Home Novelet Keluarga Bayangan Kemboja
Bayangan Kemboja
PurpleAdnan
29/9/2014 00:00:47
11,865
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
9

Tahirah melangkah masuk ke dalam perut kereta. Temannya memakai blause dan jeans hitam.

“Lama tak jumpa kau. Makin lawa, licinnya kulit kau.”

Hanisha ketawa kecil, dia memandu kereta menuju ke destinasinya. Lagu dari corong radio diperlahankan.

“Kau macamana? Masih lagi dengan Annuar?” tanya Hanisha.

“Iya, masih dengan dia. Kau macamana?”

Hanisha membisu.

“Sebelum tu aku nak minta maaf dengan kau, Nisha?”

“Minta maaf? Kenapa?” tanya Hanisha, dia kurang mengerti.

“Dua hari sudah, Firdaus Affendi call aku...dia...”

Hanisha merengus.

“Jadi kaulah yang bagi nombor handphone aku pada dia. No wonder!”

“Aku minta maaf banyak-banyak, tapi aku tak sampai hati... Dia rayu aku... you know!”

Hanisha berdecit.

“Aku tahu lagipun Fendi memang pakar memujuk.”

Tahirah mengangguk, setuju. Mereka menjamah makanan yang dipesan.

Tahirah bersandar dikusyen empuk kereta temannya, mereka membisu kerana mendengar lagu ‘Di Akhir Garisan’ itu. Mulut mereka berdua kumat kamit menyanyi lagu itu. Sebaik saja habis lagu itu, Hanisha mematikan enjin kereta.

“Tak masuk dulu ke?”

Hanisha melihat jam di dashboardnya, dia mengeluh dan merengek kecil.

“Rasanya tak dapatlah. Dah pukul 9 lebih dah ni. Takut baba aku bising. Macam kau tak tahu?” bicara Hanisha. Tahirah mengangguk.

“Iyalah, risau anak tunggal perempuannya ni!”

“Perli je kerja kau. Dahlah kalau ada masa aku call kau, okay!”

“Lupa nak tanya, Iskandar dah baik dengan baba kau?”

Hanisha memandang wajah temannya dan mengangkat keningnya. Tahirah rasa dia dah jawapan untuk soalannya tadi. Dia mengeluh, Hanisha menghidupkan enjin keretanya. Tahirah cuma memandang kereta temannya berlalu, dia mengeluh dan melangkah masuk ke dalam rumah.

Hanisha mencampak kunci kereta di meja soleknya, mujur baba tak berkata apa-apa semasa mereka berselisih di tangga tapi dari raut wajah lelaki itu dia marah. Sejak abangnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam pusat Serenti wajah itu tak pernah mengukirkan senyuman lagi. Hanisha adakalanya kecewa tetapi apa nak buat, dia tak bisa meruntuhkan prinsip lelaki itu. Di capai tualanya dan dia melangkah ke kamar mandi.

Selepas mengerjakan solat Isyak, dia baring di katil. Alat penghawa dingin dikuatkan, dia merenung siling rumah. Wajah lelaki bernama Firdaus Affendi menjelma di layar mata. Apa agaknya yang lelaki itu mahu? Menagih kasih? Masih adakah kasih untuknya? Dia mengeluh dan meniarap. Dilihat telefon bimbitnya.

Fendi? Apa sebenarnya yang kau perlu dari aku – Hanisha

Dia pun tak tahu kenapa dia menghantar mesej itu. Biarlah kalau lelaki itu jawap pasti ada jawapan untuk soalannya tadi.

Seperti yang kau katakan dulu, Nisha. Aku pasti takkan lupakan kau dan ternyata sekali aku tak boleh lupakan kau...- Fendi.

Hanisha melihat jawapan lelaki itu dia mengeluh. Memang dulu dia pernah berkata demikian pada Fendi, ketika lelaki itu mahu meninggalkannya. Tapi entahlah hatinya belum terbuka untuk menerima lelaki itu. Entahlah, hatinya pun tak tenteram. Dengan masalah keluarga yang makin celaru kini ditambah dengan kehadiran Firdaus Affendi. Dia mengeluh. Dia terkenangkan lelaki bernama Firdaus Affendi. Ketika itu dia tingkatan 4 manakala Firdaus Affendi tingkatan 5. Dia selalu menjadi mangsa usikkan lelaki itu dan gengnya kerana dia pemalu dan gemar bersendiri, hanya Tahirah saja temannya. Ketika Valentine, dia menerima ros merah dan kad yang mengatakan pengirimnya mahu berjumpa dengannya di salah sebuah restoran selepas sekolah. Dia tak mahu namun Tahirah memujuk dan akhirnya dia setuju. Dia terkejut rupanya lelaki itu adalah Firdaus Affendi dan sejak itu mereka mula intim. Firdaus Affendi yang kebetulan anak kawan baba seringkali datang ke rumah. Lelaki itu akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Australia dan dia pula meneruskan pengajian di Malaysia kerana masalah yang menimpa keluarganya.

Suatu hari peluang untuk ke Australia terbuka bila Pak su mengajaknya ke sana dan dia berpeluang mencari lelaki itu kononnya untuk mengejutkannya. Hanisha terkejut kerana melihat Firdaus Affendi sedang bermesraan dengan seorang gadis. Dia berdepan dengan lelaki itu namun dia segaja mengelak dan berpura-pura tidak mengenalinya. Hari itu dia bertekad untuk tidak lagi menghubunginya. Setelah 5 tahun, akhirnya Firdaus Affendi mencarinya semula. Hanisha mengeluh. Telefon berdering, dia terkejut dan segera mengangkatnya.

“Saya tahu kesalahan yang sudah saya lakukan dulu memang payah untuk dimaafkan. Tapi...”

Hanisha mengeluh.

“Kesalahan yang cukup menyakitkan hati. Memang kepantangan saya orang tidak berterus terang,” suaranya.

“Takkan awak tak boleh nak maafkan saya, Nis. Ketika itu saya...saya tak sengaja...”

“Tak sengaja. Awak ingat saya ni perempuan jenis apa? Kemaafan adalah sesuatu yang sukar untuk saya berikan kepada awak ketika ini.”

“Habis bila?” tanya Firdaus Affendi.

Hanisha membisu, dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan lagi. Dia faham benar perangai lelaki itu, dia takkan mengalah walau sesaat.

“Fendi, tiada apa untuk kita bicarakan lagi. Okay!”

Segera Hanisha mematikan talian. Dia mengeluh dan menggelengkan kepala. Dia tersenyum, mungkin benar telahannya dulu. Dia tahu lelaki itu akan kembali padanya dan hari itu sudah pun tiba. Namun, hatinya tidak terbuka untuk bertemu lelaki itu. Mungkin suatu hari nanti.

Previous: 8
Next: 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.