Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,561
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
29

Bukan salahmu

Bukan aku tak mahu

Membuka pintu hati ini

Tapi ku perlu pulihkan semangat ku

Untuk bercnta kali kedua[1]

Lelaki itu mendengar saja lagu dari CD penyanyi kacukan itu. Bunyi bip ditelefon bimbitnya menyedarkannya. Dicapai telefon itu, ada 1 mesej baru. Ditekan rupanya hanya pesanan dari peti suara. Ditekannya nombor pin untuk mendengar pesanan suara itu. Dia terkejut mendengar suara Karina di dalam talian. Dia cuma mendengar dan kemudian memadam pesanan itu.

Pintu biliknya diketuk, dia bangun dari kerusi komputernya dan membuka pintu. Adik bongsunya muncul.

“Ada apa Alid?”

Zahirul Walid melangkah masuk ke dalam bilik abangnya tanpa dijemput.

“Abang nak tanya sikit, betul ke kalau Alid dah 25 tahun Alid kena kerja dengan company kita?”

Dia mengangguk dengan pertanyaan adik bongsunya itu. Dia mengangkat kening tanda tanya.

“Tapi Alid tak suka nak kerja di company kita. Alid nak buka bisnes sendiri. Bisnes yang melibatkan muzik,” suara Zahirul Walid.

“Muzik? Jadi, Alid nak buka kelas muzik?”

Adik bongsunya mengangguk. Dia berfikir sejenak.

“Tapi, kan Alid belajar automotif engineering? Macamana boleh ke bidang muzik ni? Tapi, abang rasa Alid banyak masa nak fikir benda ni. Apa yang abang tahu, itu wasiat ayah. Ayah nak semua anaknya kerja di Lambayung Sutera Sdn Bhd ni, walau apapun kelayakkan anak-anaknya.”

“Tapi...”

“Wasiat ayah, Alid. Fikir dulu lepas tu buat keputusan. Lagipun ada 6 tahun lagi. Abang harap Alid bertenang dan fikir betul-betul. Jangan buat keputusan terburu-buru, dik.”

Zahirul Walid menggaru kepalanya dan mengeluh. Dia berlalu keluar, Zahirul Hafiz ketawa kecil sambil menggelengkan kepala. Cuaca agak panas hari ini, kipas pun seperti tak memberi erti, dia membuka pintu balkoni. Angin malam tak bertiup, baru dia ingat sudah 3 hari tak hujan. Tapi cuaca mendung petang tadi, dia mengeluh. Dia menarik nafas panjang dan memandang kejauhan.

Di sebalik kata ada rahsia

Disebalik senyum ada makna

Kanku bisikkan padamu

Suatu hari bila perlu

Saat pasti kau jadi milikku[2]

Dia tersenyum sendirian, malam esok dia akan ke rumah Karina. Kehadirannya hanya memenuhi jemputan orang, dah dijemput harus pergi nanti apa pula kata orang yang menjemputnya.

Berlalu lah masa tak sanggup ku menanti

Gelora dijiwa

Tak siapa mengerti

Siksanya menanggung rindu...

Sukarnya memendam rasa kekasih...[3]

Syidah mengerutkan dahinya melihat gelagat Karina. Dia menghampiri gadis itu. Karina terkejut dan cepat-cepat disembunyikan air mata yang menitis.

“Menangis sendiri? Irul buat hal?”

Karina mengesat air mata yang masih mengalir, dia memandang wajah kakak iparnya. Dia tunduk. Syidah mendongakkan wajah adik iparnya.

“Kenapa, Nadiha dah kembali? Dia yang buat kau macam ni?”

Dia tak sangka Syidah akan menyebut nama wanita itu, lantas dipeluk wanita itu.

Dengarlah kataku tiada berubah

Biarpun bertahun kembara

Usah dipercaya

Usah diperdaya

Dengarlah kataku sekali[4]

“Dulu kakak dah katakan terus terang dengan Irul?”

“Mungkinkah dia mahu mendengarnya?”

“Dah cuba?”

Karina menggelengkan kepala dan tunduk. Air matanya masih mengalir.

“Cuba dulu, okay. Esok! Jangan lebih dari esok, jangan membantah! Kakak pasti Irul hanya ditakdirkan untuk kau, Ina!”

Dia memeluk kakak iparnya.

Kau yang dimana

Aku hauskan cinta yang lama

Jiwa merana batin tersiksa

Meronta-ronta[5]



[1]Takut – Juliana Banos

[2]Sangsi Asmara – Hetty Sarlene

[3]Sangsi Asmara – Hetty Sarlene

[4]Dengarlah Kataku Sekali - Wallpaper

[5] Indah Di Mata Tidak Di Hati - Wallpaper

Previous: 28
Next: 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.