawa kecil. Karina menangis, laju manik-manik jernih itu turun dari kelopak matanya.

Mendung berlabuh dan terbuku dihati sayu

Berlagu dan berlalu

Oh debu debunga pilu

Pergilah bersama rinduku

Tinggallah cintaku yang luka semula...

Tiada ku duga akhirnya cinta

Didalam senyuman dikau hancurkan[1]

Karina menangis dikatilnya, perasaannya berkecai. Dia sebenarnya tidak mahu percaya dengan kata-kata Nadiha tadi tetapi kata-kata wanita itu seakan betul. Dia duduk di birai katil dan kemudian bangun mengadap meja soleknya. Rekaan anting-antingnya memang sama dengan cincin yang Nadiha pakai. Kalaulah Nadiha tipu mana mungkin rekaan itu sama. Tetapi, apa yang dia tahu lelaki itu tidak ada hubungan dengannya. Pening dia memikirkan hal itu. Puas dia mencari penilaian tetapi tiada yang meragukan. Tangannya membuka anting-anting itu dan diletak kembali ke dalam kotak kecil itu.

“Irul... tolong Ina... Tolong!” suaranya dan menangis di meja solek itu.

Johan mengekori wanita itu. Nadiha menoleh dan dia terkejut, Johan merentap tangan wanita itu dan memaksanya mengekori.

“Kau masih tak jemu-jemu, Iha. Kenapa kau nak hancurkan hati orang lain. kalau kau tak suka hati kau di hancurkan kenapa mesti menghancurkan hati orang.”

“Eh! Apa yang kau cakap ni, Johan. Hati siapa?” Nadiha bertanya.

“Jangan kau buat bodoh. Aku tahu kau jumpa Karina, kan?”

“Kau tu perempuan. Tahulah malu sikit. Kalau orang tak mahu jangan terhegeh-hegeh, buat jatuh maruah saja!”

Nadiha menarik tangannya dari pegangan lelaki itu, dia merengus dan menggosok tangannya yang berbekas akibat genggaman kuat Johan. Dia mahu beredar tetapi kemudian menoleh dan memandang lelaki itu.

“Kau tak ada hak untuk mempersoalkan apa yang aku akan dan nak buat. Johan, kita tak pernah ada hubungan jadi...”

“Memang kita tak pernah ada hubungan tetapi aku akan pastikan kau takkan menganggu Irul lagi,” Johan memintas kata-kata gadis itu.

“Kata-kata kau takkan berkesan pada aku. Apa pun yang kau nak lakukan aku sudah bersedia,”

Nadiha berlalu, Johan merengus dan menumbuk angin. Wanita itu sudah berubah menjadi keras hati, dia bukan Nadiha yang dulu dia kenali. Dia perlu menyedarkan gadis itu sebelum ada yang tercedera. Telefon bimbit miliknya dicapai.

“Irul, aku nak kau berjaga-jaga. Aku rasa Iha nak lakukan sesuatu terhadap kau dan Karina,” kata Johan dan kemudian mematikan talian. Dia mengeluh. Bagaimana agaknya mahu memastikan Nadiha tidak membuat kerja bodoh? Dia menghela nafas dan menggelengkan kepala.



[1] Dedebu Cinta – Misha Omar

Previous: 25
Next: 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.