Home Novelet Keluarga Bayangan Kemboja
Bayangan Kemboja
PurpleAdnan
29/9/2014 00:00:47
11,864
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
6

Hanisha menghampiri uminya, dia baru selesai makan ubat. Wanita itu memandang wajah anak bongsunya, wajah itu tidak ceria.

“Kenapa sayang?”

“Baba... melampau betul!”

“Nisha! Kalau baba dengar...”

“Apa yang tak patut baba dengar?”

Kedua beranak itu menoleh, Tan Sri Badri Amri merenung mereka. Si ibu menelan air liur dan merenung suaminya.

“Khadijah! Apa yang kau hasut pada Hanisha?”

“Baba, umi tak cakap apa? Nisha...” kata-kata Hanisha berhenti bila umi mencuit pehanya.

“Apa? Kau masih rapat dengan budak tak kenal budi tu!”

“Abang Is, baba! Abang Nisha!” suara Hanisha sedikit tegas.

“Nisha, jangan lawan kata-kata baba!” suara uminya.

“Baik kau dengar kata-kata umi.”

“Baba pun nak buang Nisha macam abang? Baba memang kejam, tak ada sekelumit kasih sayang.”

Hanisha berlalu. Pintu biliknya bergema, lelaki itu merengus dan memandang isterinya.

“Abang, terlalu tegas. Setelah pemergian Iskandar, Nisha saja anak kita. Jangan pula pisahkan dia dari kita. Biarlah mereka. Mereka tetap sedarah walau macamana sekali dicincang lumat! Tak ada siapa yang dapat mengubahnya.”

“Jangan awak nak mengajar saya. Sudah. Jaga diri awak sendiri.”

Wanita itu begitu kecewa dengan kata-kata suaminya, dia mengeluh dan beredar dari situ.

Hanisha menangis di meja tulisnya. Dia memasang komputernya dan memasuki Yahoo! Messenger dan dia mencari nama untuknya berbual.

Hanish:- Abang, baba memang tak pernah sayang kita. Kalau dia berani buang abang tak mungkin dia takkan buang Nisha.

Iskn:- Adik abang tak boleh mengalah. Lagipun Nisha dah 23 tahun, Nisha patut tahu. Baba bukan benci, cuma prinsip hidupnya begitu. Jika dia ketepikan prinsip hidupnya tentu tiada siapa yang akan mengikut arahannya.

Hanisha tak menjawab, berulang kali ayat itu dibaca.

Hanish:- Abang, adakala Nisha tak faham apa yang abang fikirkan. Takkan mudah abang kata begitu sedangkan baba nak bunuh abang?

Iskn:- Adik, apa pun kita tetap anaknya. Cincang lumat sekali pun ia tetap sama. Takkan berubah walaupun diliang lahat.Nama dia tetap terpahat juga di batu nisan tu. Dia takkan boleh nafikannya.

Hanish:- Peliklah abang ni...Baik tak bertempat!

Iskn:- Adik fikirkanlah. Sudahlah, jaga diri dan jaga umi. Okey! Abang akan balik ke rumah bila masa sesuai. Jangan risau...!

Dia mengeluh. Susahnya nak memujuk abangnya, dia nak juga merasa kehidupan kekeluargaan yang sebenar. Perasaan itu dah lama tidak dia rasai. Perasaan itu sudah mati kira-kira 5 tahun yang lalu. Dia bersandar di kerusi, dia benar-benar tak faham. Kenapa begitu benci sekali babanya terhadap abangnya. Dia cuba menyusun deretan kisah dari 5 tahun itu namun tiada connection nya. Dia mengeluh. Dia melangkah perlahan-lahan ke katil, dia menguap. Hari ni memang memenatkan. Dia merenung siling dan lama kelamaan renungan itu makin kelam dan dia terlelap.

Previous: 5
Next: 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.