Home Novelet Keluarga Bayangan Kemboja
Bayangan Kemboja
PurpleAdnan
29/9/2014 00:00:47
11,868
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
1

Okay, awak semua boleh beredar,” suara tutor muda itu memberi arahan dan pelajar kelas itu meluru keluar dari kelas itu seperti anak kambing lepas kandang. Tutor muda itu hanya menggelengkan kepala, dia mengemaskan semua buku. Seorang gadis mendekati lelaki itu, dia merenung gadis itu.

“Jom pergi minum?” suara lelaki itu. Gadis itu mengangguk, kemudian mereka beriringan keluar daripada bilik kuliah itu. Mereka melangkah ke tingkat bawah menuju ke café yang ada disitu. Gadis itu memandang sekeliling, terasa semacam bila ada yang memandang mereka.

“Kenapa ni?”

“Orang tengoklah. Segan!” suara gadis itu.

Tutornya ketawa cuma, dia turut memandang sekeliling dan memandang gadis itu. Dia mengeluh.

“Apalah yang perlu disegankan. Kita bukan boleh buat apa pun. Takkan nak minum sama tak boleh, lainlah kalau sesuatu yang memalukan,”

“Tapi….”

“Takkan nak kena beritahu setiap orang di café ni tentang hubungan kita.”

Gadis itu tunduk dan mengaru pangkal lehernya, kemudian dia mengangguk. Roti yang dia pesan dijamahnya. Lelaki itu ketawa kecil dan turut menjamah.

Seorang wanita berusia hampir 60an muncul. Dia duduk sambil membuka buku Doa Amalan yang dibawa tadi.

“Umi, baba mana?”

Wanita itu menoleh. Dia berdehem, anak gadisnya meluru dan mencium pipi uminya. Dia duduk di sisi wanita itu.

“Baba pergi main golf dengan Datuk Hazim dan En. Jamal. Kenapa lambat balik?” tanya si uminya. Dia merengek sedikit.

“Seronok kolej baru?”

Dia mencebik dan menggelengkan kepala.

“Ok je umi. Tambahan dia pun ada sama?”

“Dia???” Wanita itu kurang faham dan pandang anak gadisnya.

“Dia…dia…yang baba tak suka tu?”

Wanita itu diam, wajahnya berubah. Dia mengeluh, anaknya memegang pehanya.

“Umi…tapi dia lain,”

Wanita itu memandang anak gadisnya, dia mengeluh dan buku yang dibaca diletakkan dipeha.

“Umi harap kamu berhati-hati. Kalau baba kamu tahu kamu berhubung dengan dia, umi tak tahu apa yang baba akan lakukan,”

“Faham umi…”

Wanita itu mengangguk, kemudian si anak meminta diri untuk berlalu ke biliknya.

Dia memerhatikan keadaan sekeliling, dia mendapat ketenangan dengan memerhatikan kocakkan air tasik itu. Dia menarik nafas panjang, ketenanganya terganggu bila seseorang menepuk bahunya.

“Jauh kau menung, Iskandar?”

Dia mengeluh dan mengangkat kening, cuma.

“Hey, aku dengar kau ada hubungan dengan Hanisha anak Tan Sri Badri Amir. Betul ke?”

Iskandar menoleh dan kembali merenung tasik itu, batu yang ada disitu dicapai dan dicampak ke dalam air.

“Kenapa? Salahkah aku berkawan dengan Hanisha?”

“Tak siapa kata salah, tapi kau harus ingat. Ayahnya pembiaya kolej kita, kalau dia henti semua sumber kewangan tu. Teruk kita, silap-silap kita kena buang kerja,”

“Shahid, aku dan Hanisha tak buat apa-apa. Lagipun, dia adik.”

“Memanglah, tapi orang lain tak tahu. Lagipun mulut orang, kau tahu sajalah.”

Iskandar mengeluh. Dia tahu kata-kata Shahid memang betul tapi...dia merengus dan bangun dari tempat dia duduk.

“Shahid, kalau boleh aku tak mahu timbul sebarang masalah. Aku mahu hidup macam insan biasa. Hanisha gadis yang baik, aku tak mahu dia dicemuh kerana aku,”

“Aku tahu niat kau baik. Tetapi, pandangan orang susah untuk kita ubah. Apa pun aku minta kau, berhati-hati,”

Iskandar mengangguk. Shahid mengajak temannya pulang, Iskandar merenung langit tanda mahu hujan jelas sekali. Mereka melangkah menuju ke tempat letak kereta.

Next: 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.