Aku tarik
nafas panjang, baru sahaja selesai melintasi petak imigresen. Aku mengambil
bagasi dan berlalu ke balai ketibaan. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur kelihatan sesak dengan penumpang yang nak berlepas dan yang baru tiba.
Jam tangan menunjukkan jam sepuluh pagi, nampaknya penerbangan aku tadi tiba
awal. Teksi segera aku tahan, tak sabar nak balik. Tak sabar nak jumpa mummy,
daddy dan adik. Akhirnya, aku tiba di hadapan rumah, tak ada yang berubah rasa
rumah aku ini. Cuaca agak panas segera aku melangkah masuk ke dalam rumah,
mummy agak terkejut dengan kepulanganku. Wanita itu terus memeluk aku, begitu
juga dengan adikku.
“Kenapa
tak beritahu nak balik? Kenapa kurus sangat ni, Rynn?” tanya mummy. Aku dah
agak, mummy mesti tanya soalan tu? Aku sekadar tersenyum sahaja. Macamana badan
aku tak kurus, dah lama tak merasa gulai lemak ikan masin dan sambal sotong.
Aku dan mummy menuju ke bilikku. Masih kemas macam mula-mula aku tinggalkan.
Aku rebahkan badan ke katil, mummy mengeluarkan pakaianku dari dalam beg.
“Biarlah
mummy nanti, Rynn buat.”
Wanita itu mendekati. Aku segera memeluknya.
“Dah
makan? Kalau belum, biar mak suruh Endah masak sesuatu?”
“Tak
apalah mummy, kenyang lagi dengan makanan dalam flight. Tapi, esok Rynn nak
sambal sotong."
“Hmm..mummy
tahu.”
Wanita itu berlalu, aku toleh ke meja di kiri katil. Aku capai
bingkai gambar yang ada disitu.
“Atie!”
ujarku dan capai cordless phone di sisi meja dan mendail nombor telefon rumah
Atie.
"Hello,
Atie ada?” Setelah menerima jawapan, aku matikan talian. Apalah Atie ni, kita
balik dia out station pulak. Lima hari pulak tu, memang nak kena dia ni! Aku
capai bingkai tu balik, gambar aku dengan Atie ketika camping trip di Bukit Keledang.
Masa tu aku dan dia masih di Tingkatan Enam. Hmmm…sebelum terlupa, nama aku
Adrynna Jawahir. Aku baru sahaja balik bercuti dari Universiti di England.
Teman sekuliah mengajak Europe tour tapi bagi aku, baik aku luangkan masa
dengan family di Malaysia. Pintu bilik di ketuk, Sarrah muncul. Dia turut rebah
ke atas katil.
“Kakak
tak bawa hadiah untuk adik ke?” tanyanya. Aku mencebik dan dia kelihatan
merajuk. Kemudian aku ketawa nyaring.
“Adalah,
nah! Merajuk, dah besar jangan nak merajuk. Buruk!!!”
Dia mencubit lengan aku dan mengambil patung SNOOPY dari tanganku.
Mujur adik cuma seorang, kalau ramai entahlah bankrap agaknya.
Malam
itu, daddy tanya apa plan aku masa cuti. Aku dah agak dia mesti nak aku
berkerja. Susah aku nak beritahu apa sebenarnya yang aku nak buat.
“Alah!
Daddy, Rynn balik nak rehat dari tension yang Rynn hadapi di sana. Kalau Rynn
kerja lagilah Rynn tension.”
“Suka
hati kau lah Rynn. Daddy ingat buat macam tu kau akan dapat pengalaman.”
Aku muncungkan bibir dan daddy tersenyum cuma. Biasalah, daddy kalau
aku buat muka manja macam tu dia cuma akan tersenyum sahaja. Aku membantu mummy
dan Endah mengemaskan dapur. Seronok betul. Sambil-sambil itu, mummy sibuk
bertanya samada aku dah ada teman lelaki atau tak. Aku memang dah agak mummy
mesti nak tahu hal-hal ini. Aku ni mana ada masa nak bercinta, sibuk study. Tak
ada lain aktiviti lain selain study. Mummy aku tak percaya, memang susah kalau
terang pada mummy aku ni. Kenalah aku terang satu-satu dengan mummy. Masih tak
percaya juga. Sabar ajalah. Aku bab bercinta atau kahwin ni aku serah pada
mummy dan daddy aku. Selain itu aku serahkan pada takdir, persoalan jodoh ini
susah nak ditentukan. Iyalah, contohnya kita jatuh cinta dengan seseorang
tetapi dia tak ditakdirkan menjadi pasangan hidup kita begitu juga sebaliknya.
Paling penting bagi aku, aku tak mahu hati aku kecewa sebab aku tahu aku bukan
seorang yang tabah.
Hari
ini aku mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan. Maklumlah, dah dua
tahun aku tinggalkan Kuala Lumpur. Nak juga tengok apa perubahan yang dah
dibuat di kota Metropolitan ini. Mulanya aku nak memandu sahaja, tapi tak
trilllah kalau drive so aku naik teksi. Memang dah banyak berubah, baru dua
tahun aku tak ada di sini. Kalau lebih dari itu, entah macamana agaknya.
Seluruh Kuala Lumpur aku berjalan, sampai naik lenguh kaki ini. Petaling Street
masih macam dulu, tambahan sebelah petang macam-macam manusia yang aku jumpa.
Kenderaan pun aku lihat makin bertambah, harapnya pencemaran pun takkan
bertambah. Bosan sungguh berjalan seorang diri. Tambahan aku ni masih single,
nak tunggu Atie nampaknya aku kena memerap di rumah selama lima hari. Hari ini
pun aku keluar sebab rasa otak ni kosong. Aku singgah di Pasar Budaya kebetulan
ada persembahan seni di situ. Seronok juga, kalau di London, Hyde Park selalu
menjadi tumpuan seniman jalanan buat show sendiri. Aku perhati jam di tangan, baru pukul dua.
Serasa aku, dah lama aku berjalan, tapi nampaknya masa masih lagi panjang.
Takkan dah nak balik, tak puas pun berjalan. Tapi nak kemana lagi?
Hmm…Mid
Valley pun dah siap sepenuhnya. Aku pun ambil keputusan untuk ke sana.
Megamall, kompleks membeli belah yang dikatakan terbesar di Asia. Aku pusing
satu kompleks. Banyak juga barangan yang ada di sini, mungkin sama besar Harrod’s
di Kota London. Aku tak pasti nak beli apa di sini, biarlah cuma mencuci mata
sahaja. Lagipun apa yang nak aku beli di sini? Hm…GSC, ada cerita best ke?
Lagipun dah lama aku tak menonton wayang, masa di London aku hanya menonton TV
atau DVD sahaja. Buat apa buang duit menonton wayang. Aku lihat kesemua poster
yang ada dari filem Melayu, Inggeris sehingga filem terbitan negara-negara
lain. Aku berhenti di satu poster. Hmm…The Core, macam best saja bunyi tajuk.
Aku tengok lagi poster filem itu, mesti banyak special effect nih! Aku renung
tempat beli tiket, aduhai ramainya orang. Maklumlah hari ini hari minggu,
memang patut pun ramai orang ditambah lagi kalau cuti. Nampaknya, terpaksa aku
tangguh dulu nak tengok wayang ni. Banyak lagi masa aku di sini, nanti aku
datang menonton dengan Atie. Aku mula melangkah pergi.
“Cik..?”
Segera aku menoleh, seorang lelaki mendekatiku. Hati aku bertanya,
kenapa pula lelaki itu tiba-tiba menegur aku. Dia kenal aku ke? Kami
berpandangan. Aku harap dia berniat baik.
“Maaf
kalau saya mengganggu cik. Begini, saya nampak cik macam berminat nak menonton
The Core.”
Dia memerhati aku nampaknya, aku renung lelaki itu. Orangnya boleh
tahan, handsome juga. Kaca matanya melengkapkan penampilannya.
“Saya
ada dua tiket untuk filem The Core. Kebetulan kawan saya tak dapat datang so,
cik sudi kalau menonton bersama saya?” tanya lelaki itu.
Biar betul dia ni ajak aku? Waras ke lelaki ini? Kita tak tahu
disebalik wajah yang handsome dan macho macam ni mesti orang baik. Betul tak?
“Jangan
risau cik. Saya ikhlas ni?” ujarnya membalas. Alamak, dia boleh baca fikiran
aku ke? Aku berfikir lagi, apa lagi nak fikir dah ada tiket free on ajalah. Aku
mengangguk. Kami duduk bersebelahan, sesekali aku menjeling ke arah lelaki yang
duduk di sebelahku. Dia nampak tenang.
Kami
berdua melangkah keluar dari pawagam, aku gosok mata. Sensitive setelah begitu
lama dalam gelap.
“Dasyatkan
special effect cerita tadi. Huh!” ujar lelaki itu.
“Betullah,
canggih betul. Saya takut dan kagum lihat masa kilat memecahkan Colloseum dan
masa banjir musnahkan Jambatan San Fransisco.”
“Kenapa
takut pula?” tanya lelaki itu.
“Iyalah,
cuba bayangkan kalau betul-betul jadi macam tu dan manusia terpaksa
menghadapinya. Kalau ada shuttle macam tu pula, manusia kena travel ke kerak
bumi.”
Lelaki itu kagum dengan peneranganku.
“Saya
suka part masa shuttle turun ke kerak bumi, nampak semua teras dalam bumi.”
Mereka berdua ketawa dan beriring keluar.
“Awak,
nanti!”
Dia berhenti dan menoleh memandang aku. Aku keluarkan dompet dan
menghulur sehelai not sepuluh. Dia mengerutkan dahi.
“Tak
apalah, saya ikhlas nak belanja awak.”
“Tak
apalah biar saya bayar. Tak sedap hati pula,” balasku, masih menghulur duit itu
kepadanya.
“Tak
mengapa, kalau ada rezeki awak boleh belanja saya lain kali.”
Aku memandangnya dan dia tersenyum sebelum berlalu pergi. Aku
seperti tersedar sesuatu.
“Hey,
boleh beri nombor telefon awak. Senang kalau saya nak belanja awak,”
Dia tersenyum dan mengangguk.
Aku
memalingkan badan ke kiri dan kanan, tersenyum kecil dengan pada yang dah
terjadi tadi. Tak sangka aku bertemu dengan lelaki itu. Betul kata orang, don’t
jugde a book from it’s cover. Nasib baik tak malu sendiri. Dia lihat jam di
dinding, hampir enam petang dan dia masih belum solat Asar. Dia berdecit dan
bingkas bangun untuk mandi dan mengambil wuduk. Aku sudah pun memberi salam
terakhir dan sedang membaca doa bila telefon cordless berdering nyaring namun
aku biarkan ianya berdering. Telefon itu masih berdering dan aku segera menyambutnya
tanpa membuka telekung yang aku pakai.
“Hello,
Rynn sini. Hmm…” jawapku malas. Aku menjerit kesukaan bila kedengaran suara
Atie di dalam talian. Aku segera buka telekung, sebab aku rasa aku dan teman
baik aku nih memang akan berbual panjang. Maklumlah kami dah dua tahun tak
jumpa. Dia meceritakan hal kerja dan juga mengenai boyfriend baru yang dia
kenal lima bulan lepas.
“Rynn,
kita keluar esok nak?” tanya Atie.
“Kau
kan outstation?” tanyaku. Biar betul
budak ni, takkan sebab aku balik dia nak tinggalkan kerja.
“Dah
beres, aku pun dah balik KL. Rynn, aku dah minta cuti esok.”
“Okay,
kita jumpa dekat tempat biasa. Banyak lagi yang aku nak cerita dengan kau nih!”
“Aku
pun, Rynn…” ujar Atie.
Macam
selalu, Atie datang lewat lagi. Dia ni memang tak pernah berubah, entah
macamana agaknya dia pergi berkerja? Dah suku air the limau aku minum habis.
Aku nampak, Atie berjalan laju menghampiri aku.
“Rynn,
sorry. Jalan jem tadi.”
“Kau
memang macam tu. Aku ingat dah dua tahun aku tak ada di sini kau berubah jadi
seorang yang punctual. Tapi tak berubah juga?”
Atie ketawa kecil. Aku merengus dan ketawa kecil.
“Seronok
belajar di UK? Ada sesiapa interested di sana?” soal Atie. Nak tergelak aku
dengar soalan kawan aku ni.
“Tak
ada siapa buat masa ni? Kalau kau tanya seronok di UK, bagi aku sama sahaja. KL
atau UK tak ada bezanya. Dah rezeki aku di UK terima sahajalah.”
“Atie
ceritalah fasal boyfriend baru kau tu?”
Atie tersenyum. Dia nihlah, orang suruh cerita senyum pula! Aku
cubit lengan teman aku itu dan dia menepuk peha aku manja dan kami berdua
ketawa riang. Dia agak keberatan nak cerita dengan aku fasal teman lelaki
barunya. Tapi dengan aku mana boleh dia sorok.
“Kau
pulak macamana? Bukan main rancak kau semalam. Ada orang belanja tengok wayang
lagi.” Ujar Atie.
“Itu
sebab dia tak nak bazirkan tiket tu. Alah kalau bukan aku kat situ tentu dia
akan ajak orang lainlah.”
Atie ketawa, ketawa ada makna tu. Memang nak kena dengan aku nih.
“So,
bila nak ajak mamat tu keluar?”
“Nantilah.”
“Patutlahlah
aku tengok bukan main berseri saja muka member aku ni. Kau dah jatuh hati
dengan dia ke?Kalau iya, jangan lepaskan peluang.”
Aku mengeluh.
“Cik
Atie oii…banyak masa lagilah untuk aku dengan dia. Kau tu bila boyfriend kau
nak jumpa aku ni?”
“Kau
nak buat apa dengan dia?” tanya Atie.
Aku ketawa mengejek.
“Aku
nak warning dia! Kalau dia buat kau sakit hati siaplah dia, aku kerjakan sampai
lunyai!” suaraku dan mengenggam tangan kananku.
Atie ketawa mengekek. Aku habiskan nasi goreng yang aku pesan tadi.
“Hai…”
satu suara menegur.
Aku angkat muka dan…lelaki semalam. Dia senyum memandang aku. Mana
dia tahu aku kat sini, dia cari aku ke? Biar betul! Dia terus duduk di kerusi
yang sememangnya kosong.
“Jeff,
inilah kawan Atie.”
Aku renung temanku, dia kenal lelaki tu?
“Rynn,
inilah lelaki yang aku ceritakan.”
Oh no! Namun kami bersalaman. Mukaku rasa panas dan aku lihat Atie
seperti perasaan dengan perubahan wajahku. Mujur aku mampu bertenang lagi. Hati
aku ketawa kecil. Aku renung lelaki itu, aku pasti dia tak mengenali aku. Aku
yang perasaan sendiri nampaknya. Tapi tak mengapa, aku lega Atie dah temui
lelaki yang sesuai dengannya. Aku mengeluh, nampaknya dia adalah jodoh Atie
bukan aku.
Aku
berjalan keluar dari Planetarium Negara. Aku bersendirian hari ini dan esok aku
akan kembali ke UK. Tak sangka dua bulan serasa begitu cepat berlalu, aku
meniti tangga untuk turun. Anak rambut yang menutup wajahku aku betulkan dan
aku selit di celah telinga. Tiupan angin sungguh mengasyikkan, aku menoleh bila
ada seorang menegurku. Seorang lelaki mendekatiku, aku lihat dia membawa kamera
SLR jenama Nikon dan sebuah beg. Mungkin dia seorang jurukamera atau wartawan
aku tak pasti, tetapi kenapa dia memanggil aku? Dia menghulurkan kad namanya.
“Saya
Mustakim Azwani. Saya nak minta maaf sebab saya dah tangkap beberapa keping
gambar cik tadi.”
Aku renung wajahnya. Dia tangkap gambar aku? Sukar untuk dipercayai.
“Kenapa?
Apa istimewanya saya nih?”
Dia diam tak berjawab, mungkin sedang merangkakan jawapan di
fikirannya.
“Saya
suka gaya cik tadi dan saya sukakan cik.”
Dia
sukakan aku, terkedu aku tak bersuara. Aku renung wajahnya dan ada calit
keikhlasan, kad nama yang masih ada ditangannya aku capai. Mustakim Azwani
tercatat di kad itu, aku memandangnya. Dia tersenyum dan kami beriringi
melangkah pulang.
Mustakim Azwani tersenyum lebar menerima piala
kemenangannya. Dia segera turun dari pentas, para pemberita segera
menghampirinya untuk menemuramahnya.
“Apa perasaan
saudara setelah mendapat tempat pertama dalam pertandingan Fotografi peringkat
Antarabangsa ni?” soal salah seorang pemberita. Mustakim Azwani tersenyum dan
tangan kanannya meraih seseorang di dalam pelukkannya.
“Kehadiran
isteri saya merupakan penyebab kemenangan saya hari ini dan dialah sumber
inspirasi saya. Terima kasih kepada isteri saya, Adrynna Jawahir,” suaranya.
Aku tersenyum cuma, tanganku menggosok perutku yang kini sudah masuk empat
bulan. Persoalan jodoh ni memang susah nak diramalkan. Kita takkan tahu siapa
jodoh kita dan kita juga tak tahu bila jodoh kita. Apa yang kita boleh buat
hanya merancang dan mengharap. Namun hari ini aku yakin dengan jodoh aku. Aku
bersyukur kepadaNya dan berharap perkahwinan ini berpanjangan di dalam
rahmatNya.
TAMAT