Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,539
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
13

Tan Sri Hakim Amirul yang sedang membaca akhbar New Straits Times memandang anak gadis melangkah masuk. Dilihat wajah anaknya itu begitu muram, dia berdehem. Namun, Karina tidak respon dengan dehemannya.

“Ina???”

Karina bagaikan tersedar dari mimpi, dia menoleh.

“Papa? Terkejut Ina.”

Tan Sri Hakim Amirul mengangguk.

“Bergaduh dengan boyfriend?”

“Taklah. Papa ni jangan usik Ina.”

“Muka macam ni selalunya orang bertengkar dengan buah hati.”

“Papa!”

Karina memuncungkan bibirnya, dia menghela nafas. Telefon bimbitnya berbunyi, dia segera mencapainya.

“Hello... malam ni. Okay. Tak apalah biar Ina jemput. Okaylah...”

dia berlalu.

“Buah hati dah telefon ke?”

“Taklah. Papa, Ina tak makan malam sama tau!”

Tan Sri Hakim Amirul menggelengkan kepala. Dia cuma melihat anak bongsunya berlari anak ke biliknya. Alangkah baik jika isterinya masih ada? Ina dah pun dewasa, tak lama lagi pasti anak gadisnya akan dipinang orang. Bunyi kenderaan kedengaran memasuki kawasan rumah. Dia pasti kedua anak lelakinya sudah pulang. Dia memerhati jam, anak lelakinya agak awal pulang hari ni.

“Assalamualaikum, papa.”

“Walaikumsalam. Awal balik hari ni?”

“Tak ada masalah. Jadi Boy dan Ben balik makan malam dengan lebih awal. Ina dah balik, ‘pa?”

“Ada. Tapi rasanya dia nak keluar balik. Berseri saja muka dia bila terima panggilan telefon,” suara Tan Sri Hakim Amirul.

“Patutlah kereta dia ada. Hmm...melampau ni, asyik keluar malam. Dia tak study ke?” suara Ben.

“Along dan Angah jangan risaulah. Ina takkan lalai dalam pelajaran. Ina tahu tanggungjawab Ina.”

Karina turun dari tingkat atas. Dia memakai baju blaus labuh dan jeans putih. Kedua abang-abangnya ketawa kecil. Karina mendekati papanya.

“Along dan Angah pun keluar juga enjoy, dik oi. Tapi taklah tiap-tiap malam,” suara Ben lagi. Karina menjeling.

“Cara Along dan Angah enjoy lain dari Ina, tambahan along dan angah ni takut perempuan. Tah apa-apa tah!”

“Jangan nak mengata, bila masa kami takut perempuan!” suara Boy.

“Jangan bergaduh. Pening papa bila kamu bertiga ada dirumah. Kamu pun satu Ben. Mengusik Ina je. Papa percayakan dia, walaupun dia kuat enjoy tapi pelajarannya semua dapat A.”

“Pakai bomoh agaknya!”

“Angah ni, ada ke pakai bomoh tak sesuai langsung!” suara Karina merajuk. Boy mencuit hidung adiknya.

“Merajuk konon...!”

“Papa!”

Tan Sri Hakim Amirul berdehem, kedua abang-abangnya ketawa.

“Malas nak cakap dengan along dan angah. Okay papa, nanti Irul...ops!”

“Ooo...Irul nama buah hati adik. Hmmm...” suara Boy memintas.

“Mana ada... taklah..! Okay, papa Ina keluar dulu.”

“Ingat jangan balik lewat.”

“Bye!”

Night Circle di seksyen 9 agak ramai orang. Dia terus melangkah masuk bila terpandang kelibat Karina didalam cafe itu.

“Maaf lambat,” suaranya. Gadis itu menggelengkan kepala.

“Awak okay ke? Dah tak muram dah?”

Dia mengerutkan dahi dan menggelengkan kepala. Dia berdehem dan membetulkan duduknya. Dia bingkas bangun dan memesan makanan untuk mereka berdua.

“Kenapa dengan awak siang tadi? Takut saya tengok wajah awak siang tadi. Ada masalah? Mungkin saya boleh bantu?”

“Rasanya tak. Masalah lama.”

“Teman wanita barangkali?” duga Karina, mata gadis itu ditundukkan.

Dia diam tidak tahu apa yang ingin dinyatakan. Dia memandang gadis itu, wajahnya muram. Tiada wajah ceria, dia berdehem.

“Cerita lama, Ina. Saya takut nak ceritakan pada awak.”

“Ceritalah. Mungkin rasa beban dihati akan berkurangan. Saya sudi dengar,” balas Karina.

Dia masih membisu, tidak pasti samada harus diceritakan atau tidak. Dia tidak mahu menganggu perasaan gadis itu dengan kisah silamnya. Tambahan cerita itu menceritakan halnya dengan gadis lain. Memang dia dan Karina tiada apa-apa hubungan namun dia tahu seorang perempuan akan cemburu bila mendengar nama perempuan yang lain walaupun ibu sendiri.

“Tapi..?”

“Terpulang pada awak. Kita kawan, kan. Kalau awak rasa ianya sulit, usahlah.”

Direnung wajah dan mata gadis itu.

“Saya... okay. Ia bermula 7 tahun yang lalu...”

Malam itu dia menceritakan semuanya kepada Karina, dia ceritakan dari mula perkenalannya bersama Nadiha dan Johan serta dia berpisah dengan mereka serta pertemuannya dengan Johan semalam dan Nadiha siang tadi. Direnung wajah Karina, gadis itu khusyuk mendengarnya. Dia bersandar sebaik saja selesai bercerita, mereka berdua membisu.

Siapa lagi nakku serahkan

Tentunya kepada mu Tuhanku yang Kalam

Segala duka suatu keindahan

Segala cinta satu kedamaian

Siapa lagi inginku miliki

Setelah memutih warna pelangi

Tiada kejora dilangit tinggi[1]

Kedengaran lagu berkumandang, mereka masih membisu. Karina menghabiskan ais kacangnya.

“Saya tahu saya tak patut ceritakan segalanya. Saya dah buat silap. Saya pulang dulu...” suaranya dan bingkas bangun. Karina terkejut dengan tindakkan lelaki itu. Dia cuba menahan namun tak berdaya. Lelaki itu sudah meninggalkannya. Dia mengeluh kenapa dia tidak bersuara selepas lelaki itu bercerita, dia tahu Irul inginkan balasan balik darinya. Digigitkan bibir, dia bangun dan berlalu ke kaunter untuk membayar.

“Semua dah dibayar, cik,” suara lelaki itu.

“Dah bayar? Okay...”

Dia merengus. Kenapalah dia meninggalkan gadis itu sendirian. Pasti lepas ini gadis itu tidak mahu menegurnya malah takkan memandang wajahnya. Dia mengadap cermin, wajah ini pasti takkan menarik minat gadis itu lagi. Betul juga, kenapalah dia berkawan dengan Karina. Dia tak mungkin akan mencapai standard gadis itu. Dia mengeluh, direnung wajahnya. Tiada masalah cari masalah...masalah yang dicarinya sendiri. Salahnya... Kenapa dia ringan sangat mulut bercerita tentang Nadiha? Dia tahu Karina tak suka perbandingan... bukan Karina saja, kalau dia bercerita fasal Nadiha dengan Siti, Fira ataupun Kak Lili pun mereka akan cemburu. Dahinya diletakkan di permukaan cermin. Dia merengus.

“Oit! Ini tension fashion apa ni?” suara Aziz, setelah melihat keadaannya.

“Frust kot! Makwe reject...” suara Khalid kedengaran.

“Tulah... carilah makwe taraf tinggi. Kan, merana badan,” suara Aziz.

“Irul? Udah bawa mengucap. Risau aku tengok kau macam ni, sampai melekat kat cermin tu. Udahlah oi!” suara Khalid lagi.

“Rosak budak ni!”

Dia memalingkan badannya dan memandang teman-temannya.

“Jangan diikutkan perasaan tu. Banyak lagi awek yang akan kau jumpa.”

Dia memandang wajah Suhail dan mengeluh.

“Aku ok. Aku bukan frust, tapi aku rasa bersalah kerana melukakan hati Karina.”

“Kau buat apa dengan minah tu?” tanya Suhail.

Dia mengangkat keningnya dan merengus. Dia menggelengkan kepala. Telefon bimbitnya berdering. Dia melihat nama di skrin, wajah terkejut.

“Hello???” suaranya sedikit bergetaran.

Abang Irul, Iha nak ajak abang keluar makan esok. Iha nak berbual dengan abang. Boleh, kan?” suara Nadiha di dalam talian.

“Macamana boleh...”

Iha minta pada abang Johan. Abang boleh ke tak?

Dia berfikir lama-lama. Apa maksud ajakkan gadis itu. Dia gementar.

“Tengoklah macamana?”

Janganlah macam ni. Abang Irul tak sudi ke?” suara Nadiha, merajuk sedikit.

“Tak, bukan macam tu. Agh! Hmm... esok confirm semula. Okay!”

Talian terputus. Dia menghela nafas. masalah timbul lagi.

“Masalah...masalah... Kenapa aku pula yang kena!”

Dia berlalu keluar dari bilik itu.

Tak terdaya rasanya membuat keputusan

Sekaliku menantimu satu penyiksaan

Butakah mata tulikah telinga ini

Jiwaku seolah-olah terkunci

Sukarnya ku terima kenyataan yang pedih

Sering dikhianati kekasih

Tiba akhirnya kesedaran

Hadirmu hanya bebanan

Kejahilan ini andai ku biarkan

Musnah masa depan[2]

Dia menggereng, sedikit sebanyak lagu tu ada mengena dirinya. Namun dia tidak kisah sangat. Dia bangun dan bersila dikatilnya, kenapa pula dengan dirinya ini. Apa yang terjadi? Dia bukannya bercinta, apa pula dia kena termenung. Bukan dia patah hati. Dia mengeluh dan bangun dari katil. Di tutup suis hi-finya dan turun ke ruangan rehat. Papanya sedang menonton berita jam 10 malam.

“Kenapa balik awal tadi?”

“Dah habis berbual, baliklah cepat. Kenapa? Papa tak suka Ina balik awal?”

“Mestilah suka. Anak dara tak boleh balik lewat. Macamana dia?”

“Macam tulah, rasanya. Papa nak minum, Ina boleh tolong ambilkan?”

Lelaki itu menggeleng. Karina berlalu minta diri dan menuju ke tingkat bawah.



[1]Segalannya Cinta – Jamal Abdillah

[2]Tertutup Buatmu – Wan Hardiah

Previous: 12
Next: 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.