Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,539
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
3

Dia tersenyum sendirian mengenangkan apa yang terjadi tadi. Kalau dia cerita pada orang lain tentang hal tadi mesti orang gelak je. Sah punya!!!! Apa nak jadilah dengan dia ni? Sabar sajalah? Di dalam biliknya, semua temannya sibuk mengulangkaji.

“Dari mana kau ni? Muka ceria semacam?”

Dia menoleh dan tersenyum, Suhail kehairanan memandangnya. Dia terus mencapai tuala mandi dan menuju ke bilik air. Sejam berlalu dia sudah pun selesai berpakaian, dia menuju ke katilnya.

“Kalau iya pun sedang bercinta beritahulah kami ni!” suara Roslan.

Dia menggelengkan kepalanya dan duduk bersama temannya. Mereka semua sedang menyiapkan kerja kursus mereka.

“Bila masa aku bercinta. Jangan nak buat ceritalah. Ish!!!”

Mereka semua mengejeknya, dia merengus dan menuju ke bilik mandi. Dia segera mengambil wuduk. Tetapi peristiwa ketika bersama dengan Karina tadi memang melucukan dan juga memang tak waras bagi sesetengah orang. Mujur ketika itu tiada siapa disitu. Karina...!

“Berangan apanya ni?”

Dia tersedar dan segera menyudahkan mengambil wuduknya. Dia garu kepala, masa ambil wuduk pun boleh berangan. Dia mengeluh.

“Tadi ada call, tak sempat nak ambil.”

Dia mengangguk, tikar sembahyang dibentang dan segera dia membaca niat dan takbir untuk memulakan solat. Solat Maghrib selesai dia jalankan, telefon bimbit miliknya dicapai. Dia lihat siapakah yang menelefonnya tadi. Dua nombor tertera. Salah satu adalah nombor telefon awan manakala yang satu lagi adalah nombor telefon bimbit abangnya. Segera dia menelefon abangnya, mungkin ada yang penting yang ingin abangnya berbicara dengannya. Tapi sayang, talian tak bersambung. Entah dengan siapa abangnya berbual. Dia letak kembali telefonnya, dia menyidai tuala yang dipakai apabila telefon bimbit NOKIAnya berdering lagi. Dia dapat lihat nombor telefon awam itu tertera lagi.

“Iya, nak cakap dengan siapa?”

“Zahirul Hafiz, sayalah!”

Dia garu kepalanya yang mulai gatal. Siapa agaknya pemilik suara gadis itu?

“Maaf saya kurang pasti siapa ni?”

“Karina?” suara gadis di dalam talian itu.

Dia jadi gugup bila mendengar nama Karina, dia menarik nafas panjang.

“Ark...! ada apa yang buatkan Karina telefon saya?” Sebenarnya dia pun tak tahu apa yang harus ditanya kepada gadis itu. Dia garu kulit kepalanya.

“Saya...saya nak jumpa awak. Lepas tu, nak belanja awak makan. Boleh?”

“Saya? Belanja makan?”

Dia mendengar suara teman-temannya bersorak. Segera dia melangkah keluar dari biliknya. Ligat otaknya berfikir apakah jawapan yang sesuai untuk pelawaan tu.

“Terima ajalah...” kedengaran bunyi laungan dari dalam biliknya. Dia tersengih cuma.

“Awak kat mana, Karina?”

“Telefon awan di asrama saya. Zahirul Hafiz, awak sudi tak?” tanya gadis itu lagi.

“Okay, kita jumpa di Seksyen 2 tengahari esok?”

“Apa kata kalau saya jemput awak di asrama?”

Dia gugup, biar betul gadis itu nak jemputnya. Ini kes terbalik ni.

“Jangan. Biarlah saya tunggu awak di seksyen esok. Ya?”

dia harap gadis itu menerima cadangannya. Dia tak mahu, gadis itu menyusahkan diri untuk menjemputnya. Sepatutnya dia yang menjemput gadis itu bukan sebaliknya. Dia mengeluh.

“Okaylah, saya setuju. Tengahari esok saya jumpa awak di Seksyen 2.”

Dia mengeluh kerana gadis itu setuju dengan cadangannya. Talian terputus. Dia melangkah masuk ke dalam bilik. Dia terkejut melihat teman sebiliknya tersengih memandang wajahnya. Entah apa yang lucu sangat dia kurang pasti.

“Wow! Hampir 2 tahun kau kat sini, akhirnya kau dah ada girlfriend,” Halim bersuara. Dia menggelengkan kepala dan mengeluh.

“Mana ada. Pandai aja kamu semua buat spekulasi.”

“Irul, setahu aku kau ni takut dengan perempuan, terutama sekali perempuan cantik. Kami dah boleh agak dengan siapa kau bercakap. Mustahil yang bercakap dengan kau tu abang kau. Sebab kami nampak kau tu kaku semacam. Obvious sangat.”

“Suhail, jangan nak buat serkap jaranglah. Kawan sekelas je.”

“Bila masa pula kawan sekelas kau rajin call, perempuan pula tu?”

“Dahlah, kalau aku bersoal jawab dengan korang ni takkan habis sampai esok.”

Zahirul Hafiz berlalu. Dibawa sekali telefon bimbitnya agar mudah sesiapa menelefonnya. Dia menuju ke bilik bacaan, buku dan kertas kerja yang akan dilakukan diletakkan diatas meja. Dia mengeluh dan membuka kertas kerjanya. Dia memerhati telefon bimbitnya, terkenang keadaan bila Karina menelefonnya tadi. Panik juga nak cakap dengan gadis itu tadi. Apalah susah sangat nak cakap dengan perempuan cantik. Tapi bagus juga, merasa juga dia keluar dengan gadis itu. Tapi apa tujuan Karina ajak dia keluar? Iyalah, selalunya perempuan cantik ni ada boyfriend. Entah-entah Karina ajak dia keluar hanya nak bagi boyfriend dia cemburu sahaja. Iyalah mana tahu, kan? Dia berdecit, jauh pula dia berfikir. Baru saja dia nak capai pen ditangan, telefon bimbitnya berdering. Dia merengus.

“Hello???”

“Kau ke mana? Dua kali abang call. Bergayut ke? Lain kali kalau tak nak jawab telefon, sedekah saja telefon pada yang memerlukan?”

“Bersyarah pulak abang ni? Apa hal? Tadi orang solat lepas tu kawan telefon. Pandai saja buat spekulasi sendiri.”

Kedengaran suara ketawa di dalam talian. Memang nak kena abangnya, lelaki itu kalau tak mengusiknya bagaikan tak sah hidup. Dia merengus, tetapi sesekali dengar suara abangnya menarik juga. Dia mengeluh.

“Lusa kau ada kelas? Balik rumah, okay?”

“Balik? Kenapa?” tanyanya.

Tiada jawapan di dalam talian.

“Lusa hari Sabtu memang tak ada kelas. Kenapa abang?” dia bertanya lagi.

“Bukan ada yang hal serius. Tok wan nak buat kenduri sikit.”

“Kenduri apa?”

“Kenduri tahlil untuk mama dan papa.”

Dia diam mendengar kata-kata abangnya itu. Dia mengeluh.

“Okay, nanti saya cuba balik. Harap-harapnya adalah tiket. Okay,”

“Apahal pun nanti telefon abang okay.”

Previous: 2
Next: 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.