Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,550
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
4

Dia agak awal hari itu. Lagi beberapa minit lagi tengahari, dia tidak pasti pukul berapa agaknya gadis itu akan muncul. Dia mengeluh, selepas dia keluar dengan Karina dia akan ke Seksyen 18 untuk mengambil tiket pulang ke Perak. Seandainya tiket dah habis, terpaksalah dia ke Puduraya. Bunyi hon kereta mengejutnya, dia menoleh. Sebuah kereta Satria GTi merah gagah berhenti di sisinya. Dia menunduk untuk melihat wajah pemandunya.

“Marilah masuk?”

Dia telan air liur, segera dibuka pintu kereta itu.

“Lambat sikit, hantar assignment dulu.”

Dia mengangguk. Alat penghawa dingin menyejukkan wajahnya. Lagu dari rangkaian Mix.fm kedengaran. Gadis itu mula membelok menuju ke Lebuhraya Persekutuan. Dia mahu bertanya tapi risau kalau nanti tersinggung perasaan gadis itu. Tapi kalau tak ditanya, dia yang termangu sendirian. Dia berdehem.

“Kita ke Puduraya sekejap ye! Lepas tu kita ke Starbuck kat situ. Saya nak makan sandwich kegemaran saya. Tak apa ke?” pintas Karina. Puduraya? Karina baca fikirannya ke? Kalau tak, macamana dia tahu?

“Kenapa awak nak ke Puduraya?”

“Minggu depan saya nak ke UUM Sintok ada assignment. Jadi, saya kena beli tiket takut habis? Maaflah kalau...”

“Tak mengapa, kebetulan saya pun nak beli tiket untuk balik ke Perak esok.”

“Oh! Gitu, kebetulan yek!” suaranya. Dia dapat lihat wajah gadis itu tersenyum ceria sekali. Dia cuma mengangkat kening saja. Seronok betul dia melihat wajah gadis itu. Karina memang cantik.

“Karina, teman lelaki awak tak marah awak keluar dengan saya ke?” tanyanya. Karina ketawa kecil dan menggelengkan kepala.

“Zahirul Hafiz, saya ni masih sendiri masih belum berpunya. Mana mungkin ada yang marah. Kalau pun saya ada teman lelaki pun dia tak ada hak nak halang saya berkawan dengan sesiapa asalkan saya pandai jaga diri.”

Zahirul Hafiz telan air liur.

“Maaf kalau tersinggung. Saya...”

“Awak ni terlalu risau. Jangan risau sangat. Kalau nak berkawan, tak perlu risaukan itu semua. Kita nak berkawan ni biar kerana ALLAH.”

Dia mengangguk, dikerling ke wajah gadis itu. Petah sekali mulut gadis itu berbicara. Wajahnya tidak mengambarkan yang dia ni seorang yang gemar bercakap tetapi... Ish memang tak boleh nak buat telahan melalui wajah seseorang. Lagu dari Kumpulan One Republic berkumandang, dia dapat lihat mulut gadis itu berkumat kamit, mungkin menyanyikan bait-bait lagu itu. Sejam berlalu, mereka tiba di Puduraya. Dia melangkah keluar, dan mendahului gadis itu meniti tangga turun ke tempat membeli tiket. Baginya, gadis itu memang lain dari yang lain kerana belum pernah dia melihat seorang gadis yang lebih gemar mengekori temannya melalui belakang. Selalunya mereka akan beriringan, Karina memang pelik.

“Saya nak ke Kaunter Maju Perak Serata. Awak?”

“Mungkin ke Transnasional. Jadi kalau awak dah selesai, jumpa di Kiosk Dunkin’ Donut?”

Zahirul Hafiz hanya mengangguk dan mereka berpisah. Tidak sampai 5 minit, Zahirul Hafiz sudah selesai membeli tiket. Dia menuju ke kaunter Transnasional, gadis itu masih berdiri untuk membeli tiket. Dia segera menghampiri.

“Dah selesai? Cepatnya?” suaranya begitu lunak kedengaran. Zahirul Hafiz mengangguk dan menyimpan tiket ke dalam poket baju.

“Awak duduklah tunggu saya, okay?”

“Karina, apa kata kalau awak yang duduk, biar saya yang belikan tiket tu?”

“Usahlah.”

“Lama lagi ni. Bak sini duit tu?”

“Jangan... Biar saya buat?”

Zahirul Hafiz capai tangan gadis itu dan mengambil wang di dalam genggaman Karina dan dia menolak sedikit tubuh gadis itu agar keluar dari barisan. Karina memandang wajahnya.

“Biarlah, sebagai balas budi saya menumpang kereta awak,” ujar Zahirul Hafiz dan tersenyum. Wajah Karina kelihatan merona dan dia duduk di bangku. Hampir lima belas minit berlalu dan akhirnya dia selesai membeli tiket untuk Karina.

“Nah! Kiralah baki wang tu!”

“Tak perlu. Mustahil awak nak tipu saya.”

Zahirul Hafiz memandang jam di tangan. Hampir 2 petang.

“Kita ke Starbuck, ye.”

“Kita jalan kaki ajalah. Mudah tak perlu risau bagaimana nak letak kereta, kan?”

“Betul juga. Okey. Thanks, ye!”

Dia hanya gelengkan kepala. Mereka menyeberang jalan yang sedikit sibuk itu menuju ke Starbuck itu. Mereka duduk mengadap, mereka memilih meja yang berdekatan dengan cermin.

“Latte’ dan sandwich ikan tuna dan turkey. Awak, Zahirul Hafiz?”

“Cappuccino dan sandwich telur.”

Pelayan itu berlalu. Dia memandang gadis itu tetapi mata si gadis lebih tertumpu pada gelagat orang di luar sana.

“Saya...”

Karina menoleh ke arahnya. Dia ketawa kecil, malu dengan tindakkannya tadi. Dia berdehem.

“Janggallah.”

“Apa yang janggal?”

“Awak? Maksud saya, kita...?”

Mata Karina terkebil-kebil. Dia merengus, dah mula penyakit dia datang. Aduh cantiknya mata dia ni, macam anak patung. Dia mengeluh dan telan air liur.

“Saya... memang susah. Awak cantik?”

“Saya? Cantik? Taklah?” balas Karina. Wajahnya merona lagi, dia tersipu-sipu.

“Kalau berdepan dengan orang cantik. Lidah ni kelu sikit. Tapi...saya nak terima kasih.”

“Sepatutnya saya yang berterima kasih pada awak, Zahirul Hafiz.”

“Karina, panggil saya Irul. Boleh?”

Karina merenung wajahnya, dia tunduk dan tersenyum.

“Boleh kalau awak panggil saya Ina?”

“Ina?”

Karina mengangguk.

“Irul!”

Mereka berdua ketawa kecil dan mengangguk. Dia begitu selesa pabila memandang wajah gadis itu, kenapa agaknya? Telefon bimbit berdering. Serasanya bukan miliknya kerana deringan telefon itu lebih kepada bunyi polyphonic sedangkan dia hanyalah deringan monophonic. Karina mencapai telefon bimbit jenama Samsung dari dalam tas tangannya. Dia tersenyum bila melihat nama di skrin telefonnya.

“Hay? Hmm...keluar makan! Jangan jealous, okay?” suara gadis itu begitu manja. Ada renggekan manja kedengaran. Pasti dia berbual dengan teman lelakinya. Tetapi mengapa tadi dia berbohong. Ah! Dia tak berhak tanya dan dia berhak berkata demikian. Dia mengeluh lagi dan memandang ke arah lain. Dia tersentak bila dia memanggil namanya.

“Awak mengelamun. Jauh sekali? Apa yang dimenungkan?”

“Ah! tak ada apa-apa yang menarik. Cuma melihat gelagat orang di sekeliling,” suaranya. Dia tersenyum, baru dia sedar Karina memiliki lesung pipit di pipi kanannya. Dia berdehem, mungkin Karina sedar dia sedang merenung wajahnya.

“Maaf. Saya ganggu hari awak ke?”

“Awak merepek lagi! Tak ada apa-apa yang awak perlu risaukan. Abang saya memang macam ni, suka nak siasat saya ke mana?”

“Abang???”

Karina mengangguk. Dia memejam matanya dan mengeluh.

“Apa...hah! Awak ingat siapa yang call saya? Hah!!! Awak....”

Dia tunduk dan berdecit. Mereka ketawa kemudian.

“Betul saya tak ada boyfriend so jangan risau takkan ada lelaki yang akan serang awak fasal keluar dengan saya,” ujar Karina. Dia mengeluh dan mengangguk. Karina ketawa kecil mungkin lucu dengan gelagatnya tadi.

Previous: 3
Next: 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.