Home Novelet Keluarga Bayangan Kemboja
Bayangan Kemboja
PurpleAdnan
29/9/2014 00:00:47
11,872
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
4

Shahid menyerahkan mug air kepada Iskandar. Dia mengeluh.

“Kenapa tak berterus terang kau dan Hanisha adik beradik kandung?”

Iskandar diam, sebenarnya dia tak pasti apa yang perlu dijawap untuk soalan itu. Dia mengeluh dan menghirup air dari dalam mug. Telefon rumah berdering.

“Hello...Iskandar. Kejap,”

Iskandar mengangkat kening tanda tanya.

“Hanisha...”

Ganggang berubah tangan.

“Datang rumah, umi sakit. Sekarang!!!”

“Baba...?”

“Umi lebih penting. Dia nak jumpa Is. Please!!!” suara Hanisha ada suara sebak di dalamnya. Iskandar menghela nafas.

“10 minit lagi, abang tiba. Okay,”

Dia meletak kembali gaggang telefon itu ditempatnya semula. Direnung Shahid dan berdecit.

“Shahid, please ikut aku balik ke rumah parent aku. Mak aku sakit...”

Shahid tanpa berfikir panjang terus mengangguk. Dia masuk ke dalam bilik untuk menukar baju.

12 minit kemudian mereka tiba di hadapan rumah Tan Sri Badri Amri. Iskandar masih sedikit ragu untuk melangkah masuk ke dalam rumah itu. Shahid menepuk bahu temannya dan mereka melangkah masuk. Tan Sri Badri Amri dan seorang lelaki berdiri diruang tamu tersebut, Hanisha yang berada ditingkat atas segera turun.

“Abang...umi ada didalam bilik. En. Shahid?”

Shahid mengangguk. Hanisha menarik tangan abangnya dan menuju ke tingkat atas.

Seorang doktor dan jururawat baru sahaja selesai memeriksa wanita itu. Iskandar melangkah masuk ke dalam bilik itu.

“Doktor, macamana dengan umi saya?”

Doktor itu mengeluh.

“Dia terlalu stress. Jantungnya tak stabil, begitu juga dengan tahap tekanan darahnya. Keadaan ini amat bahaya, jika keadaan ini berlanjutan sukar untuk sembuh,”

“Ada apa ubatan atau cara yang boleh menyembuhkannya.”

Doktor ini berfikir dan memandang ke wajah Iskandar.

“Pil anti stress, selebihnya adalah keadaan persekitaran. Dia perlu tenang, perlu ada persekitaran yang penuh kegembiraan, ceria dan penuh kasih sayang. Kalau dia masih murung, sedih dan stress saya rasa tiada doktor yang dapat merawatnya.”

Iskandar mengangguk. Doktor itu minta diri, Hanisha menemani mereka untuk turun ke tingkat bawah. Iskandar mendekati katil uminya dan duduk dibirai katil.

“Umi, Is dah datang. Umi, Is minta ampun. Is dah benar-benar melukakan hati umi...”

“Umi tahu. Umi tak salahkan kau, Is. Umi sayang anak umi, umi tahu apa yang berlaku dulu cuma satu dari pengalaman hidup. Umi yakin kau dah insaf dan bertaubat.”

Iskandar mengangguk laju. Uminya memegang pipinya.

“Umi rehat, biar Is balik dulu,”

“Is, umi nak kau temankan umi sampai lelap,” ujar si ibu. Iskandar mengangguk dan menemani uminya sehingga wanita itu tertidur. Iskandar berlalu dan menuju ke ruang tamu. Hanisha yang baru keluar dari dapur membawa dulang berisi air.

“Jemput minum, abang, En. Shahid.”

Iskandar menjeling ke arah babanya. Lelaki itu beredar menuju ke tingkat atas. Iskandar mengeluh.

“Umi dah tidur?”

Iskandar mengangguk, Hanisha mendekati abangnya.

“Apa kata kalau abang berpindah ke rumah ni balik?”

Iskandar tersedak sedikit dan memandang wajah adiknya. Tentu sekali Hanisha bergurau, tapi kelihatan wajah gadis itu serius sekali.

“Nisha tak seriuskan?”

“Rasanya Nisha tak buat lawak, bang? Lagipun ini rumah abang juga, rumah keluarga kita.”

“Baba pasti tak setuju...”

“Abang...”

“Nisha, abang akan balik jika baba setuju abang balik. Bukan abang merajuk atau marah tapi ini rumah baba dan abang hormati keputusan baba,”

“Tapi abang anak baba juga, bukannya orang luar,”

“Nisha tak faham,”

“Memang Nisha takkan faham dan tak nak faham. Nisha nak kita semua jadi satu keluarga semula, seperti 6 tahun dulu,” ujar Hanisha.

Iskandar mengangguk dan menggenggam tangan adiknya. Mereka melihat Tan Sri Badri Amri turun dari tingkat atas. Iskandar berdehem dan melepaskan genggamannya dan bingkas bangun.

“Tak apalah, Nisha. Abang balik dulu, lagipun esok ada kelas. Jangan lupa pergi kelas esok, okay,”

Nisha mengangguk, dia memandang babanya. Lelaki itu berwajah selamba dan memandang ke arah lain, Hanisha menyalami abangnya. Kemudian dia berlalu meninggalkan babanya diruang tamu.

Previous: 3
Next: 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.