Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,561
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
1

Kadang kala hati bimbang

Menentukan sikapku

Tiada tempat mengadu

Hanya iman di dada

Yang membuatku mampu

Lalu tabah menjalani[1]

Dia mengeluh, akhirnya dimatikan suara radio itu. Buku tulisan Lois Moi Chan di tutup, dia mengeliat dan bangun dari kerusi. Cuaca sedikit mendung, dia mengeliat lagi. Tuala dicapai dan di letakkan di atas kepala. Kain-kain baju yang sudah kering di ampaian segera dicapai. Hari ni semua kelas dibatalkan, khabarnya semua pensyarah bermesyuarat. Dia garu tuala yang memang tak gatal, apa agaknya yang dia nak buat hari ni. Takkan nak terperap di bilik, semua teman sebilik tiada. Jam sudah menunjukkan 12.30 petang, perut mulai keroncong. Dia harus bersiap sedia untuk ke ruang makan, kalau terlambat alamat laparlah jawabnya. Terpaksa turun ke Seksyen 2 atau ke Kompleks. Telefon bimbitnya berdering, segera dicapai di atas katil, tetapi panggilan itu terhenti sebaik saja dia mahu menjawab. Dia merengus kerana benci dipermainkan, segera dicapai seluar kargo yang tergantung di dalam almari. Dia mencapai pas pelajar dan berlalu.

Buku-buku segera disusun dan diikat dengan pengikat buku, dia melihat dirinya dicermin. Jam sudah menunjukkan 3 petang, dia melangkah keluar dan mengunci pintu. Dia mendaki anak tangga padanya yang hampir sama dengan tangga Batu Caves (tapi anak tangga tu tak sebanyak 99 buah), tiba di anak tangga di atas serasa seluruh nafasnya hilang. Dia kemengahan, air liur ditelan berkali-kali. Dia meneruskan langkahnya dan dia menuju ke arah perpustakaan. Dia mengeluh, dia serasa mungkin hanya dia sahaja yang menuju ke perpustakaan. Dia 100% pasti takkan ada teman-teman sekelasnya di perpustakaan, tetapi apa yang dia harap Karina ada di sana. Tetapi, Karina selalu takkan berada di perpustakaan seawal itu. Dia mengeluh sendirian, biarlah. Kalau ada, adalah rezeki untuk berdepan dengan gadis kacukan itu. Dia senyum sendiri dan terus melangkah masuk ke dalam perpustakaan itu. Dia menuju ke Sudut IT dan mengeluh, penuh sekali tempat itu dengan pelajar-pelajar lain. Dia memeriksa senarai nama sekiranya ada yang masih kosong. Dia merengus lagi, ruangan yang kosong cuma selepas jam 6 petang. Dia berfikir sejenak, lantas dia terus menulis namanya di senarai itu. Dia kemudiannya ke kaunter untuk memulangkan kembali buku-buku yang telah dipinjamnya. Kakinya melangkah ke tingkat dua, buku catatan serta buku teks di bawa di tangan kanannya. Dia menuju ke bilik muzik dan segera menuju ke arah kaunter.

“Saya nak dengar lagu?” suaranya.

“Nombor pelajar?” tanya lelaki itu. Segera dia serahkan pas pelajarnya kepada lelaki itu kemudian dia memberitahu nombor CD yang mahu didengarnya.

“Zahirul Hafiz,” ujar lelaki itu.

Dia mengangguk. Pekerja itu melangkah ke dalam bilik untuk memulakan putaran lagu. Dia melangkah dan mencapai headphone dan diletakkan ke telinga. Beberapa minit lagu-lagu yang dia minta kedengaran. Dia menarik nafas panjang dan memulakan kerja, dia harus memulakan kertas kerjanya jika tidak pasti terbantut. Sedar-sedar lagu yang dia dengar sudahpun berhenti, dia mengangkat wajahnya dan memerhati jam. Dia mengeluh, sudah jam 5. Nampaknya, agak lama juga dia disitu. Kelihatan bilik muzik pun seperti mahu tutup. Dia mengeluh, baru nak habiskan kerja-kerjanya dah kena keluar. Dia menyimpan semua buku dan dia beredar dari situ. Dia mengosok tangannya, kesejukkan di perpustakaan begitu menyiksanya. Walaupun dia memakai jaket tetapi kesejukkan itu tetap terasa. Dia rasa ada 1 lagi tempat yang sesuai untuknya duduk dan menyambung membuat kertas kerja. Dia berlalu dan menuju ke ruangan terbitan berkala, dia mencari dibahagian yang paling hujung dan paling terpencil untuk dia menyiapkan kertas kerjanya. Walkman mini yang semenangnya dia bawa di selit ke telinga. Lagu daripada stesen Muzik FM berkemundang, lagu baru nyanyian kumpulan Westlife kedengaran. Dia mengeluh dan meneruskan kerja-kerjanya. Ada beberapa minit lagi tinggal untuk dia beredar ke Sudut IT di tingkat bawah, dia merenggangkan tengkuk dan mengeliat seketika. Dia mengemas segala barang-barangnya dan bangun. Tempoh 2 minit serasanya cukup untuk dia ke Sudut IT dan mengambil tempatnya. Tak kisah lah, serasa dia lega juga kerana tidak berjumpa dengan teman-teman sekelas yang lain. Kalau tidak tentu apa yang dia nak lakukan tidak akan berjalan dengan lancar. Dia menuruni tangga, seseorang yang dia kenali menaiki tangga itu. Dia memerhati gadis itu namun ternyata gadis itu tidak mengenalinya dan mereka berselisih ditangga itu. Dia menoleh, ternyata gadis itu memang tidak mengenalinya. Dia tersenyum dan beredar pergi.



[1]Bintang Kehidupan – Yanti Aryanto/Ronnie

Next: 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.