Home Novelet Keluarga Bayangan Kemboja
Bayangan Kemboja
PurpleAdnan
29/9/2014 00:00:47
11,790
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
14

Firdaus Affendi menanti gadis itu, lelaki itu membetulkan rambutnya serta penampilannya. Dia seluk poket. Jam diperhatikan, gadis itu agak lewat keluar dari kuliahnya, Firdaus Affendi mengeluh. Dia memeluk tubuh dan menoleh, lelaki itu tersenyum.

“Hanisha!!!”

Hanisha dan teman-temannya terkejut. Hanisha terhenti dari meneruskan langkahnya. Firdaus Affendi senyum dan mendekatinya.

“Kacaknya... Siapa tu! Nisha?!” tanya Alice.

“Ish! Mana pula aku nak lari ni...” bisik hati Hanisha. Tetapi terlambat, lelaki itu sudah mendekatinya, dia terpaksa senyum.

“Hai...” tegur lelaki itu dan mengangguk ke arah teman-temannya.

“Fendi, apa yang kau buat kat sini?”

Firdaus Affendi tersenyum.

“Aku nak jemput kau makan tengahari. Jomlah, aku belanja kau. Okey!”

Alice menyiku pinggang temannya dan dia mengangguk laju. Hanisha gigit bibirnya, dia menoleh ke arah teman-temannya.

“Tak payah risau pasal kami, Nisha. Pergilah and have fun.” Suria bersuara dan mengangguk. Alice dan Suria tersengih. Hanisha mencebik mukanya.

“Boleh kita pergi sekarang?” tanya Firdaus Affendi. Hanisha senyum, kelat. Dia menoleh ke arah teman-temannya, mereka melambai ke arahnya. Dia merengus.

“Kita nak makan di mana?”

“Fendi tentukan? Nisha ikut saja.”

“Okay, nanti Fendi hantar ke mana saja Nis nak pergi. Okey!”

Hanisha memandang lelaki itu, dia mengeluh. Dia tak sangka lelaki itu termasuk sekali dalam masalahnya kali ini. Hanisha tertanya sendiri kenapa lelaki itu muncul semula.

“Fendi...?”

Fendi menghidupkan enjin keretanya dan merenung wajah gadis di sebelahnya. Tetapi Hanisha membisu. Mereka tiba di sebuah restoran.

“Kita lunch di sini okey tak?” tanya Firdaus Affendi.

“Makanan Jepun? Suka hatilah,” suara Hanisha dan memandang lelaki itu. Firdaus Affendi mengangguk. Hanisha mengeluh, dia tak kisah lagipun dia belum pernah makan makanan Jepun.

“Fendi... aku nak tanya sikit boleh?”

Lelaki itu mengangkat wajahnya dan mengangguk. Lelaki itu menghirup jus tembikai susunya. Hanisha membetulkan duduknya.

“Kenapa kau kembali?”

“Kau!”

Hanisha merenung tepat wajah lelaki itu, dia tak dapat membaca apa yang tersirat di wajah itu. Dia bagai terganggu dengan kata-kata lelaki itu. Firdaus Affendi kembali kerana dirinya. Tapi... sebenarnya peristiwa di Australia itu masih belum dia dapat lupakan. Hanisha hirup air minumannya, dia mengeluh.

“Sudah aku katakan dulu, aku tak mahu jumpa kau lagi. Fendi... kita...”

“Hanisha, aku memang tak harap kau maafkan aku. Memang tak harap. Tapi kita boleh jadi... kawan. Ya, jadi kawan. Aku tak boleh lupakan kau,” suara Firdaus Affendi. Haisha telan air liur mendengar penerangan lelaki itu. kenapa dia perlu ada di dalam situasi begitu. Dulu dia mengecewakannya dan kini dia kembali, dia juga mahu jadi kawan. Hanisha jadi tidak berselera.

“Aku tahu Nis, apa yang aku buat dulu tu... salah. Aku minta maaf, aku...”

“Cukuplah Fendi. Sudahlah... aku tak mahu ulangkannya lagi. Please

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.