Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,538
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
11

Andai benarlah apa yang diduga

Tak guna memendam rasa antara kita

Pada, biarkan tak lagi menyala

Api kebencian cuma

Tak menguntungkan sesiapa

C/o

Yang manakah satu pilihanmu

Nampak berterusan sengaja kau biarkan

Diriku terkapar-kapar

Nanti tenggelam

Dalam lautan hempedu kasihmu

Ku sendiri berenang renang mencari tepian[1]

Karina menutup suis radionya. Rambut paras bahunya di sikat, dia merenung cerminnya dan tersenyum. Karina menuju ke tingkat bawah rumahnya, papanya sedang bersiap untuk ke padang golf.

“Papa?”

Tan Sri Hakim Amirul menoleh.

“Iya sayang?”

“Kata nak duduk rumah hari ni?”

“Kalau duduk rumah, siapa nak temankan papa? Ina pun dah nak keluar date?”

Karina muncung dan senyum.

“Mana pulak date. Keluar dengan Syidah dan Ayu. Nak bincang fasal praktikal...”

“Alah, adik tipu. Bukan abang dan angah tak tahu?”

Karina menoleh, dia mendengus.

“Pandainya kata kita tipu, tak mau kawan dengan abang dan angah. Dah Ina nak keluar. Bye!”

Karina melangkah keluar.

“Adik jangan muncung macam tu buruk la. Nanti si dia cari lain!” usik abang sulungnya. Mereka ketawa kerana berjaya mengusik adik mereka.

“Siapa kawan lelaki dia?” tanya Tan Sri Hakim Amirul.

“Ben dan Boy tak tahulah, papa. Tapi sebulan ni dia kerap keluar dan muka pun berseri semacam je!”

“Dah dewasa anak papa yang sorang ni.”

“Biasalah, ‘pa.”

“Hizam, Hanafi... papa pergi dulu. Nak jumpa kawan lama di kelab. Tapi malam ni, kita kena makan malam bersama, lepas solat Maghrib berjemaah. Okay.”

“Tapi....”

“No, tapi... wajib. Kamu anak lelaki. Ina, papa dah tahu dia takkan balik lewat.”

Hizam dan Hanafi mengangguk.

Karina menunggu di Gloria Jeans di Plaza Alam Sentral, dia mengeluh. Mereka masih belum tiba lagi. Dia melihat jam, sudah 5 petang. Janji 4 petang tetapi masih tak muncul, dia mahu saja menelefon bila kelibat 2 temannya muncul.

“Sorry lambat sikit. Ada hal yang tak dapat dielakkan dirumah tadi. Lepas tu tunggu dia ni bersiap, kalah pengantin tua!” suara Ayu, Syidah mencebik.. Mereka ketawa. Ayu berlalu untuk membuat pesanan di Gloria Jeans Cafe. Karina mengeluarkan brochure bakal mereka menjalani praktikum.

“Kau pasti nak buat kat BERNAMA, Ayu?”

“Aku rasa kat situ yang paling best. Aku memang nak jadi wartawan. Memang dari kecil cita-cita aku nak jadi wartawan jenayah.”

“Aku dengar kau pilih Channel 9, betul ke Syidah?”

Syidah mengangguk, Ice Blendednya di hirup.

“Kau tanya kami ni, kau dah pasti nak buat di mana?”

“Aku...aku dapat tawaran di SUK Selangor. Kat pejabat MB!”

Mereka kelihatan terkejut dengan kata-kata temannya itu.

“Kenapa sampai terbeliak mata? Pelik sangat aku praktikal kat Pejabat MB Selangor?”

“Siapa yang tawar kau?” tanya Syidah.

“Adalah. Kau ni jangan tanya lebih-lebih. Itulah sebab aku tanya kau ni, aku ingat nak korang joint aku sekali kat situ.”

“Aku tak dapat ikut kau sebab BERNAMA dah bagi aku persetujuan mereka pagi tadi.”

Karina memandang Syidah. Gadis itu kelihatan seperti memikirkan pertanyaannya, dia menggigit bibirnya dan berdecit.

“Okaylah, lagi pun Channel 9 belum bagi apa-apa keputusan.”

Karina tersenyum riang.

“Aku nak tanya sikit boleh tak?” suara Syidah.

Mereka yang tadi ketawa riang terdiam. Mereka memandang tepat ke wajah Syidah. Syidah yang tua 2 tahun dari mereka kelihatan serius namun tenang. Karina cemas, risau ada yang tak kena dalam perkenalan mereka.

“Ina, kita dah berkenalan sejak Diploma lagi. Kau, Ayu dan aku dah macam keluarga, rapat sangat. Aku nak tanya, sejak bila dah ada boyfriend?”

Ayu mengangguk sama, Karina mengerutkan dahinya.

“Bila masa pulak? Mana pula dapat cerita ni?”

“Ina, kau tak pernah ada boyfriend. Kalau ada masa part 3 diploma itu pun tak sampai 3 bulan kau dengan mamat tu! Ini dengar cerita kau dengan budak part 4, kursus PM,” suara Ayu.

“Kawan biasa je. Kawan la!”

Ayu mencebik manakala Syidah ketawa kecil.

“Percayalah aku. Dia pun anggap aku kawan, mustahil aku nak lebih-lebih pula. Korang ni... ada je nak menyakat aku tau!”

“Bukannya nak menyakat. Tapi nak tanya aja. Tak mahu kami ni ketinggalan bas pula. Kau pun tak cerita yang kau dah kenal satu mamat,”

“Betul cakap Syidah tu. Beritahulah, rasanya kami pun nak tahu siapa dia.”

“Dia budak PM, orang Perak. Setahun tua Syidah, kacak, baik, sopan, tetapi miskin. Nama dia Zahirul Hafiz.”

“Miskin?”

“Padan ke kau dengan dia? Nanti papa kau...”

Karina merengus.

“Papa aku tak cakap apa pun. Aku tahu dia tak kisah. Aku tak tentu akan berkahwin dengan dia. Kalau aku kahwin dengan dia, itu pilihan aku bukan mereka.”

“Apa-apa ajalah, Ina. Jangan jadi cerita Antara 2 Darjat atau Ibu Mertua ku, sudah.”

Karina memandang Ayu dan mengangguk. Kata-kata mereka betul juga, tapi rasanya lelaki itu pun belum tentu ingin serius dengannya. Walaupun sudah 1 tahun mereka kenal, rasanya belum lagi mereka ingin ke arah itu. Karina mengeluh.



[1]Batas Menanti - Fauziah Latiff

Previous: 10
Next: 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.