Home Novelet Keluarga Bayangan Kemboja
Bayangan Kemboja
PurpleAdnan
29/9/2014 00:00:47
11,862
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
10

Iskandar menuruni tangga untuk ke arah keretanya, di suatu sudut dapat dilihat skuter milik teman serumahnya masih di tempat letak kenderaan. Diperhatikan jam, dua minit lagi jam 3 petang. Hari ni dia rasa kurang selesa, badannya terasa begitu sengal. Mungkin kerana latihan di gym semalam. Maklumlah setelah sekian lama, baru semalam dia mula kembali latihan di gym semula. Di lorong pejalan kaki dia terpandang seseorang, serasanya dia kenal akan orang itu tetapi lupa pula di mana? Orang itu menoleh, Iskandar melambai. Orang itu hanya membalas dengan senyuman dan berlalu. Iskandar senyum dan menekan alarm kereta. Dia seperti teringat akan sesuatu dan menoleh untuk melihat orang itu namun tiada kelibatnya. Iskandar tersenyum dan menggelengkan kepala.

“Dia belajar di sini agaknya?” suaranya, sendirian.

Enjin Satria GTi itu dihidupkan dan dia meluncur dijalanan, laju. Dia terpandang Hanisha yang sedang berjalan kaki bersama dua rakannya.

“Hai, Suria... Alice? Nisha, nak abang hantar ke?”

“Hai, En. Iskandar?” suara Alice, sedikit manja.

“Tak payahlah. Nisha nak ke PKNS kejap. Thanks, lagipun...”

Iskandar mengeluh, dia faham.

“Okay, jumpa esok. Alice, Suria saya pergi dulu.”

Iskandar menutup kembali cermin keretanya.

Alice mengeluh panjang, tangannya masih melambai kearah kereta Iskandar yang sudah pun menjauh.

“Dahlah, dah jauh kereta abang aku tu! Dia dah tak nampak kau dah!” suara Hanisha dan mencuit pinggang temannya itu.

“Aduh! Cair aku tengok abang kau, Nisha. Handsomenya, kalau jadi boyfriend aku... Ugh!”

“Please Alice, aku tak nak jadi ipar kau... Ish!!! No... no!” suara Hanisha.

“Salahkah aku jadi kakak ipar kau?”

“Ish! Geli aku..!”

Alice mencubit lengan temannya dan mereka bertiga ketawa.

Iskandar membuat sedikit regangan. Hari ni dia agak awal bangun, dia mengenakan seluar bermuda. Dia mahu mencuci keretanya, sudah lebih 2 bulan dia tidak mencuci keretanya. Lagipun ianya baik untuk badan, sebagai senaman.

“Awal giler kau, Is,” Shahid bersuara, dia menguap. Tangannya menggaru tubuhnya yang tak berbaju.

“Entahlah, terjaga awal pula hari ni. Saja nak cuci kereta. Siap, lepas aku cuci kereta kita makan kedai Makcik Temah. Aku teringin makan mee goreng dia,” suara Iskandar.

“Teringin makan mee atau teringin tengok anak dia.”

Iskandar senyum dan menyembur air ke permukaan keretanya. Sebenar tekaan Shahid memang benar, sebenarnya dia nak tengok wajah gadis itu. Entah, mungkin ini yang dikatakan terpikat dengan pandangan pertama.

Mereka melangkah keluar dari perut kereta dan melangkah menuju ke warung itu, seperti biasa tak ramai orang di warung itu. Shahid merenung jamnya.

“Kejap lagi kita akan tengok rupa orang angau!”

“Siapa?” tanya Iskandar.

“Kaulah! Buat-buat tanya pula!” suara Shahid.

Gadis bernama Shafiah muncul.

“Hai, Shafiah. Lawa hari ni? Tak sekolah ke?” Shahid mengusik.

“Sibuklah abang Shahid ni. Hari ni Ahad, siapa nak sekolah hari Ahad? Kalau di Kedah, iya la,” suara gadis itu. Iskandar ketawa kerana gadis itu dapat mengena temannya.

“Kakak mana?” Shahid tak putus asa.

“Kakak???

“Ada kat rumah, kejap lagi dia datang. Tu pun kereta dia! Abang Is, nak makan apa?”

“Mee goreng dengan teh O suam.”

Shafiah berlalu.

“Shafiah, abang nak nasi lemak dan air kopi O tau!” laung Shahid.

Mereka menoleh ke arah kereta Kelisa yang berhenti di sebelah warung itu, seorang gadis melangkah keluar dari perut kereta. Rambutnya yang mencecah pinggang mengikut segala geraknya. Dia memandang mereka yang duduk di warung ibunya. Dia tersenyum dan mendapat balasan dari mereka berdua. Shafiah muncul dengan pesanan mereka.

“Shafiah, panggil kakak kejap. Abang Shahid dan Abang Is nak tanya sikit?”

Iskandar menyinggung lengan temannya, dia terkejut dengan tindakan temannya itu. Shahid membuat isyarat mata.

“Nak goda kakak ke?”

“Tak, abang Is nak tanya sesuatu.”

Shafiah memandang Iskandar dan mengangguk, dia berlalu. Kemudian, Shafiah muncul dengan kakaknya.

“Iya, apa yang boleh saya bantu saudara berdua?” suara gadis itu selepas Shafiah berlalu meninggalkan mereka bertiga.

“Sebenarnya... Is, kau cakaplah. Tadi beriya sangat!”

Iskandar terkedu dia tak tahu apa yang harus nak ditanya.

“Sebelum saya bertanya, boleh saya tahu nama awak?”

Gadis itu tersenyum.

“Saya Rafidah,” ujarnya.

Iskandar mengangguk.

“Hari tu masa kita bertembung, apa yang awak buat disitu?”

Rafidah seperti memikirkan sesuatu dan dia mengangguk.

“Saya mula berkerja. Tak sangka kita berjumpa di tempat letak kereta.”

“Jadi, korang berdua ni dah berkenal mesra? Kenapa tak ajak aku?”

Iskandar memandang temannya. Gadis bernama Rafidah tersenyum dan meminta diri untuk berlalu. Iskandar menyiku temannya.

“Kau nilah Shahid. Ada ke cakap macam tu?”

“Ha! Aku dah cakap...”

Shahid tidak menghabiskan ayatnya dan menjamah makanan di depannya.

“Apa??? Apa yang kau cakap???” tanya Iskandar.

“Angau dah tiba. Tak sangka kau ni... dalam diam yek!” sindir Shahid.

“Aku mana ada apa-apa? Kau yang panggil dia tadi kan?”

Shahid merengus. Iskandar memandang gadis itu namun gadis itu tidak menunjukkan sebarang reaksi. Iskandar menarik nafas panjang dan dilepaskannya segera, mee goreng dijamahnya. Hatinya ketawa kecil, dia terperasan rupanya.

Previous: 9
Next: 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.