Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,539
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
17

Bunyi telefon bimbitnya nyaring berdering, Karina cuma merenung saja telefon miliknya. Dia tak ada hati untuk mengangkatnya. Dia malas untuk menjawab panggilan daripada sesiapa juga. Bunyi deringan itu memeningkan kepalanya, segera dimatikan talian telefonnya. Bosan! Dia meniarap di katil, hari ini dia sudah selesai menjawab kertas peperiksaan maknanya tinggal 5 hari lagi dia akan menjalani praktikal di SUK Selangor. Pintu bilik diketuk, Karina terkejut dari angannya.

“Siapa tu?”

“Angah ni. Syidah, Ayu dan Ally tunggu dibawah!” suara abang keduanya kedengaran. Dia mengeluh dan bangun dari katil, dia keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu. Dia bersalaman dengan ketiga-tiga temannya.

“Kau nampak macam tak bersemangat? Kenapa? Irul?”

Dia mengangguk kecil. Mereka duduk di sofa diruang tamu, orang gaji muncul dan membawa dulang berisi air minuman.

“Kau kata, kau anggap dia macam kawan je. Tapi, kau frust bila dia buat macam ni kat kau. Apa ni semua?” suara Syidah.

“Aku sukakan dia, Syidah. Dia tak macam lelaki lain, dia bagai dijanjikan untuk aku,” suara Karina.

“Parah ni. Okay, cuma satu saja jalannya. Kau bersemuka dulu dan terus terang dengan Irul. Katakan apa yang terbuku.”

“Tapi, Ally... Aku kan perempuan. Malulah kalau aku berterus terang dan Irul tak ada apa-apa perasaan pada aku. Nanti kalau dia ejek aku...”

“Kena ejek tu sekejap je, Ina. Lagipun lepas ni kau dah tak jumpa dia.”

Karina memikirkan cadangan Ally.

“Betul juga kata Ally tu. Biar malu daripada kau macam orang tak bersemangat ni!” suara Ayu.

Karina memandang Syidah.

“Kalau kau rasa, itu yang terbaik teruskan. Lagipun 5 hari lagi, kita akan praktikal.”

Karina terdiam cuma.

Dia sudah menempah tiket untuk kembali ke Ipoh. Dia melangkah naik bas Rapid KL untuk kembali ke kampus. Di atas bus dia banyak berfikir, terutama hal Karina. Selepas hari ini, dia tentu takkan bertemu lagi dengan Karina. Dia memegang dadanya, ditarik nafas panjang. Perasaan dia pada Karina amat kuat tetapi rasanya perasaan Karina terhadapnya sekadar teman saja. Dia tahu dia bukan lelaki yang sesuai untuk gadis itu. Lelaki biasa dengan gadis yang hebat seperti Karina. Dia mengeluh. Nadiha pula mula mengejarnya, mana-mana saja gadis itu akan menelefonnya dan ingin bertemu dengannya. Dia tak boleh terima Nadiha, gadis itu sudah bertunang. Dia bukan perampas, dia tak mahu jadi perampas. Itu bukan dia... Johan lebih berhak dari dia. Itulah sebab 7 tahun dulu dia membuat keputusan itu. Dia memejamkan mata, kali ini dia sudah buat keputusan.

“Hello... Ina? Irul, nak jumpa Ina. Ada perkara yang perlu dibincangkan. Kita jumpa pukul 2, Irul nak jumpa Ina di Red Chamber, di Jalan Telawi 3, Bangsar.”

Hari ini dia akan buat keputusan, segalanya perlu diselesaikan segera. Dia tak kira kalau Karina hadir atau tidak. Kalau Karina tak dapat hadir bermakna, gadis itu memang tak ada perasaan untuknya.

Dia tiba ditempat yang dicadangkan setengah jam lebih awal. Makanan telah ditempah mengikut seleranya. Direnung jam di tangan, dia ada masa untuk berlatih apa yang harus dikatakan kepada gadis itu. Dia mula gelisah, adakah perbuatan ini betul. Bagaimana kalau Karina marah dan tak mahu berjumpa dengannya? Bagaimana kalau Karina mengejek dan memperlinya. Dia memandang sekeliling, setiap kali pintu terbuka dia akan memanjangkan leher untuk melihat kehadiran gadis itu. Dia kehairanan hampir 3 jam dia menunggu tetapi bayang Karina tak nampak. Dia mengeluh, jalan barangkali sesak teruk. Tak apa dia tunggu setengah jam lagi. Dia mengeluh lagi, dia mendail nombor telefon gadis itu namun talian sibuk. Dia mencuba lagi, talian masih sibuk. Dia menunggu lagi, dia gelisah. Dia mendail lagi namun talian tetap sibuk.

“Bil please,” akhirnya dia bersuara.

Nampaknya penantiannya tidak berbaloi, gadis itu tidak juga muncul walaupun sudah 4 jam dia menanti. Dia membayar makanan dan terus berlalu. Sekarang dia fahamlah mengenai segalannya.

Pernah ku mencuba terima seadanya

Sayang ia selalu calarkan sudut hatiku

Hingga lelah jiwaku dikecewa

Tak mungkin berpaling kembali

Namun (lalu) ku yakini nanti

Tuhan pasti beri gantinya[1]

Karina mengeluh, kenapa keretanya boleh rosak begitu saja. Dia merengus geram, dia menelefon lori tunda untuk mengangkut keretanya ke bengkel. Dia menelefon abang-abangnya namun talian mereka sibuk. Dia merengus. Dia perhati jam ditangannya, dia sudah lewat dua setengah jam. Dia segera mendail nombor telefon lelaki itu, talian dia juga turut sibuk. Karina merengus akan nasib malangnya hari ni. dia menunggu akhirnya lori tunda muncul, segalanya selesai. Dia segera mencari sebuah teksi yang dapat menghantarnya ke Bangsar dan menuju ke tempat yang dijanjikan. Dia mengharap Irul masih disitu, dia berdoa agar lelaki itu masih ada. Dia mahu menyampaikan perasaannya, kerana selepas ini tentu sekali peluang itu tiada kerana dia akan sibuk dengan praktikalnya manakala lelaki itu akan kembali ke kampungnya. Restaurant Red Chamber sudah dihadapan, dia segera melangkah masuk. Ada beberapa pelanggan di dalam restaurant itu, dia memandang sekeliling mencari lelaki itu. Dia lihat jam ditangannya lagi 10 minit jam 6 petang, dia sedih. Salahnya kerana dia yang terlambat. Mana mungkin Irul akan menunggu selama 4 jam. Dia melangkah keluar dari restaurant itu. Kesedihan begitu terasa, semuanya salahnya. dia yang mungkir janji, memang patut lelaki itu berlalu. Mulai esok dia akan mula praktikal dan dia takkan dapat bertemu dengan lelaki itu.



[1] Bunga - Exists

Previous: 16
Next: 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.