Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,553
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
22
Nadiha tersenyum, bila dia nampak lelaki itu di situ. dia melangkah masuk ke Kelab Golf exclusive. Dia dapat lihat wajah Nadiha, dia kelihatan terganggu. Nadiha tersenyum dan melambai ke arah lelaki itu. Dia kemudian menghampiri lelaki itu.

“Iha, disini? Atas urusan apa?”

“Perlukah Iha ada urusan kalau nak jumpa abang?” suara Nadiha, kaca mata hitamnya dibuka.

“Hmm...Nadiha, abang sendiri tak pasti apa yang Nadiha mahukan dari abang?”

“Abang patut tahu yang Nadiha terlalu sayangkan abang, abang je yang tak tahu. Kenapa abang nak menutup hati dan mata abang pada kebenaran?”

Dia mengeluh dan berlalu, set golf dibawa bersama. Dia melangkah keluar dari bangunan itu dan menuju ke arah Trooper miliknya.

“Iha patut dah faham segalanya. Iha, abang tak mahu Iha membuat sesuatu yang bodoh dan gila. Mata abang sentiasa terbuka begitu juga hati abang, tetapi perkara yang Iha buat ini membuatkan abang rasa bersalah pada Johan.”

“Johan dah tak ada didalam cerita ni, bang. Dia bukan tunang Iha lagi,” suara Nadiha.

“Dia bukan saja tunang Iha tapi dia kawan karib abang. Sebagai kawan karib dia, abang juga terasa apa yang dia tengah rasa. Iha jadi kejam kerana apa?”

“Kerana abang... Iha, cintakan abang. Hanya abang!” suara Nadiha.

“Merepek! Apa yang kau merepek ni, Iha... Sudahlah. Abang harap kau hentikan segala perbuatan yang gila dan keanak-anakkan ni.”

Dia masuk ke dalam Troopernya dan menghidupkan enjin. Nadiha merengus dan hanya memandang kenderaan milik lelaki itu.

Dia mengeluh, rimas dengan kehadiran Nadiha. Dia kalau boleh tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan gadis itu. Kasihan Johan, lelaki itu cintakan Nadiha. Kalau ditanya mengenai hatinya, serasanya hatinya cuma ada Karina. Tetapi dia tak tahu bagaimana harus dinyatakan pada Karina, tambahan mereka sudah lama berpisah. Dia memandang kalender tertera tarikh 10 Februari 2005. Hujung minggu ni dia dijemput ke rumah Karina, sebenarnya Hizam sudahpun menjemputnya. Dia tersenyum sendiri. Kalaulah Hizam atau Hanafi kenal dia, pastikah dia dijemput? Dia pun tak tahu.

Previous: 21
Next: 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.