Home Novelet Keluarga Bayangan Kemboja
Bayangan Kemboja
PurpleAdnan
29/9/2014 00:00:47
11,866
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
2

Tan Sri Badri Amir melangkah masuk, baju kot biru dan tali leher berbintik merah membuat dia begitu segak walaupun umurnya hampir 70 tahun. Disisi, setiausahanya dalam usia awal 20an mengekorinya masuk ke dalam bilik pejabatnya.

“Tan Sri, hari ini Tan Sri ada temujanji dengan Sky Vest International jam 10 pagi untuk membincang tentang Projek di Seremban tu. Tengahari Tan Sri akan makan tengahari dengan pelabur dari India dan pukul 3 petang Tan Sri ada mesyuarat dengan Dato’ Hamidi dari Perak di Hotel Istana,”

Lelaki itu cuma mengangguk mendengar agendanya hari itu.

“Encik Halim nak jumpa Tan Sri, penting katanya.”

“Suruh Halim masuk. Kalau dah pukul 10 pagi, awak jangan lupa beritahu saya.”

Gadis itu mengangguk dan mahu beredar.

“Alicia, tolong buatkan saya Milo panas.”

Gadis itu mengangguk dan beredar. Beberapa minit kemudian, seorang lelaki bertubuh gempal muncul. Dia mengelap peluhnya dengan sapu tangan, wajahnya sedikit takut. Tan Sri Badri Amri memandang lelaki itu namun dia tunduk semula menatap kerja yang ada di mejanya. Tanpa disuruh, lelaki itu duduk di hadapan lelaki itu.

“Ada apa berita yang penting sangat kau nak beritahu aku, Halim?”

Halim menelan air liurnya, dia mendekatkan dirinya dengan meja besar itu.

“Budak yang Tan Sri suruh saya tengok tu cuba buat hal?”

Tan Sri Badri Amri memandang wajah lelaki itu serius, Halim kecut sedikit melihat wajah lelaki itu.

“Kenapa dia nak juga ganggu Hanisha?”

“Saya hanya beri amaran pada dia supaya tidak ganggu, Hanisha?”

“Huh! Bagus. Aku harap dia tidak terus menganggu Hanisha!” suara Tan Sri Badri Amri, dia merengus. Halim meminta diri untuk meneruskan kerjanya. Tan Sri Badri Amri menghentak mejanya, dia begitu marah. Laci mejanya ditarik, gambar lama dicapai kemudian dia masuk kembali ke dalam laci itu. Hal itu betul-betul membuat dia begitu marah.

Hanisha baru sahaja keluar dari perpustakaan. Dia memandang jam ditangan dah lewat, dia perlu pulang ke rumah segera. Cuaca sedikit mendung, dia harap janganlah hujan. Menyesal dia tak bawa kereta hari ni, itulah degil. Kalau ikut cakap baba pagi tadi tentu tak macam ni.

“Hai, nak balik boleh saya hantar?”

Hanisha menoleh, seorang lelaki berhenti dihadapannya. Lelaki itu menaiki motor Cagiva, dia menggelengkan kepala dan berjalan menuju ke perhentian bas yang berdekatan. Lelaki itu tersenyum.

“Jangan takut, kitakan sekelas. Apa salahnya saya hantar awak balik,”

“Tak apalah. Teksi banyak, lagipun saya tak biasa naik motor besar macam ni!”

“Kalau tak biasa tak apalah, naiklah dengan saya barulah biasa.”

Hanisha membisu lagi, dia meneruskan perjalanannya namun lelaki itu masih mengekori. Bagi Hanisha lelaki itu mula merungsingkannya. Dia merengus.

“Tolonglah jangan ganggu saya, okay.”

Teksi yang ditunggu tidak tiba, kemudian sebuah Satria GTI berhenti dihadapannya, Hanisha merengus tanpa disuruh dia segera menaiki kereta itu.

“Thanks, kalau lama lagi tentu dia paksa Hanisha naik motor dengannya,”

“Siapa tu?” tanya Iskandar.

“Kawan sekelas. Memang samseng dia tu! Geramnya,”

“Tak takut ke hantar Hanisha balik ni?” tanya gadis itu.

Iskandar diam, dia menekan butang radio. Lagu nyanyian Eera Fazira dan Yusry berkumandang. Hujan mula lebat dan jalan mulai sesak.

“Inilah yang malas balik lambat, mesti jem. Kalau bawa kereta tadi...”

“Habis kenapa tak bawa kereta tadi?”

“Saja, ingatkan balik awal. Kalau balik awal, tak merasa naik GTI ni,”

Iskandar ketawa kecil dan Hanisha mencebik bibir kemudian ikut ketawa. Hampir senja kereta milik Iskandar berhenti agak jauh dari rumah.

“Kalau Hanisha turun kat sini tak mengapa ke?”

“Tak apalah, terima kasih.”

Iskandar mengangguk, Hanisha keluar dari perut kereta dan berlari anak menuju ke dalam rumah. Dia mengeluh, sampai bila agaknya perhubungan dia dan Hanisha harus begini. Kenapa dia perlu merasa takut. Adakah kerana kenangan lamanya dia tidak harus menerima dan memberi kasih sayang. Dia mengeluh lagi, pedal minyak di tekan.

Hanisha baru meniti tangga bila suara baba bergema memanggil namanya. Hanisha telan air liur, harapnya baba tak tanya dengan siapa dia balik?

“Kenapa lambat? Itulah baba dah suruh Nisha bawa kereta, degil sangat!”

“Alah...baba ni!” suara Hanisha, sedikit manja.

“Habis kau balik dengan siapa?”

“Erk! Teksi...baba,” suaranya.

Tan Sri Badri Amri merengus dan merenung anak gadisnya. Hanisha tunduk, harapnya lelaki itu tidak tahu dia berbohong. Lelaki itu mengangguk, Hanisha menghela nafas dan berlalu ke biliknya. Dia ertanya berapa lama harus dia membohongi lelaki itu. Dia tahu walau macamana sekalipun lelaki itu akan tahu yang dia berhubung dengan Iskandar. Kalaulah lelaki itu tahu sudah pasti kesudahan yang tak baik bakal berlaku. Dia mengeluh, pintu almari dibuka ada beberapa keping gambar dia bersama Iskandar sebelum baba marah. Dalam gambar itu, kelihatan mereka cukup gembira. Tetapi ketika itu, Iskandar kurus kering berbanding sekarang. Dia mengeluh dan menyimpan gambar itu semula. Telefonnya berdering, segera dicapai gaggang tersebut.

“Hello, hmm...kau ni sejak En. Iskandar dah ada langsung tak mahu geng dengan kami. Tahulah orangnya kan handsome, tinggi, putih macam kulit kau kerja best pula tu!”

“Apalah yang kau merepek ni, Suria. Aku dan dia macam abang dan adik, takkan itupun salah.”

“Salah tu tak la. Tapi...” suara Suria didalam talian.

“Apa pun orang kata, hakikatnya takkan berubah. Aku dan En. Iskandar tak bercinta dan takkan bercinta.”

“Alah...boleh percaya ke, Nisha.”

“Aku tak nak cakap apa-apa. Terpulang pada korang semua nak buat keputusannya. Apa pun aku dah cakap,”

Previous: 1
Next: 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.