Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,548
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
14

Nadiha minta diri untuk pulang, dia cuma memerhati saja. Dua bulan sudah berlalu, dia semakin kerap menghabiskan masa dengan Nadiha. Karina sudah tidak menelefonnya. Dia serba salah, namun dia tak tahu bagaimana harus dia membuat keputusan. Minggu depan dia akan menghadapi peperiksaan akhir dan dia berharap tika itu hubungan mereka akan baik semula walaupun tak seperti sediakala, sekurangnya mereka berbual semula. Namun apa yang lebih membuatnya rasa tak selesa adalah hubungan dia dan Nadiha. Dia tak mahu merosakkan perhubungan gadis itu dengan Johan ditambah lagi Johan tunang Nadiha. Dia tidak mahu merampas itu. Kasih dia pada Nadiha sudah tiada lagi. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mencari nama Karina di dalam simpanan. Dia menekan nombor itu namun ditekan sekali lagi untuk memutuskan panggilan itu. Dia bangun, telefon bimbitnya berdering.

“Hello?”

Aku ni. Kau sibuk malam ni, aku nak jumpa kau la?” suara Johan bertanya. Dia berdecit.

“Aku nak study aja, kenapa? Penting je bunyinya,” dia bertanya.

Saja. Lagipun dah nak dekat exam ni, kata orang last day enjoy!”

“Apa kau nak buat?”

Macam nilah. Aku jemput kau malam ni.”

Dia tak tahu apa yang harus dikatakan.

“Iyalah, aku tunggu kau malam ni.”

Dia beredar dari kerusi itu. Dia berfikir apa yang Johan mahu darinya sehingga lelaki itu mahu berjumpa dengannya. Dia mengharap lelaki itu tidak membuat tindakkan luar biasa. Dia berjalan menuju ke perhentian bas untuk menunggu bas masuk ke dalam untuk ke asramanya. Dia tahu sepatutnya dia sudah memiliki kenderaan tetapi baginya itu bukan satu keperluan. Abang sulung dan abang ketiganya mahu memberikan dia sebuah kereta namun baginya dia lebih selesa kalau kereta itu diberi selepas dia tamat pengajian atau dia beli sendiri ketika dia sudah berkerja nanti.

“Hai...!”

Dia menoleh, dua orang gadis menegurnya.

“Hai. Awak ni kawan Ina, kan?” tanyanya.

Kedua gadis itu mengangguk, dia memandang sekeliling.

“Ina dah balik. Korang berdua bergaduh ke? Ina, asyik muram je.”

“Rasa saya tak? Lagipun saya dan dia banyak kerja, minggu depan dah nak final. Kemudian, Ina nak praktikal. Mana ada masa nak jumpa.”

Mereka berdua mengangguk.

“Sampaikan salam saya pada Ina. Balik dulu, jumpa lagi?”

Mereka berdua cuma mengangguk dan melihat lelaki itu berlalu untuk mengejar bas yang akan masuk ke dalam kampus. Beberapa minit kemudian Karina muncul.

“Apa yang korang berdua tengok ni?”

Karina turut memandang apa yang kawan-kawannya memandang. Dia terkejut. Lelaki yang sudah 2 bulan dia tidak bertegur sapa.

“Apa yang jadi pada kau dan dia. Dia muram semacam. Sebut nama kau pun macam tak bermaya. Apa yang dah kau dan dia gaduhkan? Ada orang ke 3 ke?” tanya Syidah. Karina senyum dan gelengkan kepalanya. Mereka bertiga menuju ke arah kereta Karina.

“Kau cemburu dengan dia sebab dia ada teman baru atau kau marahkan dia?” duga Ayu.

“Aku bukan girlfriend dia. Kenapa mesti nak cemburu atau apa-apa pun. Dia nak buat apa pun itu dia punya suka. Aku bukan sesiapa nak halang dia.”

Ayu dan Syidah mencebik.

“Lupa nak cakap, dia kirim salam pada kau. Dia kata dia dah lama tak dengar suara kau!”

Karina agak terkejut mendengar kata-kata temannya itu. Dia tak tahu, apa yang harus dikatakan. Enjin kereta dihidupkan dan kereta buatan Malaysia itu meluncur menuju ke destinasinya.

Dia masuk ke dalam perut kereta Kembara milik Johan. Johan menutup suis radionya. Mereka keluar dari kawasan kampus. Dia mengerling ke arah temannya, dadanya berdebar. Adakah Johan ingin bertanya mengenainya dengan Nadiha? Dia tak mahu mereka bergaduh, ianya tak berbaloi.

“Aku rasa ini belanja makan bukanlah tujuan utama kau mengajak aku malam ni? Johan, beritahu apa sebenarnya yang kau nak sampaikan?”

Johan masih membisu, dia berdehem. Mereka duduk di meja itu. Johan meneguk air sejuk yang sedia ada dihadapannya. Seorang pelayan muncul, mereka membuat pesanan.

“Aku nak kau terima Nadiha. Aku tahu dulu kau memberi peluang pada aku, kan?” suara Johan akhirnya.

Dia memandang Johan.

“Aku terkejut, Johan. Aku terkejut kau cakap macam ni. Sepatutnya... sepatutnya sebagai tunang Nadiha kau mempertahankan dia agar tak terlepas ke tangan orang lain.”

“Masalahnya, hatinya cuma tertulis nama kau. Bukan nama aku. Selama 7 tahun ini Nadiha merindui kau, Irul. Kau tak tahu betapa dia menderita. Aku cuma menyelamatkan dia dari membuat perkara bodoh, tetapi tidak dapat menyelamatkan hatinya yang masih terukir nama kau.”

“Johan, masalahnya hati aku bukan ada dia. Memang hati aku kosong tetapi... Ianya dah berlalu, dah 7 tahun berlalu. Kenapa mesti diulangi kembali? Sekarang kau yang berhak memilikinya, kalau dibawa ke mahkamah sekalipun...”

“Irul, hati seseorang tak boleh diubah. Hatinya mencintai kau bukan aku.”

“Begitu juga dengan hati aku. Tiadanya tapak cinta untuk Nadiha. Kau tak boleh paksa aku, Johan,” suaranya. Dia tahu Johan ingin Nadiha menjadi miliknya namun dia tak mahu melukakan hati Johan dan juga hati Nadiha.

“Tapi...”

“Johan, kau tahu tak apa yang kau lakukan ini akan membuatkan kau kecewa. Aku tak mahu kau dan Nadiha kecewa. Tidak!”

“Aku lagi kecewa kalau kau tak pilih Nadiha, Irul. Aku tak mahu kacau daun.”

“Tidak, Johan. Sudahlah aku tak mahu bicangkan hal ini. Kalau dibincang lagi tiada jalan penyelesaian yang akan ditemui.”

Johan mengangguk, dia mengeluh dan meneruskan suapannya.

Karina termenung di dalam keretanya. Dia seperti malas untuk keluar dari perut kereta.

Ku dambakan kita hidup bersama

Sepasang kekasih teman yang setia

Asalkan kau sudi kukan bahagia

Kerna ku pecaya jiwa kita satukan tak terpisah...[1]

Suis radionya ditutup, dicapai beg tangannya. Karina keluar dari perut kereta. Dia menarik nafas panjang, dia berharap peperiksaan hari ini akan berjalan dengan lancar. Dia menolak rambutnya ke belakang, dia berjalan meniti tangga untuk ke dewan. Dia terpandang susuk tubuh yang amat dikenalinya, langkahnya terhenti. Namun, dia teruskan jua kerana baginya dia dan lelaki itu tiada hubungan kenapa pula dia mesti susah hati. Dari tempat dia berdiri dia dapat lihat betapa tak bermaya lelaki itu. Teruk sangatkah tekanan waktu peperiksaan yang dia hadapi? Dia mengangkat kening dan berlalu, dia ada exam yang perlu dia hadiri.

Karina turun menggunakan tangga untuk ke cafe, dia menyampah menggunakan tumit tinggi kerana menyukarkan dia turun. Dia mengeluh, tali begnya asyik melurut ke bawah.

“Hai, boleh saya bantu?”

Karina menoleh, dia terkejut dan tak tahu apa yang ingin dikatakan. Lelaki itu mencapai buku-buku yang dipegang dan juga bekas alat tulis, Karina tidak sempat untuk menyimpannya di dalam beg selepas peperiksaan tadi. Dia hanya membiarkan saja lelaki itu mengambilnya, dia dapat rasakan geselan kulit mereka dan dia tersedar.

“Irul, awak ikut saya ke?”

“Kalau saya ikut awak, macamana? Awak mungkin dalam bahaya!” suara lelaki itu. Mereka mencari meja kosong dan mereka duduk berdua. Terkedu gadis itu, dia tidak tahu ayat penyata apa yang perlu dikeluarkan. Meja dan kerusi kosong bagaikan tersedia untuk mereka ditengah cafe dan mereka mendekati dan duduk serentak secara berdepan.

“Ina, saya nak minta maaf, saya tak patut buat macam tu pada awak. Saya bersalah.”

“Irul, saya yang salah. Sepatutnya saya tak boleh paksa awak untuk menceritakan sesuatu yang peribadi.”

Lelaki itu tunduk dan mengangguk. Dia bangun untuk mengambil minuman, dia menghulurkan gelas minuman kepada gadis itu.

“Saya suka tengok awak senyum, Ina. Awak tahu, saya tak suka kalau tak dapat bercakap dengan awak. Hati saya susah...”

Mata Karina terkebil-kebil mendengar kata-kata lelaki itu, Karina telan air liur.

“Hmm...sorry!”

Karina menggelengkan kepala.

“Saya pun tak suka kalau tak dapat berbual dengan awak, Irul. Hidup saya jadi bosan...”

Mereka ketawa berdua, mesra.

“Hai... dah habis ke paper hari ni?” satu suara menyapa. Mereka berdua mendongak dan wajah lelaki itu berubah.

“Iha??? Tapi...” suara lelaki itu.

“Iha saja datang, ada perbincangan tadi. Ini kawan sekelas abang ke?”

“Tak... ermmm...”

“Saya bukan kawan sekelas dia. Cuma kawan saja. Awak ni?”

“Saya Nadiha, kawan lama abang Irul.”

Karina mengangkat kening, dia merenung tajam gadis itu dan memandang lelaki di hadapannya. Lelaki itu kelihatan serba salah.

“Hmm... saya ada hal. Pergi dulu, jumpa lain kali,” suara Nadiha. Ada nada sinis di dalamnya. Karina senyum kelat dan merengus.

“Awak...”

“Irul, jadi itulah Nadiha yang awak ceritakan. Cantik!”

“Memang... Hmm..”

Karina mengangkat kening dan tersenyum.



[1] Julia – Exists

Previous: 13
Next: 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.