Home Novelet Keluarga Bayangan Kemboja
Bayangan Kemboja
PurpleAdnan
29/9/2014 00:00:47
11,872
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
3

Iskandar baru sahaja selesai memeriksa kertas ujian pelajarnya. Dia berhenti dan mengeliat, pintu pejabat di ketuk nyaring dan tanpa disuruh orang disebelah luar terus meluru masuk. Iskandar sedikit kaget.

“Ada apa yang boleh saya bantu Encik?”

Iskandar memandang kedua lelaki yang melangkah masuk ke dalam biliknya. Wajah mereka sedikit bengis.

“Sudah aku beri amaran pada kau, kenapa kau tak faham lagi. Belajar saja tinggi sampai universiti tapi otak masih lagi otak udang. Ingat, jangan ganggu Hanisha,”

“Boleh saya tahu apa hak awak memberi amaran itu pada saya? Awak ayahnya? Abangnya?” wajah Iskandar selamba ketika itu. Dia seperti tidak takut akan ugutan yang diterima dari kedua lelaki itu. Dia bangun dari kerusi itu, dia merenung tepat ke wajah salah seorang dari lelaki itu.

“Apa hubungan kami dengan anak Tan Sri Badri Amri tidak penting. Apa yang kami tahu, Tan Sri Badri Amri tidak mahu kau rapat dengan anak perempuannya. Mengerti!!!”

“Selagi hak itu tak ada dengan kamu, saya tak takut dengan ugutan kamu berdua. Baik kamu pergi,”

“Jangan nak berlagak disini, kami pun tak takut dengan kau! Ingat, amaran sudah diberi. Jangan nanti menyesal,”

Kedua lelaki itu berlalu pergi dan menghempas kuat pintu bilik Iskandar. Iskandar menghentak mejanya. Tak sangka Tan Sri Badri Amri sanggup menggupah kaki pukul untuk memberi amaran padanya. Dia duduk di kerusinya dan kembali tenang. Dia benar-benar terganggu. Pintu bilik diketuk lagi, dia menyuruh orang diluar pintu melangkah masuk.

“Is, apa yang kecoh sangat?”

“Orang Tan Sri Badri Amri datang dan beri amaran pada aku supaya jauhkan diri dari Hanisha,”

“Aku takut mereka apa-apa kan kau, Is. Bukan kau tak tahu sekarang ni, zaman orang bunuh membunuh dah tak ada belas kasihan.”

“Takkanlah Tan Sri Badri Amri nak cemarkan nama baiknya dengan membunuh aku. Tak mungkin... dia takkan sebodoh itu, Shahid.”

Shahid menjungkitkan bahunya dan mengeluh. Iskandar bingkas bangun, dia mendekati temannya.

“Jom kita keluar, aku tak ada kelas. Aku nak kau belanja aku minum,” suara Iskandar.

“Aku pula yang belanja kau? Okaylah. Aku hairan...”

“Dahlah, apa yang nak dihairankan.”

Hanisha mengeluh, dia tak sangka baba akan mengupah orang untuk memberi amaran kepada Iskandar. Kenapalah hubungan dia dan Iskandar begini? Takkanlah kerana kejadian silam, baba membencinya. Apalah sangat dosa lelaki itu, tambahan dia sudah bertaubat dan berubah baik 100%. Hanisha mengeluh. Kedengaran bunyi enjin kereta, Hanisha menuruni anak tangga. Tan Sri Badri Amri duduk di sofa Itali dan memasang api paipnya. Bau tembakau semerbak seluruh rumah. Setahunya, baba akan memasang paip jika dia marah. Kenapa agaknya?

“Baba???”

Tan Sri Badri Amri memandang anak perempuannya. Hanisha telan air liur dan dia memaksa diri untuk duduk berdepan dengan lelaki itu.

“Baba, kenapa baba marah sangat dengan dia?”

“Dia? Oh! Dia... Kenapa? Kau masih berhubungan dengan lelaki bedebah itu!”

Hanisha diam, dia tidak tahu apa jawapan bagi soalan itu.

“Tak baik baba cakap macam tu. Dia dah berubah. Dia bukan lagi penagih. Sekarang dia dah jadi tutor,”

“Sekali, baba bencikan seseorang, selamanya baba akan membencinya. Kalau kau buat perkara yang sama, baba juga akan benci kau.”

“Baba, sampai hati baba,”

“Ingat Nisha kalau kau engkar amaran baba. Tahulah kau nanti, jangan sekali-kali cuba uji kesabaran baba. Ingat!!!”

Hanisha berlalu ke arah dapur, dia mendapatkan uminya. Segera dipeluk wanita itu.

“Kan, umi dah kata. Jangan sekali-kali bantah cakap baba.”

“Umi tak nak jumpa dia,”

Wanita itu cuma mengeluh. Mereka duduk di dapur, orang gajinya menuangkan air limau ke dalam gelas dan menghidang kepada mereka.

“Ingat kata-katanya, Nisha. Janganlah membantah,” ujar uminya. Hanisha memandang ke arah lain dan mengeluh.

Hanisha melangkah pelahan-lahan menuju keluar dari bilik komputer. Dia terkenang apa yang baba katakan semalam. Seseorang menepuk bahunya, dia segera menoleh.

“Suria, Alice...terkejut oranglah.”

“Monyok muka kenapa?”

“Baba aku...dia tak berapa suka aku rapat...”

“En. Iskandar? Mungkin sebab En. Iskandar tak kaya?” pintas Suria. Hanisha menrengus.

“Bukan...”

“Kerjaya dia tak bagus?” Alice menambah.

Hanisha menggelengkan kepalanya. Alice menjungkitkan bahu.

“Aku pun tak tahu. Itu baru aku nak berkawan, kalau aku nak berkahwin... Entah aku tak terfikir lagi,”

“Nisha, kau dengan En. Iskandar macamana? Sejauh mana hubungan kamu berdua.”

“Dia abang aku la...”

Suria dan Alice ketawa. Hanisha merengus.

“Tak percaya sudahlah.”

Mereka berhenti ketawa bila terpandang wajah Iskandar, lelaki itu memanggil nama Hanisha.

“Tu! Balak kau dah panggil. Kami blah dulu yer!!!” Mereka berdua ketawa dan beredar. Iskandar menghampirinya. Dia dapat lihat kemuraman wajah Hanisha.

“Baba marah, kan?”

Hanisha mengangguk

“Nisha tak faham kenapa dia mesti mengamuk. Kitakan...” Hanisha berhenti bersuara bila ada yang melaung nama Iskandar. Suara Shahid kedengaran, mereka menoleh dan terpandang Shahid sedang berlari mendapatkan mereka.

“You’re in trouble, my friend?” ujar Shahid, dia masih termengah-mengah. Iskandar mengerutkan dahi.

“Trouble???”

Shahid mengangguk dan melepaskan lelahnya.

“Hanisha!!!!”

Mereka terkejut dengan laungan itu. Hanisha menoleh, dia telan air liur dan segera berdiri di hadapan Iskandar.

“Baba???”

Tan Sri Badri Amri berjalan mendekati mereka, beberapa orang lelaki ada dibelakang lelaki itu. Nafas Hanisha sedikit kencang. Dia masih berdepan dengan lelaki itu. Tan Sri Badri Amri terus mendekati anak perempuannya dan menolaknya ke tepi. Lantas, lelaki itu menampar Iskandar. Wajahnya terpancar jutaan kemarahan dan juga kebencian. Kemudian dia menarik tangan Hanisha.

“Baba!!!”

“Shut up! Jangan kau panggil aku baba.”

“Please, baba!” suara Iskandar.

Hanisha meronta minta dilepaskan. Beberapa pelajar sudah mengelilingi. Hanisha dapat melihat Suria dan Alice turut sama disitu.

“Baba, please...! Apa salah Iskandar, dia tetap abang Nisha. Please baba, sejauhmana baba buang dia pun hakikatnya takkan berubah!”

“Abang...orang macam dia tak layak jadi abang kau. Aku tak ada anak lelaki bernama Iskandar. Dia dah lama mati sebaik sahaja dia menyentuh benda haram tu!”

“Baba!! Setahu saya seorang ayah tidak patut berkata begitu. Sepatutnya baba sokong saya dan halang saya dari terus terjerumus. Mujur saya tidak terlalu jauh terlajak. Saya insaf kerana bagi saya kekeluargaan lebih penting. Tapi tak sangka, baba membenci saya sehingga memulaukan saya.”

“Perbuatan kau yang menyebabkan kau dipulau, Iskandar!”

“Baba, berat sangatkah kesalahan saya. Salahkah saya mahu kembali ke pangkuan keluarga? Lagipun, Hanisha satu-satunya adik saya, baba?”

“No...dia takkan jadi adik kau! Kau anak sial...pembawa sial. Sudah!!!”

Hanisha terus ditarik oleh lelaki itu. Iskandar memandang sekeliling dan ke wajah Shahid. Dia mengeluh. Shahid menepuk bahu lelaki itu dan berlalu pergi.

Previous: 2
Next: 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.