Home Novelet Keluarga Selagi Ada Cinta...Kasih
Selagi Ada Cinta...Kasih
PurpleAdnan
8/6/2014 00:23:34
37,548
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
23

Dia merenung tasik yang begitu tenang, Pepsi Fire di hirup pelahan-lahan. Dia menarik nafas panjang, sebenarnya dia seharus berterus terang pada Karina. Tetapi adakah gadis itu mahu menerimanya setelah apa yang terjadi. 4 tahun bukan satu masa yang singkat, macam-macam boleh berlaku. Hati bukan satu tempat yang dapat diisi dan dibuang seperti sebuah kotak, hati adalah satu bekas yang begitu kompleks. Dia mengeluh, dihirup lagi air tin itu. Wajah Karina muncul, wajah manis yang begitu menghantuinya sejak dulu lagi. Dia mengeluh, memang dia perlu berterus terang kepada gadis itu. Dia tak peduli apa nanti yang akan dikatakan oleh gadis itu. Dia perlu lepaskan rasa resahnya. Seandainya gadis itu tidak menerimanya, biarlah sekurangnya dia sudah berterus terang. Tin itu direnyukkan dan dia melangkah masuk ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan dan dia berlalu. Dia tahu apa yang harus dia lakukan.

“Hello, Karina?”

“Maaf, Karina tak ada. Dia menghadiri seminar 3 hari di Sabah. Ada pesanan?”

Dia mengeluh, sekali lagi masa mempermainkannya.

“Tak apalah. Saya telefon dia kemudian saja. Terima kasih.”

Talian ditamatkan. Dia pulang ke rumahnya, kelihatan abang sulungnya sedang menantinya di halaman rumah.

“Eh! Kau ke mana? Kelihatan macam ada sesuatu yang sedang difikirkan? Penting, barangkali?”

Dia senyum, cuma. Kemudian menggelengkan kepala.

“Abang, apa yang abang tahu fasal Tan Sri Hakim Amirul?”

“Biasa saja. Dia chairman syarikat Utusan Unggul Berhad, CEOnya pula Hazim anak sulungnya. Tan Sri Hakim Amirul ada 3 anak dan anak bongsunya perempuan.”

“Anak perempuannya kerja di syarikat tu ke? Sebagai apa? Abang kenal dia?” dia bertanya lagi.

“Kenal mukannya saja, dia tak berjawatan penting di situ. Kalau tak salah dia sebagai pegawai perhubungan awam.”

“Apa bisnes yang kita buat sekarang dengan mereka?”

“Kita buat pembangunan di Sepang dengan kerjasama syarikat dari China.. Kenapa tanya?”

Dia menggelengkan kepala.

“Sahaja tanya. Kata, kita buat perniagaan dengan mereka.”

“Tapi sebahagian pertanyaan tadi macam berkisar pada anak perempuan Tan Sri? Dah berkenan?” si abang memerangkapnya.

Dia tersenyum, ketawa kecil dan berlalu.

“Irul, dah makan? Kalau belum, kakak boleh hidangkan?”

Dia ketawa kecil, menggelengkan kepala dan berlalu. Wanita yang juga kakak iparnya mengerutkan dahi, dia menoleh ke arah suaminya yang melangkah masuk ke dalam rumah.

“Kenapa dengan dia?”

“Rasanya dia berkenan dengan seorang perempuan?”

Wanita itu mengangguk dan tersenyum.

Dia terdengar abangnya berkata pada kakak iparnya, dia senyum cuma dan masuk ke dalam biliknya. Berkenan? Karina..? Dia mengangguk. Dia berfikir cara yang terbaik untuk dia menyampaikan hasratnya. Dulu dia cuba namum tak kesampaian, sesuaikah kalau dia melamar gadis itu hujung minggu ni dihadapan keluarganya tapi mungkinkah dia akan dianggap kurang ajar. Ligat fikirannya memikir cara yang terbaik. Dia merengus, rasanya lebih baik dia berbincang dengan kakak iparnya sebab orang perempuan lebih tahu apa yang orang perempuan mahukan. Dia keluar dari biliknya dan menuju ke dapur. Dia berdehem dan kakak iparnya menoleh, dia memandang sekeliling takut-takut abang sulungnya ada di sekitar.

“Ini kenapa jadi macam ni?”

“Nak tanya pada kak long sedikit, boleh?” tanyanya. Wanita itu mengangguk. Dia menghampiri dan mereka berdua duduk di kerusi meja makan. Dia mengeluh.

“Ini tentu fasal perempuan?”

“Mana kak long tahu ni? Abang long bagi tau ke?”

“Tengok muka tu pun dah tahu. Siapa perempuan tu? Mesti cantik, maklumlah adik kakak ni hebat juga,”

Dia tersenyum dan membetul duduknya.

“Tak... Macam ni, saya nak... Hmm...dia. Nak lamar...”

“Oh! Tak tahu macamana nak lamar dia ke?”

Laju saja anggukkannya.

“Sebenarnya hujung minggu ni ada parti dirumah dia. Saya ingat nak lamar dia masa tu depan family dia?”

“Hmm...mungkin tak berapa sesuai. Sebelum jumpa dengan family dia, Irul kena berterus terang dengan dia dan minta persetujuan dia. Kalau tika tu dia tak setuju, kan malu?”

“Eh! Betul juga, macamana boleh tak sedar pula ni?”

Dia mengeluh, kakak iparnya tersenyum.

“Apa kata esok Irul jemput dia datang rumah atau Irul ajak dia keluar makan tengahari tak pun makan malam?” saran kakak iparnya.

“Rasanya lebih baik jemput dia makan malam. Kakak memang bijak, agaknya abang long pun buat macam ni, kan?”

Kakak iparnya gelengkan kepala.

“Abang kamu tak seromantik itu. Tapi kerana itulah kakak suka pada dia.”

Dia ketawa. Dia berlalu dari dapur.

“Andak?”

Kakak iparnya turut keluar dari dapur, dia membawa dulang air.

“Abang long mana? Dia dah tahu tak mesyuarat esok batal sebab anak bos syarikat tu masuk wad.”

“Dah, Carolline dah beritahu abang tadi,” suara Zahirul Amry dan menuruni tangga. Dia dan Zahirul Ilham menoleh.

“Sebenarnya elok juga tertangguh. Boleh kita perhatikan atau tambah dalam proposal tu!”

Kedua abangnya mengangguk.

“Angah ada datang tak? Rasanya semalam dia kata ada beberapa maklumat tambahan pada dia?” suara Zahirul Ilham.

“Entah,”

Abang yang sulung mencapai telefon bimbitnya dan menekan nombor adik keduanya.

“Angah, balik rumah sekarang juga. Bawa maklumat tu, okey!”

Previous: 22
Next: 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.