Home Novelet Keluarga Bayangan Kemboja
Bayangan Kemboja
PurpleAdnan
29/9/2014 00:00:47
11,862
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
5

Hanisha duduk sendirian di cafe itu. Alice muncul dan duduk di hadapannya tanpa disuruh.

“Tak sangka kau dengan lelaki itu memang adik beradik. Kenapa nak sorok-sorok.”

“Aku tak sorok, korang saja yang buat spekulasi sendiri. Aku tak pernah kata apa-apa,” balas Hanisha.

Suria muncul dengan minuman 7 up ditangannya, dia turut duduk sekali dengan mereka berdua.

“Macamana dengan abang kau? Pandai kau simpan rahsia.”

“Tak sesuai aku nak beritahu hal peribadi pada kamu semua. Ini hal keluarga lagipun nanti korang kata aku berlagak sebab ada abang jadi tutor,” terang Hanisha.

Suria mencebik dan berlalu ke arah lain.

“Aku hairan kenapa father kau macam tak suka dengan dia? Abang kau anak tiri dia ke?”

Hanisha memandang Alice di depannya dan menggelengkan kepala.

“Panjang ceritanya. Aku tak mahu ungkit kisah lama so biarlah. Aku malas...”

“You tahu, I masih tak percaya you adik En. Iskandar. Tapi muka seiras, sampai hati you tak berterus terang. Kita, kan kawan.”

Hanisha mengeluh, dari kejauhan dia dapat lihat abangnya bersama Shahid melangkah masuk. Hanisha melambai, Iskandar cuma membalas. Dia menggelengkan kepalanya bila Hanisha menyuruhnya duduk sekali.

“Aku rasa perkara ini dah selesai. Cuma perkara peribadi aku saja yang tak selesai. Sebenarnya aku lega satu kolej ni tahu aku dan dia adik beradik. Kalau tak orang tengok aku semacam.”

“Semuanya salah kau. Tah apa yang nak disorokkan aku pun tak tahu?”

“Bukan tak mahu beritahu tetapi ada beberapa sebab peribadi jadi ianya tak sesuai untuk kau berdua.”

“Kalau kami tak tolong, macamana hal kau nak settle?”

Hanisha mengjungkitkan bahunya.

“Tak payahlah. Jangan susahkan diri kerana aku pula. Nanti korang pula yang dapat susah.”

“Apalah kau ni Nisha,”

“Tak apalah. Aku tahu niat korang memang nak tolong aku.”

“Tapi sebenarnya, Suria ni nak juga tackle abang kau,”

“Itu aku dah lama tahu, Alice...”

Mereka ketawa dan berlalu menuju ke destinasi masing-masing. Dia baru sahaja menuruni tangga bila dia terpandang kelibat Halim orang suruhan baba. Apa agaknya yang Halim buat di HEA. Hanisha berfikir tentu baba sedang membuat aduan mengenai Iskandar atau juga apa sahaja. Hanisha mengeluh dan segera beredar ke pejabat HEA.

“Encik tanya sikit, ada tak lelaki bernama Halim datang sini?”

“Ada, dia beri aduan mengenai Encik Iskandar Badri Amri,”

Hanisha mengeluh tetapi wajahnya masih tersenyum.

“Tak apalah, terima kasih.”

Apa lagi plan babanya untuk memusnahkan hidup abangnya. Adakala dia terfikir kenapa sampai begitu sekali, baba memarahi abangnya. Rasanya ramai lagi anak orang berada yang berada didalam situasi itu tapi rasanya taklah jadi sebegini. Dia mesti beritahu dia mengenai hal ini, agar abangnya lebih berhati-hati. Dia pasti Halim memberi sesuatu kepada pihak HEA mengenai masa silam abangnya.

Puas dia mencari abangnya, Hanisa mengeluh. Mana pula pergi abangnya ni, rasanya dah puas dia mencari satu kampus lelaki itu. Dia mengeluh lagi, dia menuju ke arah tempat letak kereta mana tahu kalau-kalau abangnya masih disitu. Kereta milik abangnya ada disitu, ini bermakna lelaki itu ada disini. Masalahnya dimana? Sejak bila pula abang dia pandai main majik pulak ni? Aduh mana nak cari ni? Hanisah mengeluh. Nak kena lelaki ni, kalau dia jumpa abang akan dia cubit lelaki itu, getus dia sendiri. Akhirnya dia terpandang lelaki itu di suatu sudut, segera dia berlari anak menuju ke arah abangnya.

“Susahnya nak cari abang tau!”

Iskandar menoleh ke arah adiknya. Lelaki itu cuma tersenyum. Shahid yang turut disisi lelaki itu tersenyum.

“Biasalah Hanisha, Iskandar ni macam biskut.”

“Merepek saja kamu ni. Kenapa dik? Macam cemas je?”

Hanisha menghela nafasnya.

“Tadi Nisha nampak Halim ke HEA. Nisha pergi tanya dengan pegawai HEA tu, dia kata Halim buat laporan mengenai abang.”

Iskandar mengeluh dan memandang temannya. Shahid terkejut dengan penerangan Hanisha.

“Aku tahu apa yang Halim sampaikan pada pihak HEA dan aku pasti sejam dari sekarang. Kamal akan telefon aku dan suruh datang office.”

Telefon bimbit berbunyi, Iskandar ketawa kecil.

“Tengok aku tak habis cakap lagi, fakulti dah call..!” suara Iskandar lagi.

Hanisha merenung abangnya, dia begitu cemas dan risau.

“Aku nak naik. Korang nak ikut atau...?”

“Nisha nak ikut?”

Iskandar mengangguk, mereka bertiga mengekori lelaki itu menuju ke lif dan ke tingkat yang ingin dituju.

Iskandar melangkah masuk dan duduk di hadapan dekannya, beberapa koordinator yang lain turut sama di situ. Dia menarik nafas dalam-dalam. Shahid dan Hanisah tidak dibenarkan masuk, sulit kata mereka.

“Iskandar, saya tahu apa yang sebenar berlaku. Saya kenal awak. Tetapi saya nak tahu dari mulut awak sendiri. Saya ni jenis tak suka mendengar kata orang. Kalau saya dengar kata orang, pastinya awak dah saya pecat,” suara lelaki itu lembut.

Iskandar membasahi bibirnya dengan lidah. Dia mengeluh dan memandang semua yang ada dihadapannya.

“Saya bukan lagi seperti dulu. Saya dah insaf tuan. Saya bukan lagi penagih atau pengedar, saya bersih dari najis perosak tu. Saya tak kisah kalau disiasat.”

“Kami tahu, Iskandar. Kami dah tengok perkembangan kau sejak mula kau masuk ke mari. Tak pernah ada masalah.”

Iskandar memandang mereka semua. Dia tahu selama 3 tahun dia disini memang tak ada masalah. Sebenar semuanya bermula bila Hanisha sudah semester 4 dan dia salah seorang tenaga pengajarnya.

“Tuan, saya harap masalah yang saya timbul tidak akan membebankan semua. Saya mohon maaf, sepatutnya saya tak timbulkan masalah.”

“Saya faham, Iskandar. Tetapi kami percayakan kau. Jangan risau...” suara dekan. Iskandar mengangguk. Dia tahu dekan percayakannya ini kerana dekan sendiri yang memujuknya untuk menjadi tutor di situ. Lelaki itu yang berusaha agar dia benar-benar sembuh. Iskandar memohon diri. Dia keluar, Hanisha segera menghampiri abangnya begitu juga dengan Shahid.

“Macamana. Mereka percaya dengan tuduhan itu?” tanya Hanisha.

“Selagi kita dipihak yang benar, tiada benda yang dapat menimbulkan keraguan.”

Hanisha mengangguk, dia lega abang kesayangannya tidak dikenakan tindakan. Dia tahu baba menyuruh Halim melakukan semua ini. Kejam sekali babanya. Rasanya sejarah silam Iskandar tak mungkin begitu menjejaskan sehinggakan lelaki itu sanggup memutuskan pertalian keluarga dan menghinanya. Bukankah lelaki ini juga anaknya, darah dagingnya.

“Nisha? Kenapa diam saja. Ada masalah ke?”

Hanisha menggelengkan kepala. Dia mengeluh.

“Sudahlah jangan difikirkan masalah tadi, ia dah selesai pun. Jangan risau, abang mampu hadapi apa jua yang mendatang,” suara Iskandar.

“Dah lewat. Abang hantar pulang, ok?”

Hanisha mengangguk.

Previous: 4
Next: 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.