Home Novelet Keluarga Bayangan Kemboja
Bayangan Kemboja
PurpleAdnan
29/9/2014 00:00:47
11,869
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
8

Hanisha melangkah masuk, dilihat babanya sedang membaca akhbar. Hairan, selalunya waktu begini babanya tentu keluar. Dia mengeluh dan berlalu ke dapur. Uminya sedang mengupas kulit bawang manakala orang gajinya sedang mencuci sayuran dan ikan. Hanisha mengelap peluhnya, hari ini nampaknya lauk untuk makan tengahari disediakan lebih awal dari biasa.

“Ada special occasion ke umi?”

“Tak, kenapa tanya macam tu?”

“Lauk masak awal ni?”

Uminya tersenyum.

“Baba kau suruh masak awal, umi ikut je.”

Hanisha mengangguk dan mencebikkan bibir.

“Nisha naik atas dulu. Nak mandi, lepas ni Nisha tolong umi ye!”

Wanita itu mengangguk. Hanisha melangkah meniti tangga menuju ke biliknya. Dia melihat telefon bimbitnya, ada 3 miss call dan 2 mesej. Dia berdecit dan memadam miss call itu. Dia membuka mesej yang diterima, salah satu mesej itu dari Suria dan satu lagi dari seorang bernama Fendi.

Hai ini Fendi, lama tak jumpa. Masih ingat dengan nama ni? Rindu, nak jumpa kalau boleh. Call kalau sudi, okay? – Firdaus Affendi.

“Fendi mesej aku? Macamana dia dapat nombor handphone aku ni?” tanya suara hatinya. Dia mengeluh, dia tidak membalas mesej itu cuma menyimpan nombor lelaki itu. Dia beredar ke kamar mandi dengan tualanya. Segar selepas membersihkan diri. Hanisha terkenangkan SMS dari Firdaus Affendi. Ingatannya mengimbau zaman sekolahnya kalau tak silapnya dia berkenalan dengan lelaki itu ketika dia di tingkatan 4. Dia berdecit, malas dia nak memikirkan tentang lelaki curang yang tidak tahu membuat keputusan. Dia bukannya baju atau anak kucing yang boleh ditolak kemudian diambil kemudian. Dia mencapai cordless phonenya.

“Hello, Tahirah? Aku tahu, aku dah lama tak call kau. Malu sebab kau dah jadi orang korpart. Bila nak belanja aku makan? Nak juga aku merasa duit kau?” suaranya

“Aku nak belanja kau la ni. Kau boleh keluar ke atau masih diikat?”

“Perlilah tu. Boleh.”

“Kau datang rumah aku, petang nanti lepas tu kita pergilah ke mana-mana je.”

“Aku jemput kau jam 3 nanti ye, bawa banyak sikit duit. Aku nak bagi kau pokai!”

Kedengaran suara tawa di dalam talian, Hanisha tersenyum.

Hanisha sedikit cuak namun dia buat tidak tahu saja dan menghampiri uminya. Si umi sedikit cemas, risau pula kalau suaminya menengking.

“Nisha nak keluar. Jumpa Tahirah, dia nak belanja Nisha makan. Nisha pergi dulu, umi.” Dia menyalami uminya kemudian dia turut bersalam dengan babanya. Lelaki itu tidak berkata apa-apa, namun dari raut wajah babanya tidak suka dia keluar petang itu.

“Cepat balik, sayang,” suara si umi.

Hanisha mengeluh dan mengangguk.

Iskandar meletakkan lauk yang sudah dimasak di dalam periuk. Ikan yang dilumur dengan kunyit dan garam segera di masukkan ke dalam kuali.

“Aduh! Apa yang kau masak ni, Is?” suara Shahid.

“Alah, sambal tumis udang dan gulai asam pedas je. Ni baru nak goreng ikan.”

“Aku rasa macam ada orang rumah je. Iyalah tiap hari minggu mesti kau masak. Bertuah...aku!”

“Woi! Perlilah tu!”

“Jangan marah... tapi kau masak memang sedaplah Is.”

Iskandar ketawa kecil, dia meletakkan lauk di atas meja. Shahid meletakkan nasi di dalam pinggan dan mangkuk tambah.

“Mujur kau masak hujung minggu je, kalau hari-hari gemuk aku,” suara Shahid.

“Hujung minggu ajalah yang dapat, hari lain aku tak ada masa.”

Shahid tersenyum.

“Tapi kau memang pandai masak, bertuah orang rumah kau nanti. Dari dulu aku nak tahu, mana kau belajar memasak ni?” suara Shahid, dia mengambil pinggan yang kotor dan diletakkan di dalam sinki.

“Masa aku di Serenti dulu, aku belajar masak. Lagipun sebelum tu, aku selalu tolong umi aku masak.”

Shahid mengangguk.

Previous: 7
Next: 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.