Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,553
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
18

Kembalilah kepadaku

Selamilah jiwa ini yang terluka

Ikatan kita berdua

Sayangilah diri ini

Belailah jiwa nan sepi kelayuan

Dedaunan keguguran dahanan kerapuhan

Bunga-bunga cinta layu di pusara[1]

Masa sentiasa mencemburui manusia, ia bagai berjalan tidak mengenal rasa. Berlalu tanpa belas. Cuaca yang sedikit suram tidak diperdulikan, dia melangkah keluar dari perut kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah yang begitu lama tidak dijejakinya. Dia memandang sekeliling, tiada yang berubah. Dia tidak mahu duduk lama di situ, banyak kenangan di dalam rumah itu. Dia mengeluh, dia beredar ke biliknya. Beberapa barangan dan fail di capai juga beberapa pakaian dicapai dari dalam almari. Jam Tag Heuer diperhatikan ada beberapa jam lagi sebelum mesyuarat yang akan dia hadiri akan berlangsung. Kereta Mercedes hitam sudah menanti diluar dia melangkah masuk dan duduk dibelakang dan bersandar tenang, diselak fail-fail yang sudah dia ambil tadi. dia membetulkan kedudukan tali lehernya agar sempurna. Sebenarnya ini merupakan mesyuaratnya yang pertama. Dia tidak berminat untuk menjawat jawatan di syarikat keluarganya namun atas desakkan abangnya dia terpaksa.

“Tuan, dah sampai,” suara pemandunya.

“Okay, nanti kalau saya nak pulang atau ke mana saja saya akan telefon awak. Pastikan telefon tu dipasang.”

Pemandunya mengangguk, dia tersenyum dan melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. Dia bertemu abang dan wakil syarikatnya serta beberapa orang pelabur asing di tingkat yang sepatutnya kemudian beberapa wakil syarikat tersebut muncul untuk menjemput mereka. Mereka di bawa ke lounge untuk menunggu sebelum mesyuarat bermula. Dia mencapai majalah di rak yang ada dan dia memilih settee yang berdekatan dengan pintu.

Gadis itu mengacau minuman yang sudah dibancuh. Dia melangkah keluar dari pantri dan menuju ke biliknya. Dia lihat keadaan sedikit kecoh, baru dia teringat hari ini ada mesyuarat dengan beberapa pelabur asing dan salah satu syarikat terkenal di Kuala Lumpur. Dia mengeluh, dia harus lalu dihadapan lounge. Dia tiada pilihan kerana biliknya bersebelahan lounge tersebut. Gadis itu melintas dihadapan pintu bilik yang kebetulan terbuka. Dia tersedar sesuatu dan berpatah balik, dia dapat lihat seorang lelaki yang duduk di settee berdekatan pintu. Dia terkejut, lelaki itu turut mendongak dan mereka berpandangan. Gadis itu segera berlalu dan kembali ke biliknya. Dikerutkan dahi seperti memikirkan sesuatu.

“Tak mungkin?” suara hatinya berdetak.

Telefon berdering, dia berlalu dan mengangkat gaggang tersebut dan perbualan berterusan. Pintu bilik turut terkuak, seorang gadis muncul dan menghantar beberapa fail ring untuk ditatapnya. Mesyuarat sedang berlangsung apabila dia lihat beberapa orang yang mempunyai kepentingan sudah pun melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Dia melangkah untuk melihat wajah yang di pandang tadi.

“Kenapa cik tak masuk mesyuarat?”

Gadis itu menoleh, dia senyum dan menggelengkan kepala.

“Saya pembantu bos mana boleh mesyuarat sekali. Cerita dalam akhbar semalam tu jangan lupa hantar pada saya. Bos suruh siasatlah,” suara gadis itu.

“Bukankah saya dah hantar?”

“Sekali dalam ring fail tadi ke? Sorry, tak tengok pun.”

Kemudian dia beredar dan kembalik ke biliknya. Dicapai ring fail yang diterima tadi dan dia harus memulakan kerjanya.

Dia duduk di ruang tamu, kerja-kerja pejabat yang masih berbaki harus diselesaikan. Dia buka laptop dan menaip sesuatu yang diperlukan untuk kerja-kerjanya. Digosok tengkuknya yang sedikit sengal, dikeletihan namun dia perlu selesaikan.

“Kalau tak larat rehat. Angah tak suruh adik kerja non stop,” suara abangnya di laman rumah.

“Angah ni. Kerja tak elok bertangguh, nanti kena marah dengan bos.”

“Alah... ini ada tokoh untuk dapat anugerah ni!” satu suara pula menyapa. Gadis itu menoleh.

“Papa ni, perli je tau.”

“Tak, papa bangga. Walaupun syarikat itu milik kamu sendiri tetapi tanggungjawab sebegini yang amat diperlukan untuk menaikkan nama syarikat itu.”

“Mestilah, papa. Kita nak buat sesuatu yang dibanggakan dan mahu menyenaraikan nama di BSKL. Betul tak angah?”

“Along setuju,” suara Hazim yang baru saja turun dari tingkat atas.

“Ina dah check. Tuduhan kita tak bertanggungjawab dalam akhbar semalam tu, cuma unsur fitnah yang nak jatuhkan nama baik kita.”

“Yeah, angah dah agak dah. So... esok, boleh kita buat PC?”

“Esok belah petang. Sebab buktinya belum tertulis hitam putih lagi.”

Hazim dan Hanafi mengangguk. Seorang perempuan tua dari usia Karina turun, dia memakai baju mengandung.

“Kakak, janganlah turun naik selalu. Bahaya la!”

Hazim menoleh ke arah isterinya yang sudah mengandung 5 bulan. Dia memapah isterinya untuk ke ruang tamu.

“Rungsing terperap di bilik.”

Karina tersenyum dan memandang abang sulungnya.

“Along ni pun,asyik kurung kakak di bilik je. Bawalah berjalan ke, makan angin ke?”

Hazim merengus.

“Tak apalah Ina, asalkan dia ingat nak temankan kakak cukuplah.”

“Amboi, kakak bela along sangat. Nanti dia...”

Hazim mencampakkan bantal ke arah adiknya dan tepat mengenai mukanya. Mereka semua ketawa kerana melihat Karina marah. Dia berlalu ke dapur, diikuti oleh isteri Hazim.

“Kak Syidah, nampaknya kakak bahagia kahwin dengan abang Ina?” suara Karina dan mengadap kakak ipar yang juga kawannya.

“Memang bahagia, kakak tak sangka. Pelik tapi ini hakikatnya. Ina kawan kakak dan juga ipar... Hmm...”

Mereka berdua ketawa.

“Tak lama lagi, Ina ada anak saudara.”

“Ina pula bagaimana? Masih ingatkan Irul?”

Karina terdiam, dia tak tahu apa yang ingin dikatakan. Dia terkenangkan lelaki yang ditemui semalam. Betulkah lelaki itu Irul?

“Mengelamun?”

Karina menggelengkan kepalanya, digigit bibirnya.

“Rustam dan Justin tu macamana? Mereka nampak baik dan rasanya mereka sukakan Ina?”

“Rustam? Dia kawan pejabat saja, dia pernah cakap dia nak kahwin ikut pilihan keluarga. Justin pula dia tak minat nak convert kepada agama lain,” jelas Karina. Kakak iparnya hanya memandang.

“Farid atau Mansoor?”

“Mansoor, eh! tak naklah. Kasanova tahap melampau tu! Farid... dia kaki minum.”

“Farid kaki minum. Jangan nak tipu?”

“Betul, dia satu geng dengan Chris dan JJ.”

“Muka baik. Sopan tapi kaki minum. Hmm..”

“Kalau dengan Saiful?” tanya Syidah lagi.

“Saiful? Dia... Entah? Ina, tak kenal dia sangat. Jumpa pun baru 3 kali?”

“Hah! Maknanya Ina kena kenal dengan dia. Mari kakak tolong telefon dia?” Syidah bersuara dan mencapai cordless phone di sisi dapur.

“Eh! Jangan... jangan buat pasal, kak..!”

“Apa pula? Kan elok...”

“Ina dah jumpa Irul,” pintas Karina.

Syidah terkejut, mereka duduk dikerusi dapur. Syidah membetulkan duduknya agar lebih selesa. Dia memandang Karina yang tunduk, adik iparnya gelisah dan kelihatan serba salah untuk menceritakan hal sebenar kepadanya.

“Dia???”

Karina menghela nafas, dibasahi bibirnya. Dia tunduk lagi. Syidah sabar menanti apa yang ingin gadis dihadapannya bersuara. Dia tahu setelah sekian lama, nama Irul disebut kembali.

“Dia ada di office tadi. Tadi kami tak bercakap, kami pandang dari jauh je. Tapi dia memang Irul?”

“Reaksi wajahnya macamana?”

“Macam terkejut.”

Syidah menghela nafas. Hazim muncul untuk minum air.

“Macam best je bersembang? Tentang apa?”

“Boyfriend Ina?”

“Siapa? Irul?”

Karina memandang wajah abang sulungnya. Dia terkejut bila abangnya turut sebut nama lelaki itu.

“Eh! Abang pun tahu fasal Irul?” tanya Syidah kepada suaminya.

“Entahlah, tiba-tiba saja sebut nama tu. Setahu abang nama tu dulu tak pernah lekang dari mulut dia, terutama masa di universiti. Tak tahu pula sekarang? Entah...”

“Okay, tak payah cerita dengan lanjut lagi along.”

“Huh! Dah marah...”

Karina mencebik, Hazim berlalu.

“Ina tak tahu. Kalau jumpa lagi...”

“Kalau jumpa lagi. Pandai-pandailah ye! Bawa-bawalah bertegur sapa!”

Karina mencebikkan wajah.



[1] Bunga-Bunga Cinta – Misha Omar

Previous: 17
Next: 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.