Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,545
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
30

“Irul, cuba kau terangkan apa yang terjadi?” suara kakak iparnya pagi itu. Dia mengelap tubuhnya yang basah dek peluh. Kasut joggingnya ditanggalkan

“Maksud kakak?”

“Johan telefon tadi. Dia kata Nadiha, cari Karina? Apa yang dah berlaku?”

Tanpa lengah dia segera capai kunci keretanya dan berlalu. Nombor Johan di dail tak berjawab.

“Nadiha... Hello? Kau di mana?” dia bertanya sebaik saja Nadiha menjawab panggilannya.

Bukan hak kau untuk tahu, Irul.”

“Nadiha, jangan bertindak bodoh. Apa yang kau dapat dengan membuat perkara bodoh. Jangan sia-siakan kehidupan kau! Nadiha! Dengar ni!!!” suaranya tinggi.

Diam!!! Abang tak cintakan saya jadi saya nak bunuh diri. Daripada saya lihat hubungan abang dan perempuan bodoh tu baik saya mati.”

“Nadiha, mengucap. Jangan jadi bodoh! Apa untungnya membunuh diri... Iha!”

Tooot! Talian terputus. Didail nombor Johan.

“Johan kau kat mana?”

Aku sedang kejar Nadiha. Dia sedang memanjat bukit di Bukit Antarabangsa, aku rasa dia nak terjun dari situ.”

“Kau di mana?”

Aku nak masuk Bukit Antarabangsa. Aku risau tak sempat saja!”

Dilihat jam dengan keadaan sesak dijalanan dia pun rasa risau tidak sempat. Dia mengguna jalan lain yang juga boleh digunakan untuk ke Bukit Antarabangsa hampir sejam lebih akhirnya dia tiba. Pacuan 4 roda Johan dan kereta milik Nadiha ada di satu sudut dikaki bukit itu. Dia mendongak dan dapat lihat Nadiha yang berada diteping bukit itu. Segera dia melangkah naik.

“Jangan rapat!!! Jangan rapat!!!” jerit Nadiha kepada Johan. Johan masih cuba untuk menenangkan gadis itu.

“Iha, apa yang kau nak lakukan. Mengucap Iha... tak guna kau nak bunuh diri.”

“Jangan rapat!!! Biar aku mati!!! Biar!!!!” jerit gadis itu lagi.

“Kematian kau takkan dapat simpati Iha. Sudahlah! Jangan buat macam ni. Dosa!” suara lelaki itu.

“Iha, abang ada. Kenapa mesti buat macam ni? Tak ada guna!” Johan memujuknya pula. Nadiha meraung!

“Biar Iha mati... Tak ada siapa yang sayangkan Iha... Semua penipu...!”

“Johan cintakan kau sepenuh hati cuma kau saja yang tak pandai menilai. Kau yang merasakan orang tidak menyayangi kau sedangkan kau tak memahami hati mereka.”

“Bohong... Tipu!!! Aku tak percaya,” suara Nadiha lagi. Dia meraung.

“Kau yang bohong pada diri kau Nadiha. Kau yang tak mahu buka mata kau!”

“Jangan terjun Iha. Please?” pujuk Johan lagi.

“Diam... Jangan rapat!!!” suara Nadiha memberi amaran pada Johan yang ingin mendekati.

“Kenapa mesti bunuh diri sedangkan ada hati yang menyintai kau?” tanyanya. Dia memandang Johan. Dia dapat lihat wajah Nadiha seperti berfikir dan juga seperti teragak-agak.

“Jangan diharap pada hati yang tidak mahu tetapi bukalah hati pada yang benar-benar menyintai. Kenapa perlu ambil jalan mudah?”

“Kenapa abang tak mahu menyintai saya?” tanya Nadiha.

“Hati bukan seperti bekas yang boleh dibuka untuk diisi, Iha. Kita tak tahu masa dan saat bila ingin bercinta,” suaranya.

Nadiha mula menangis dan dia tidak seimbang, dia hampir jatuh namun Johan sempat menyambar dan memeluknya. Johan membawanya ke tengah, dia masih memeluk gadis itu. Nadiha menangis semahunya dibahu Johan.

“Iha, biar kita menyintai pada hati yang menyintai kita. Jangan biar hati yang ada pergi.”

Nadiha masih menangis. Johan merenung wajahnya dan mengangguk. Dia berlalu meninggalkan pasangan itu.

Previous: 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.