Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,569
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
24

Seseorang memberi salam, dia yang ralit menaip di laptopnya mengerutkan dahi. Tiada yang menjawab salam tu, pasti kakak iparnya tiada di rumah. Segera dijengah ke tingkap. Dia merengus, Johan rupanya. Dia melangkah turun dan berjabat salam dengan kawannya.

“Kau sebegini kaya, Irul. Sampai hati kau tak beritahu aku. kalau aku tak jumpa kau lepas kau graduate dengan kereta sport kau tu, tentu sampai sekarang aku ingatkan kau...”

“Buat apa hebahkan kekayaan diri, tak berbaloi. Nanti mati tinggalkan juga. Jom ke dapur,”

Mereka melangkah ke dapur.

“Kau tinggal dengan siapa di rumah besar ni?”

“Abang long, isterinya dan abang ketiga aku.”

Dia menuangkan jus ke dalam gelas temannya.

“Nadiha macamana?” tanya Johan.

Dia memandang temannya, tak faham.

“Aku dan Nadiha tiada apa-apa. Aku minta maaf kalau kau rasa aku turut bertanggungjawab, Jo. Aku... suka pada wanita lain. Sudah ribuan kali aku nyatakan pada Nadiha tapi... Susahnya nak buat dia faham!”

“Cinta aku masih tak berubah pada dia, Irul. Tapi dia dah buat keputusan dan keputusan tu dah lama dia simpan. Aku saja yang tak mahu terima. Aku tak salahkan kau, mungkin salah aku.”

“Insyallah, Jo. Kalau kau ikhlas, serta jodoh tu masih ada takkan kemana Nadiha tu. Pasti dia kembali pada kau! Percayalah pada aku!”

Johan tersenyum dan mengangguk. Air di mug di habiskan.

Walaupun jauh di sudut mata

Masih bersentuh naluri cinta

Padamu kasih ku selamanya

Bisikan rindu kita berdua

Menyentuh kalbu taman asmara

Padaku kasihmu oh membara[1]

Dia memandang keluar jendela pejabat, dia dapat lihat kesibukkan kota itu. Rambutnya diselit ke telinganya, dia terfikir tentang lelaki itu. setelah sekian lama, akhirnya mereka bertemu kembali. Seperti dulu, hatinya berdebar setiap kali mengenangkan lelaki itu. dia terkenangkan kata kakak iparnya pagi tadi. Dia tersenyum. Pintu terkuak, dia tersentak dan segera menoleh.

“Angah!!!”

“Kau sibuk?”

Dia gelengkan kepalanya, lelaki itu duduk di hadapan adiknya. Karina duduk berdepan abang keduanya.

“Abang dengar kau jemput seseorang. Siapa?”

Karina diam, tak tahu apa yang dikatakan. Dia berkira-kira untuk bersuara pada abangnya.

“Susah sangat nak cakap? Kawan atau kekasih?”

“Kekasih? Tak rasanya. Kawan, iya kawan lama!”

Hanafi mengangguk dan tersenyum.

“Lelaki dulu ke?”

“Angah ingat dia lagi.”

“Tapi sayang tak pernah jumpa dia. Ina memang pandai berahsia. Mungkin dia sangat hebat, sampaikan Ina jadi tak keruan masa dia tiba-tiba hilangkan diri.”

“Eh! Bila masa. Pandai je nak buat cerita. Tak baik kalau orang dengar tau!”

Hanafi ketawa.

“Ina sukakan dia. Angah boleh tahu...”

“Tapi dia... miskin dan anak yatim piatu!”

Hanafi terdiam, direnung wajah adiknya. Wajahnya dikerutkan.

“Papa tahu? Along?”

Dia menggelengkan kepala, ditelan air liur bila melihat keseriusan wajah abangnya. Lelaki itu macam tidak merestuinya.

“Ina, sekarang sudah 2005, benda-benda ini tak ada masalah. Itu duniawi, apa yang pentingnya keikhlasan dia pada Ina dan juga keimanannya. Papa dan along tak kisah, angah pun macam ni. Pentingnya kau bahagia.”

“Angah buat orang terkejut aja la.”

Hanafi ketawa kecil, dia bangun dan beredar keluar dari bilik itu. Telefon bimbit Karina berdering, diskrin nama Zahirul Hafiz tertera. Dia menahan debarnya dan menghela nafas.

“Hai?”

Hai, Ina? Sibuk?” suara didalam talian.

“Tak? Kenapa?”

Begini? Irul nak jemput Ina, keluar makan malam ni? Sudi?”

Bagai masa terhenti, Karina mendengar pelawaan lelaki itu.

Hello?”

Karina berdehem.

“Sudi.”

Irul, jemput Ina di rumah jam 8 malam?”

“Okay, Ina tunggu...”

Jantung Karina seakan-akan sudah terlompat keluar dari dadanya. Dia berdebar, walaupun setelah sekian lama debaran itu masih berbaki. Dia gigit bibir dan senyum sendirian. Dia tidak menyangka perasaan itu masih ada dan begitu juga dengan lelaki itu. mungkinkah kata-kata Nadiha dusta.



[1]Merai Cinta – Haizi Rani

Previous: 23
Next: 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.