Home Novelet Keluarga Bayangan Kemboja
Bayangan Kemboja
PurpleAdnan
29/9/2014 00:00:47
11,870
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
7

Shahid mendekati temannya yang sibuk membaca assignment, dia dapat lihat lelaki itu senyum sendiri. Dia mengerutkan dahi pasti ada yang melucukan. Dia mencapai salah satu kertas kerja disitu. Kagum melihat kreativiti yang ditonjolkan.

“Aku paling tak tahan kalau membaca assignment budak-budak ni. macam-macam ayat timbul,” suara Iskandar. Dia memerhati lagi kertas kerja ditangannya.

“Ini budak zaman millennium, Is. Biasalah terkeluar ayat-ayat baru yang canggih. Kalah DBP dibuatnya.”

“Tapi mereka ni memang kreatif. Aduh! Pedih mata aku membacanya, dah tak larat rasanya.”

Shahid merenung jam.

“Mana taknya, start lepas Subuh tadi kau tengok assignment budak-budak ni. Sekarang dah 10 pagi, mana tak kelubi mata tu. Hah! Kau dah sarapan?”

“Masyallah dah pukul 10, tak sedar masa berlalu. Belum, tak larat nak makan roti tu. Eh! Jom kita gi kedai kat tepi padang belakang sekolah tu!”

“Warung Makcik Temah tu? Aik! Ini tentu nak tengok muka Shafiah kan?” usik Shahid. Iskandar tersenyum.

“Ada ke situ perginya. Shafiah tu budak lagi, baru tingkatan 6. Kau ni...”

Shahid ketawa kecil.

“Jom le, tercegat apa lagi.”

“Eh! Dah nak pergi ke?”

Shahid merengus dan mencapai kunci motor skuter KARISMAnya.

“Kita naik skuter aja la ye!”

Iskandar mengangguk dan mereka berlalu.

Masing-masing menghabiskan minuman NESLO mereka. Shahid sendawa kecil.

“Kenyang betul, ini malam karang baru makan balik. Perut pun dah naik dah ni?”

“Tu la. Gym pun dah setahun lebih tak pergi,” suara Iskandar.

Shahid menoleh.

“Makcik kira ni!” laung Shahid dan mengeluarkan dompetnya.

“Sabtu ni kita ke gym nak?” tanya Iskandar.

“Boleh juga,”

Seorang gadis muncul.

“RM5.50 sen semuanya, encik.”

Shahid menoleh, dia terkejut.

“Orang baru ke?” suara Shahid, dia tersengih. Iskandar turut menoleh, dia terkejut melihat wajah gadis itu. Cantik persis wanita Arab.

“Tak saya anak Makcik Temah. Kakak Shafiah.”

Shahid menyerahkan wang untuk bayaran makanan mereka.

“Lawa anak Makcik Temah tu! Macam pelakon Hindi.”

Iskandar ketawa kecil.

“Jangan nak berangan, tengok depan nanti berlaga dengan tiang pulak!” suara Iskandar.

“Aduh! Terjatuh cinta pulak aku ni!!!”

Iskandar menggelengkan kepala, mereka ketawa sama.

Previous: 6
Next: 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.