Home Cerpen Komedi/Romantik Komedi Alamak, macamana ni?
Alamak, macamana ni?
PurpleAdnan
11/8/2014 23:18:41
2,922
Kategori: Cerpen
Genre: Komedi/Romantik Komedi

Dia ketawa kecil dan tersenyum dia atas katil. Seorang gadis yang baru sahaja keluar dari bilik air, berkerut dahi melihat keadaan temannya. Tuala yang disangkut di tengkuk dicampak tepat ke wajah temannya. Temannya merengus dan mencampak kembali tuala itu, kemudian dia tersengih kembali.

“Apa hal kau ni, Dini? Tersengih-sengih kerang, risau aku.”

Dini baring semula di atas katil, mengeliat kecil dan merengus manja. Temannya menyikat rambut dan mendandannya.

“Aku berminpi...”

“Alah! Setakat minpi...”

Dini bangun dari katil dan mengeliat lagi.

“Aku bermimpi tentang dia. Ah! kacak sangat dia dalam mimpi aku.”

“Ah! Tolonglah...” balas Jojie.

“Norman...” suaranya dan senyum lagi.

“Aku rasa lelaki berpotensi ramai kat dalam kolej ni, pilih saja.”

“Jojie, aku tahu kau jealous. Iyalah Norman kan kacak orangnya, pandai dan yang penting loaded,” ujar Dini dan mencapai tuala serta kelengkapan mandiannya. Jojie menuju ke meja studinya dan mencapai buku dan bahan yang perlu di bawa untuk ke dewan kuliah. Dia merengus dengan ujaran teman sebiliknya.

“Jealous! Aku cemburu dengan Norman. Tak sesuwai tau tak! He’s not my type.”

“He’s not my type, konon!” ejek Dini dan berlalu untuk mandi. Jojie membuat mimik muka dan geleng kepala.

Mereka masuk ke dalam dewan kuliah, Jojie menoleh mencari seseorang tetapi tidak bertemu dia merengus lemah. Dini menepuk pehannya kerana pensyarah sudahpun muncul di depan dewan. Jojie berdehem dan membuka buku nota untuk menyalin nota.

“Dini, kenapa Reza tak datang?” bisik Jojie ke telinga Dini.

“Aku bukan babysitter dia la. Diam la aku tengah sibuk salin nota ni,” balas Dini. Jojie muncungkan bibirnya dan mengeluh lemah. Bagi Jojie kelas hari ini serasa terlalu panjang dari biasa, dia kurang penumpuan hari ini.

“Kau ni kenapa?” tanya Dini, mereka duduk disalah satu meja yang kosong di cafe itu. Jojie mengeluh, dia bangun untuk mengambil makanan di kaunter.

“Jojie, kau ni kenapa.... Macam nak telan orang je?”

“Rasa kuliah panjang hari ini. Reza pun tak datang,”

“Norman pun tak ada... Manalah pujaan hati aku ni?” suara Dini dan mengeluh kecil.

“Aku tak cerita fasal mamat over tu! Aku cerita fasal Reza la!” ujar Jojie sedikit marah.

“Ops! Don’t tell me. La...kau sukakan Reza ke?”

Dini ketawa, kemudian menekup mulutnya dengan tangan bila terasa ketawanya terlalu nyaring. Jojie memimikkan wajahnya dan menghirup air tebu yang dibeli tadi. Dini menggelengkan kepalanya.

“Salah ke aku sukakan Reza?”

“Salah tu tak la. Tapi taste kau teruk! Mamat selekeh macam tu yang kau pilih. Tengok macam aku, kelas!!!”

“Norman tu kau kata ada kelas. Dialah mamat paling over berpakaian yang pernah aku jumpa,”

“Dah stail dia macam tu!”

“Sama juga dengan Reza, itu dah stail dia. Lagipun aku sukakan Reza sebab dia pandai melukis.”

Dini mencebikkan bibir.

“Ada je alasan kalau nak bela si Reza tu,”

Jojie menjungkitkan bahunya dan ketawa kecil. Dini merengus dan berpaling ke arah lain.

“Jojie, tu Reza. Pergilah kau pada dia.”

Jojie menggelengkan kepalanya. Dini mengangkat kening tanda tanya.

“Dia tak tahu aku suka pada dialah. Lainlah kau dengan Norman?”

Dini tersengih dan membetulkan anak rambutnya.

“Acctually, dia pun tak tahu aku suka pada dia,” balas Dini.

“Dua kali lima...” bisik hati Jojie dan gelengkan kepala.

Mereka memandang Reza kelihatan Reza menuju ke arah sekumpulan lelaki, kemudian dia duduk di situ. Dini dan Jojie kemudian mengambil keputusan untuk berlalu dari cafe itu.

Norman muncul, dia senyum bila bertembung dengan Dini dan Jojie. Kemudian, dia menghampiri Reza dan kawan-kawan yang lain. Dia duduk berdepan dengan Reza.

“Hmm...tak habis-habis kau dengan drawing block kau tu, Reza. Ambil kursus Management tapi kalau fasal melukis kau hebat.”

Reza senyum dan menyelak drawing blocknya, salah satu lukisan temannya menarik minat Norman.

“Wow! Awek kau ke?” tanya Fuad, salah seorang teman mereka. Reza tersenyum cuma, kemudian membetulkan kedudukan cermin matanya. Dia senyum.

“Bukan awek aku tapi aku suka kat dia,”

Norman memandang lukisan itu dan diamati wajah itu.

“Kalau tak silap ini kawan budak yang rambut tocang tadi, kan?”

Reza tersenyum dan mengangguk, dia mengambil balik lukisan itu dan menyimpannya. Reza melihat jam di tangannya dan menggerutkan dahi.

“Aku balik dulu, ada hal.”

“Alah! Kau ni asyik nak berkepit di ketiak mak kau je,”

Reza tiada reaksi dengan usikkan temannya. Dia hanya mengangkat tangan dan berlalu pergi meninggalkan mereka.

Dini baru selesai menulis sesuatu kemudian dia duduk di birai katil, dia menarik nafas panjang dan melepaskannya. Jojie menguap dan menggeselkan mata, jam di tangan menunjukkan jam sepuluh malam. Dia menoleh ke arah Dini yang masih tersengih, Jojie menggelengkan kepala.

“Tak habis berangan lagi ke?”

“Jojie, tak sangka tadi kita bertembung dengan Norman. Sukanya aku!!!”

“Dah mula dah. Naik mengantuk aku dengan story kau fasal si Norman.” Jojie menguap lagi.

“Dengki. Malas aku nak layan kau, berangan lagi best!”

“Suka hati kau le, Dini!”

Jojie meneruskan ulangkaji, sesekali dia merenung pada Dini yang masih terus berangan mengenai putera idamannya, Norman. Dia tersenyum kecil, temannya yang seorang ni selalu mimpikan yang dia akan bersama dengan Norman. Sejak dari mula masuk ke kolej ni, sampailah sekarang tak habis berangan. Sesiapa saja di Kolej Kuala Lumpur tahu Norman pelajar popular di sini dan ramai peminat. Tetapi tak pernah ada makwe, hairan juga. Mungkin juga makwe dia bukan budak kolej ni. Mungkin juga dia g**... Ughh! Minta simpang. Hmm... Dini jangan kau merana dikemudian hari sudahlah. Reza pula budak sekelas dengan mereka. Dari dulu lagi dia ada hati dengan lelaki itu tapi tak berani nak beritahu. Biarlah lambat laun Reza akan tahu sendiri. Reza pelajar yang sedikit pasif di kelas tapi kalau bab lukisan lelaki itulah yang terhebat. Masa kolej ni anjur pertandingan melukis, Reza menggondol first prize. Kerja tangannya memang menakjubkan. Dua mural lukisannya boleh dilihat di dinding kolej kediamannya. Kalau bandingkan Reza dan Norman, memang Reza tak setanding. Norman anak orang berada, tampan dan memandu BNW ke kolej setiap hari manakala Reza cuma anak seorang kerani, perwatakan sederhana dan menunggang EX5 ke kolej. Tapi bila persoalan hati, perasaan dicampur dengan suka tiada siapa yang tahu apa yang terjadi. Iyanya berlaku dengan sendiri tanpa di suruh oleh sesiapa. Jojie mengeluh dan meneruskan membuat kertas kerjanya. Dia memandang Dini, temannya dah terlelap, dia menggelengkan kepalanya.

Reza sibuk melakarkan sesuatu bila Norman menegurnya. Lelaki itu duduk di sisi Reza yang masih terlalu asyik dengan lakarannya. Seorang pelayan muncul, Norman memesan minuman. Dia melihat Reza yang tidak berhenti melakar.

“Sudahlah. Kau ni kalau dapat melukis, dunia pun kau boleh lupa.”

“Kejap aku tengah lukis gambar budak dua orang tu,” suara Reza, matanya masih menatap lakaran dan tangannya masih belum berhenti melukis. Norman menoleh ke arah yang dimaksud oleh Reza. Dua orang gadis yang dia tertembung semalam, dia dapat lihat kedua gadis itu sedang rancak berbual.

“Kenapa kau tak cakap awal-awal?”

“Busy!” ringkas jawapannya. Norman mengeluh, minumannya yang dia pesan tiba. Dia menoleh lagi, ternyata kedua gadis itu sudah pun mahu beredar dari situ. Norman melihat Reza seperti berpuas hati.

“Hmm...perfect! Mmm...Reza boleh tak kau beritahu aku nama awek- awek ni?”

“Kenapa?”

“Saja nak tahu.”

“Jojie dan Dini. Aku satu kelas dengan diorang tu tapi tak pernah sembang dengan diorang.”

Norman mengangkat kening.

“Jadi kau tak beritahu dia yang kau suka pada dia,”

Reza menggelengkan kepala dan mengeluh.

“Jangan pendam lama-lama kawan nanti.... Aku tak jamin,” suara Norman. Reza mengeluh lagi kemudian mengangguk faham.

“Tapi budak nama Jojie tu comel... Aku suka tengok muka dia. Sweet saja!”

Dini dan Jojie baru sahaja keluar dari perpustakaan, pintu loker mereka putar dan beg dicapai.

“Aduh! Panas betul hari ni. Jom pegi cafe, dahaga la!” suara Dini. Jojie melihat langit dan mengesat peluhnya. Dia mengangguk bersetuju dengan pendapat temannya. Mereka melintasi dataran untuk ke cafe.

“Alangkah bagus kalau Norman melintas di depan ni dan menawarkan sapu tangannya dan memimpin tangan ni menuju ke cafe. Huh! Romantisnya.”

“Erk! Kau lah perempuan yang paling getik di abad ini kau tau tak?”

Dini ketawa dan menampar lembut lengan Jojie.

“Alah kalau Reza buat macam tu pun kau mesti setuju punya,” suara Dini. Mereka tiba di cafe, mereka berdua memilih kerusi di bahagian luar cafe. Dini mencuit Jojie dan menunjuk ke arah Reza dan Norman bersama kawan-kawan mereka. Jojie tersenyum malu dengan usikkan Dini.

“Reza, diorang pun ada di sini. Aku rasa dah tiba masanya untuk kita luahkan hal sebenarnya,” suara Norman. Reza menoleh, dia berpaling semula ke arah kawan-kawannya. Dia berdehem dan menggelengkan kepala.

“Kalau bukan sekarang, bila lagi?” suara Norman.

“Betul, bila lagi? Nanti terlepas baru kau nganga, Reza. Pergilah!” suara salah seorang kawannya. Reza menggaru kulit kepalanya yang mula terasa gatal. Dia berdecit.

“Jom!” ajak Norman.

“Seram juga ni!” balas Reza.

Kawan-kawan mereka memberi semangat. Reza mengangguk dan menghela nafas, dia mengekori Norman menuju ke tempat Dini dan Jojie. Norman berdehem dan kedua gadis itu menoleh, mereka agak terpana dengan kehadiran Reza dan Norman. Kedua gadis itu berpandangan.

“Cik Jojie boleh saya jumpa dengan cik? Ada hal?” suara Norman, dia dapat lihat wajah Jojie merona manakala wajah Dini macam nak menangis. Giliran Reza pula berdehem.

“Cik Dini kalau saya cakap sikit, cik jangan marah?”

Kedua gadis itu kelihatan terkebil-kebil, mereka tidak faham dengan apa yang berlaku. Dini dan Jojie berpandangan dan memandang kedua jejaka dihadapan mereka. Norman pandang Reza.

“Baik kita terus terang sahaja, Reza. Kasihan mereka ni tertanya-tanya,” suara Norman. Reza mengangguk setuju. Norman berdehem.

“Cik Dini, sebenarnya Reza sukakan awak dan saya sukakan awak, Cik Jojie!”

Jojie dan Dini bangun dan berpandangan. Jojie segera menarik tangan Dini dan beredar agak jauh dari mereka. Kedua jejaka itu terkejut namun membiarkan mereka.

“Dini, apa dah jadi ni?”

“Iyalah, lain yang kita minat. Lain pula jadinya,” balas Dini. Mereka berpaling.

“Nampaknya Jojie, boyfrend kita dah tertukar ni.”

“Takdir kot?”

Dini mengangguk dan mereka menghampiri kedua jejaka itu dan mengangguk. Reza dan Norman tersenyum gembira dan mereka duduk bersama kedua gadis itu tanpa mengetahui yang kedua gadis itu suka dengan orang yang berlainan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.