Home Novelet Keluarga Bayangan Kemboja
Bayangan Kemboja
PurpleAdnan
29/9/2014 00:00:47
11,867
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
11

Hanisha turun ke tingkat bawah, baba sedang bersarapan. Umi baru melangkah dari dapur menghulurkan cawan kepadannya.

“Hanisha, mulai hari ni baba larang kau ke universiti!”

Hanisha terkejut, dia memandang uminya.

“Baba...?”

“Ini satu arahan!!! Baba tak mahu dengar apa-apa bantahan dari mulut kau. Kau engkar, baba sanggup kurung atau rantaikan kau!” suara Tan Sri Badri Amri.

“Abang, dia kan...” suara Puan Sri Khadijah cuba mempertahan anaknya namun terbantut kerana lelaki itu merenungnya.

“Baba, minggu depan saya ujian akhir. Baba tak boleh buat macam ni? Apa salah Nisha?”

Lelaki itu tak menjawab, Hanisha memandang uminya dan mengharapkan pembelaan dari uminya namun... Hanisha hampa.

“Baba, Nisha tak mahu menderhaka. Tetapi demi masa depan Nisha, Nisha membantah. Baba buatlah apa pun!” ujar Hanisha dan bingkas bangun dari kerusi di capai kunci keretanya dan dia berlalu.

“Baik... kalau itu yang dia mahu!!”

“Abang tolonglah, jangan buat macam ni? Dia anak kita... anak perempuan kita!” rayu si isteri.

Hanisha terkejut bila sebuah kereta menahannya. Mujur dia tidak melanggar kereta itu kerana dia sempat menekan brek. Dia menghela nafas. 3 orang lelaki turun dari kereta yang menahannya, lagak mereka seperti samseng. Hanisha telan air liur, dia segera mengunci pintu keretanya dan mencapai kayu baseball di tempat duduk di sebelahnya. Mereka sudah mendekati, salah seorang dari mereka mengetuk cermin tingkap dan menyuruhnya menurutkan cermin. Dia menggelengkan kepala. Lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari koceknya dan meletakkan di cermin tingkap. Hanisha terkejut, mereka mahu menarik keretanya. Lelaki itu mengetuk cermin tingkap lagi, namun Hanisha masih tidak menganjak. Dia menggelengkan kepala. Kenapa kereta ini harus ditarik, rasanya baba membeli kereta ini secara tunai bukan secara ansuran. Mana mungkin hendak ditarik kecuali... Keberanian datang tiba-tiba, Hanisha keluar dari perut kereta.

“Encik salah orang agaknya, mana mungkin? Ini saya beli cash!” suaranya.

“Saya hanya dapat arahan, cik.”

“Tapi...”

“Nah ini suratnya. WFY 6210, Honda Jazz warna merah.”

Dia terkedu. Hanisha keluarkan handphonenya.

“Maaf cik, handphone cik pun kami harus rampas.”

“What the...!” suaranya.

“Tapi... ini saya... hey! Okay! Bagilah saya telefon teksi dulu?”

Lelaki itu mengeluh, 2 orang lelaki lain sudah masuk ke dalam perut keretanya.

“Maaf cik, saya terpaksa ini arahan. Maaf!” suaranya dan berlalu.

Hanisha hanya melihat mereka membawa keretanya dan berlalu pergi. Dia harus menapak untuk mencari teksi, setahunya teksi tak lalu di jalan itu waktu sebegini. Dia tahu baba sengaja menyusahkannya, ini pasti dendam lelaki itu atas apa yang dia katakan pagi tadi. Hanisha mengenggam erat begnya. Mujur duit di bawanya banyak kalau tak? Hanisha mengeluh. Dia berdoa ada yang mengenalinya berhenti untuk dia menumpang. Tapi sudah 2 jam berjalan, sebuah teksi pun tak ditemui bagaikan ianya tak pernah wujud. Dia merenggus. Dihadapannya sebuah perhentian bas, baik dia tunggu di situ. mungkin nasibnya lebih baik.

Hanisha memerhati jam sudah 6.20 petang. Perutnya sedikit keroncong, bas yang dinanti tak kunjung tiba begitu juga dengan teksi. Dia merenggus.

“Takkan tak ada satu pun. Macam berpakat je bas dengan teksi je. Selalu tu banyak!” getusnya. Dia memandang sekeliling, nampaknya dia keseorangan di situ. Hanisha menangis mengenangkan nasibnya. Dia terkenangkan Iskandar. Dia baru terima sebegini, seandainya dia jadi seperti abangnya bagaimana agaknya nanti? Dia menangis lagi. Bunyi hon kedengaran, Hanisha menoleh. Sebuah kereta Hyundai berhenti diperhentian ini. Dia cuak!

“Kalau nak balik, boleh aku hantarkan?”

Firdaus Affendi! Terbeliak matanya memandang lelaki itu. Hanisha telan air liur, dia terkedu. Lelaki itu mendekatinya.

“Jomlah aku hantar kau balik?”

“Macamana...?”

“Naik dulu kereta aku. Dalam kereta nanti bolehlah kau tanya apa pun pada aku dan aku akan jawab semua soalan kau. Kalau aku mampu la!” pintas lelaki itu. Hanisha memandang sekeliling, dia mengeluh dan melangkah masuk ke dalam kereta itu.

“Hah? Tadi macam nak tanya? Tanyalah?”

Hanisha terkedu, dia tak tahu apa yang perlu ditanya.

“Okay biar aku yang cakap. Aku sebenarnya ternampak kau tadi. Aku ingatkan salah orang so aku patah balik and... Anyway, kenapa kau berjalan dan tunggu di bas stop tu? Mana kereta? Rosak ke?”

Hanisha membisu, lagu The Reason dari Hoobastank kedengaran. Dia tak tahu macamana nak jawab semua soalan lelaki itu. Haruskah dia nyatakan kebenarannya? Firdaus Affendi menghentikan kereta dan memalingkan badan ke arahnya. Hanisha telan air liur, cuak jika lelaki itu cuba lakukan sesuatu.

“Tell me?”

“Kereta aku kena tarik? Sebabnya aku sendiri tak tahu?”

Firdaus Affendi seperti terkedu dan memandang semula kehadapan, dia mengeluh. Hanisha memandang lelaki itu, dia tahu Firdaus Affendi sudah pasti tidak percaya dengan apa yang disampaikan tadi.

“Kenapa, setahu aku.... kau... hmm...” lelaki itu tidak tahu apa yang ingin dinyatakan. Wow! Hebat cerita yang dia sampaikan sehinggakan lelaki itu pun terkedu.

“Kau pun terkedu. Aku yang menghadapinya pun tak tahu apa yang harus aku katakan atau fikirkan.”

Firdaus Affendi melepaskan brek dan masukkan gear, kereta mula bergerak menuju ke destinasi. Kebisuan menemani mereka sepanjang perjalanan. Perut Hanisha berbunyi agak kuat, gadis itu memegang perutnya.

“Kau lapar?”

Hanisha tak menjawab, dipegang perutnya. Restoran segera Mc Donald mereka singgah dan Firdaus Affendi menuju ke arah Drive Thru. Dia memesan beberapa hidangan.

“Makanlah. Aku tahu kau lapar, cuma kau saja yang tak mahu beritahu.”

Hanisha tunduk dan memandang Double Cheeseburger yang ada diribaannya. Dia mengeluh dan mencapainya. Firdaus Affendi senyum.

“Thanks,” ringkas saja suara gadis itu selepas selesai makan. Firdaus Affendi tersenyum cuma. Tiba-tiba lelaki itu brek terkejut. Hanisha memandang ke arah yang dipandang oleh lelaki itu. Hanisha sudah tiba di hadapan rumahnya tetapi pintu pagar sudah dikunci, Hanisha dapat lihat 3 buah beg besar diletakkan dihadapan pagarnya. Hanisha telan air liur. Dia segera keluar dari perut kereta dan mendekati beg-beg itu. Tag yang ada dibeg itu menunjukkan bahawa beg itu kepunyaannya. Firdaus Affendi melangkah keluar dan mendekati gadis itu. Hanisha mendekati pintu pagar dan dia cuba untuk membukannya namun sia-sia, dia memandang ke tingkap-tingkap rumah namun tiada siapa di situ. Air matanya bergenang, Hanisha sebak.

“Nis, apa yang dah berlaku sebenarnya ni? Kenapa beg-beg ni ada di sini?” suara lelaki itu.

Pertanyaan lelaki itu tidak dijawabnya, dia tunduk. Air matanya sudah berlinangan kemudian kedengaran bunyi tangisannya. Dia terjelopok ke tanah. Firdaus Affendi kaget dan mendekati gadis itu. Dia memapah Hanisha masuk ke dalam kereta. Firdaus Affendi meletakkan ke semua beg-beg itu kedalam boot kereta. Hanisha masih menangis ketika lelaki itu bertanya ke mana dia mahu pergi. Firdaus Affendi terus memandu dan akhirnya dia berhenti di tepi Padang Merdeka. Hanisha masih lagi menangis dan ada nada sayu di dalam tangisannya. Dia tak tahu samada dia harus memujuk atau membiarkan gadis itu menangis. Firdaus Affendi mengeluh dan dia melangkah keluar dari perut kereta. Kotak rokok Dunhill yang ada di koceknya dikeluarkan dan diambil sebatang kemudian dinyalakan apinya. Firdaus Affendi duduk di atas rumput, dia memerhati ke dalam kereta, gadis itu masih lagi menangis. Azan dari Masjid Sultan Abdul Aziz Shah kedengaran. Firdaus Affendi bangun dan masuk ke dalam perut kereta. Tangisan gadis itu sudah tiada cuma kedengaran sedunya saja.

“Sudahlah, azan ni. Jom kita solat Maghrib di masjid.”

Hanisha tunduk.

Shahid bingkas bangun dari kerusi dan akhbar yang dibaca di letakkan ke meja. Dia membalas panggilan salam itu. Dibuka pintu rumahnya.

“Assalamualaikum, bang. Ini rumah abang Iskandar ke?” tanya pemuda itu. Pada agakkan Shahid pemuda itu muda darinya kemungkinan berusia 24 tahun.

“Awak siapa? Dia di atas mungkin solat, jemputlah masuk.”

“Siapa tu, Shahid. Lan ke?” suara laungan Iskandar dari biliknya.

“Tak. Keluar le ada yang nak jumpa kau ni!” balas Shahid.

Iskandar keluar, dia terkejut.

“Firdaus Affendi???”

Mereka bersalaman.

“Bang, sebenarnya....”

Sebuah susuk tubuh melangkah dan mendekati mereka.

“Nisha???” suara Iskandar dan Shahid serentak.

Iskandar mencekak kolar baju Firdaus Affendi bila dilihat mata adik kesayangannya bengkak akibat menangis.

“Apa yang kau buat dengan dia, Fendi???”

Firdaus Affendi terkejut dan hanya menggelengkan kepalanya. Wajahnya jelas ketakutan.

“Abang... baba... baba...” Hanisha tak habiskan ayatnya dan dia mula menangis.

“Nisha?”

Mereka membawa gadis itu masuk dan duduk di sofa. Iskandar duduk di sisi adikya, Shahid yang keluar dari dapur membawa segelas air suam.

“Bang, Nisha dah dihalau.”

“What the... Why?”

Firdaus Affendi cuma jungkitkan bahu. Iskandar memandang adiknya. Iskandar terdiam memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk adiknya.

“Abang, please biarlah Nisha tinggal dengan abang?” suara Hanisha, dia mengesat air matanya.

“Tapi... tak boleh, dik.”

Hanisha memandang abangnya, air matanya mengalir lagi.

“Abang tak sayang Nisha lagi ke?”

Iskandar mengeluh dan menggelengkan kepala.

“Nisha, kat sini abang tinggal dengan Shahid. Tak manis kalau Nisha tinggal dengan kami. Dengan abang mungkin tapi Shahid?”

“Cuba Nisha telefon kawan-kawan Nisha?” suara Shahid memberi cadangan. Iskandar mengangguk dan menghulurkan handphonenya.

“Tapi... Suria tinggal di asrama. Alice tinggal dengan keluarganya, Tahirah pun sama.”

Iskandar garu kepala.

“Cubalah. Mana tahu?” pujuk Iskandar, handphone miliknya diserahkan kepada Hanisha.

Firdaus Affendi bersandar di keretanya. Shahid mendekatinya.

“Fendi, maaf hal tadi.”

“Tak apa bang, saya faham. Kalau saya pun mungkin akan buat macam tu,” balas Firdaus Affendi. Iskandar memaut bahu adiknya.

“Abang???”

“Please Fendi hantar dia ke rumah Tahirah. Terima kasih.”

Firdaus Affendi mengangguk.

“Jangan risau, Nisha. Abang akan cuba cari rumah sewa untuk Nisha nanti.”

Previous: 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.