Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 27 : Rose

                                                              BAB 27



    Kami keluar dari rumah tumpangan menuju ke Teddy Bear Museum menaiki bas dan tiba disana lebih kurang pukul 10.20 pagi. Hampir sejam kami berada disana melihat pelbagai anak patung beruang yang di pemerkan di situ. Akulah insan yang paling gembira memandangkan aku amat menyukai anak patung beruang. Walaupun kami hanya singgah sekejap namun itu sudah memadai. Dulu aku selalu juga ke Museum anak patung beruang yang terletak di seoul kerana minat yang teramat sangat kepada anak patung beruang. Kini di Jeju juga aku turut datang melawat, kesian Adam di buatnya. Biasalah, kaum lelaki agak kurang meminati benda-benda seperti ini.

    Lebih kurang pukul dua belas tengahari kami tiba di Spirited Garden di mana merupakan salah satu taman botani yang terbesar di dunia. Taman ini popular dengan pohon-pohon maple dan pine yang tumbuh di sini. Suasana yang sungguh indah dan romantik ini pasti menjadi tempat kegemaran pengunjung dari seluruh pelusuk dunia.

    Memandangkan kami berdua amat menyukai alam semula jadi, semua tempat perlancongan yang menjadi pilihan kami di Jeju ini berlatar belakangkan hutan, tasik, air terjun dan juga bunga-bungaan. Kami juga tidak lupa mengabadikan kenangan kami berdua.

    Bagi cendera hati untuk Umi, Opah, Alya dan juga teman-teman sepejabat kami membeli barangan-barangan yang di jual di sini biarpun tidak sebanyak pilihan yang ada di Seoul. Mungkin kami akan turut membeli sedikit lagi cendera hati apabila kami ingin pulang ke Malaysia esok.

    Memandangkan kami akan pulang ke Malaysia esok, jadi kami membuat keputusan untuk pulang sedikit awal ke rumah tumpangan supaya sempat aku melawat ibu angkat aku di kediamannya nanti.

    "Awak nak ikut saya melawat Omma saya tak?"soal aku kepada Adam sewaktu kami dalam perjalanan pulang ke rumah tumpangan kami.

    "Omma? siapa tu?"soalnya dengan kehairanan.

    "Ibu angkat saya, emak JungHwa. Saya panggil dia Omma" jawab aku.

    "Hmm...boleh juga. Teringin juga nak jumpa dengan orang yang telah menjaga buah hati abang ni sepanjang sayang belajar di Korea dulu" katanya lagi.

    Aku ingin tersenyum lantas aku memalingkan wajah ke arah lain. Amboi kau, buah hati bagai...ayat bukan main lagi!

    "Anyeong haseyo, omma" tegur aku sebaik sahaja melihat kelibat Omma di ruang hadapan rumah.

    Omma sedang membersihkan kawasan hadapan rumahnya. Suatu perkara yang aku kagum dengan keluarga JungHwa, biarpun mereka mempunyai harta dan wang yang banyak mereka tetap berserdehana di dalam semua perkara. Ini boleh dilihat daripada rumah mereka, sungguh berserdeharna dan mempunyai ciri-ciri rumah kampung seperti yang lain-lain padahal mereka mempunyai rumah tumpangan dan restoran sendiri.

    "Aigoo, nae ddal-ida. Eoseo wa(Eh, anak perempuan aku rupanya. Mari masuk)" dengan ramah Omma memanggil aku ke arahnya dan memeluk aku dan aku turut membalas pelukannya.

    Kali terakhir kami bertemu sewaktu aku ingin pulang ke Malaysia, kira-kira enam bulan lalu. Sungguh rindu aku akan seraut wajah tua ini. Biarpun berlainan agama dan bangsa, itu tidak menghalang kami untuk membina ikatan bersama. Malah, mereka akan menyediakan makanan halal untuk aku dan yang lain jika kami datang ke sini.

    "Ottae? Chemisso neoui yohaeng ga?(Macam mana? Seronok bercuti?)"tanyanya lagi kepadaku.

    "Ne, chemissoyo omma. Omma, i-buni nae napyeonieyo (Seronok Omma. Omma, ni suami saya) Adam Hariz. Awak, nilah Omma saya" aku memperkenalkan mereka berdua.

   "Anyeong haseyo Omma" ujar Adam dengan ramah. Aku tersengih. Akhirnya setelah hampir sejam belajar denganku pandai juga dia menyebut ayat itu dengan betul.

    "Aigoo, neomu chal saengyeosso. Eoso deuroga, Omma-ga cha-reul junbihagetta(aigoo, kacaknya, masuk ke dalam cepat, Omma akan buatkan tea)" Omma mengajak kami masuk ke rumahnya dan kami hanya menurut dengan berbesar hati.

    Aku segera mengekori Omma ke dapur membantu dia menyediakan tea biarpun beberapa kali dihalang. Kesian pula membiarkan dia melayan kami berdua. Adam pula aku tinggalkan di bahagian ruang tamu. Aku juga memberikan buah tangan daripada kami berdua iaitu Deokbokki yang baru sahaja aku buat tengahari tadi. Memandangkan kami tidak tahu buah tangan apa yang harus kami bawa, jadi aku menyediakan makanan korea itu dan juga sedikit buah peach yang kami beli dalam perjalanan pulang tadi.

    Kami sempat berborak panjang sambil menunggu kepulangan Junghwa dari kerjanya. Omma juga memberitahuku dia terkejut apabila diberitahu yang aku bakal berkahwin enam bulan yang lalu. Dia ingin turut serta namun apakan daya banyak hal yang harus dia uruskan pada waktu itu. Namun dia tidak lupa mendoakan kebahagian aku dari jauh. Sungguh terharu aku mendengar kata-kata itu. Omma sungguh baik orangnya, sentiasa memberikan semangat buat aku dan teman-teman yang lain bagaikan ibu sendiri.

    Omma memberi perhatian yang lebih kepadaku apabila mengetahui aku telah kehilangan ibu dan ayahku sewaktu aku berusia 17 tahun. Mulai dari itu aku dipanggilnya Nae ddal yang membawa maksud anak perempuanku. Malah, aku turut diperkenalkan kepada jiran-jiran sebagai anak perempuannya yang baru. Kelakar juga apabila diingatkan kembali peristiwa-peristiwa dulu. Sungguh sporting perangai Omma aku ini.

    Hampir setengah jam kami berborak, Jung Hwa akhirnya tiba. Kami berpelukan sebelum dia turut serta dalam perbualan kami. Dia mengambil tempat sebelah aku dan Omma. Adam pula lebih banyak memerhati daripada ikut serta dalam perbualan kami. Almaklumlah, dia bukannya reti akan apa yang kami bualkan. Aku tidak berbicara menggunakan bahasa inggeris kerana Omma tidak mampu berbual menggunakan bahasa berkenaan.

    "Yaa...wae neol nan hante yaegi anhae, Idham neun yeogi isseo? ( Wei, kenapa kau tak bagitahu aku yang Idham ada dekat sini?)" soal aku dalam suara yang perlahan agar tidak didengari Omma.

    "Neol keugo ottokhae ara?(Macam mana kau tahu?)" soalnya kembali.

    Mak cik ni, aku tanya dia bukannya hendak dijawab, ditanyanya aku balik.

    "Eoje mannasso. Nalli nasso, nan micheoboril got gata(Semalam aku jumpa dia. Kecoh kot, hendak gila kau rasa)" jawabku.

    "Wae? Idham oppa ajig neol chohahaesso? (Kenapa, Idham-oppa masih sukakan kau ke?)" soalnya lagi dengan bersungguh-sungguh.

    "Ah...nan molla. Naeil maleishia doragalke. Modeunge nan hante neomu komawo. Omma rang ni seonmul neomu chohago, komawosso(Ah, entahlah. Esok aku balik Malaysia dah. Terima kasih untuk semuanya. Hadiah kau dan Omma aku sangat suka. Aku berterima kasih)" ujarku sambil memeluknya.

    "Amugotto aniya, non uree kajokinikka. Keu namja shinkyongjima. Noeui haengbokeun hangsang kidohalke. Kokjong hajima (Tak ada hal lah, Jangan fikir sangat pasal lelaki tu. Aku selalu doakan kebahagiaan kau. Jangan risau)" ujarnya sambil membalas pelukanku.

   Syukur aku mempunyai sahabat-sahabat yang sangat menyayangi dan sedia membantu aku dikala senang dan juga susah. Sebelum pulang, omma sempat mengirimkan sebekas kimchi untuk aku bawa pulang ke Malaysia. Setelah mengucapkan selamat tinggal, kami pulang dengan hati yang berat. Pasti aku akan merindui keluarga angkatku disini.

    Penerbangan pulang ke Malaysia akan berlepas tidak lama lagi, aku duduk bersebelahan dengan Adam. Sepanjang enam jam lebih penerbangan kami, aku hanya lebih banyak tidur memandangkan aku cepat mabuk dan pening terutamanya jika menaiki kereta. Yang anehnya, kalau aku yang memandu tidak pula datang mabuk aku tu. Ada penjelasan saintifik ke akan penyakit aku ini? Hmm..entahlah, aku bukannya doktor so buat tak tahu je lah biarpun suami sendiri doktor pakar...haha.

    Kami pulang ke rumah Umi dengan menaiki kereta Alya. Pelbagai jenis soalan yang keluar dari mulut Alya sepanjang perjalanan pulang ke rumah Umi, teruja sangat dia apabila berbicara tentang Korea. Katanya dia ingin ke Korea tahun depan bersama teman-temannya jika tiada aral.

    Aku terkejut melihat kehadiran Kak Zura di rumah Umi dan dia dengan selamba memegang lengan Adam dengan mesra sebaik sahaja Adam tiba. Aku berpura-pura tidak perasan akan adegan itu.

    "Ini untuk Umi, Ira beli khas untuk Umi, harap Umi suka" kataku sambil menghulurkan sehelai kain sutera yang bercorakkan bunga-bunga sakura yang berwarna ungu.

    "Terima kasih" jawab Umi berserta senyuman.

    Dia membelek-belek kain itu dengan penuh minat.

    "Untuk I you beli apa Adam?" soal Kak Zura dengan manja.

    "Semua I serahkan kepada Ira, I tak beli apa-apa untuk siapa-siapa pun" jawab Adam.

    Aku mengangguk, kata Adam dia tidak pandai memilih cenderahati atau hadiah untuk orang jadi dia melepaskan tugas itu kepadaku.

    "Untuk Kak Zura ada, Ira belikan kain printed chiffon, boleh buat baju kurung" kataku sambil memberikan bungkusan kain itu kepadanya.

    Senyuman manis juga aku pamerkan.

    "Hmm...letak je kat situ. Adam, you balik rumah I malam ni kan?" soalnya lagi.

    Senyuman aku terus mati. Hatiku bagaikan berhenti berdetak. Adam akan tinggalkan aku?

    "I penatlah Zura, you boleh diam kejap tak?" jawab Adam dengan malas.

    Wajah Kak Zura masam mencuka.

    "Adam, lepas ni Umi hendak Adam temankan Azura, dengan Ira dah seminggu jadi Umi hendak Adam balik ke rumah Azura seminggu juga. Ira setuju kan?" soal Umi dengan tiba-tiba.

    Kini aku kembali ke dunia yang nyata. Segala kenangan indah kami hanya untuk sementara, kini aku harus siap sedia menghadapi hidup aku yang sebenarnya.

    "Ira tak kisah Umi" jawab aku dengan lemah.

    "Umi, Adam tahu akan tanggungjawab Adam, Umi tak perlu beritahu di depan Ira. Ira pun ada perasaan" tungkas Adam tiba-tiba.

    Umi terdiam begitu juga aku kak Zura dan Alya. Selama ini Adam tidak pernah bersikap demikian dengan Umi, mungkin kerana terlalu penat dia terlepas kata.

    "Umi masuk bilik dulu" tiba-tiba sahaja Umi bangun dari sofa dan melangkah ke biliknya.

    Kain sutera yang aku hadiahkan dibiarkan sahaja di situ. Kak Zura mengekori Umi menuju kebilik Umi. Rapat benar mereka berdua, lebih dari aku yang sudah enam tahun menjadi anak angkatnya.

    Hatiku kecewa, aku rasa bagaikan Umi yang dulu sudah hilang. Umi yang ada didepan ku hanya memikirkan Kak Zura dan kandungannya. Aku bagaikan tiada tempat di hatinya lagi. Apakan daya, sudah nasib badan. Aku menoleh ke arah Adam yang sedang bersandar di sofa.

    "Awak kenapa cakap dekat Umi macam tu. Pergi minta maaf sekarang" ujar aku dengan lembut.

    "Nantilah, abang penat ni. Ira jangan ambil hati dengan Umi. InsyaAllah, umi akan kembali seperti biasa" balasnya seperti mengetahui apa yang aku fikirkan.

    Sedikit sebanyak kata-katanya mengubat hatiku ini.

    Untuk makan malam, aku dan Alya menyediakan sup ayam, sayur goreng dan juga daging masak merah. Kak Zura pula masih bersama Umi. Sewaktu aku sedang menggoreng daging, Kak Zura tiba-tiba datang ke dapur. Ketika itu Alya ke biliknya untuk menjawab panggilan telefon yang tiba-tiba masuk.

    "Seronoklah kau dapat bercuti dengan Adam kan?"

    Aku tersentak mendengar soalannya dengan kasar itu.

    "Kak Zura, kenapa akak cakap macam tu?" soalku dengan keliru.

    "Kau jangan ingat kau boleh dapat Adam dengan senang, aku tak akan benarkan"dia menarik rambutku dengan kasar dan membisikkan kata-kata itu dengan pandangan yang tajam.

    Aku mengaduh kesakitan dan juga terkedu dengan sikap Kak Zura yang berubah 180 darjah ini.

    "Akak...saya.."

    "Kak Ira, daging dah masak?" laungan Alya dari ruang tamu menghentikan kata-kataku.

    "Kau ingat, aku akan gunakan apa-apa cara sekalipun untuk hapuskan kau dari hidup Adam. Ingat tu" bisik Kak Zura lagi sebelum melangkah keluar dari dapur.

    Aku hanya memandang langkah Kak Zura dengan pandangan yang keliru. Apa maksud dia? Adakah dia cuba mengugut aku berkaitan dengan nyawa aku? Dia cuba mengacam akukah? Ya Allah, sungguh aku tidak sangka, mungkin betul kata Alya, Kak Zura cuba untuk membunuh aku sebelum ini dan mungkin juga dia akan terus mencuba.

    Selepas isyak kami pulang ke rumah, Umi masih tidak mengendahkan aku menurut Adam dia sudah meminta maaf kepada Umi jadi aku sedikit lega apabila Umi berbual mesra dengannya. Aku tidak kisah jika aku dipinggirkan tetapi tidak Adam kerana syurganya terletak di bawah tapak kaki Umi. Aku tidak mahu Adam dilabel anak derhaka hanya kerana aku.

    Selesai membersihkan diri, aku membaringkan tubuhku di katil empuk kesayangan aku ini. Adam mungkin sedang berehat dibiliknya. Fikiranku melayang mengenangkan sikap Kak Zura. Apa yang harus aku lakukan? Adakah aku perlu memberitahu Adam akan ugutan Kak Zura?

Tok! Tok!Tok!

    Ketukan di pintu bilikku kedengaran. Mesti Adam, apa yang dia mahu? Aku segera membuka pintu bilikku. Dia tersembul di bilikku dengan wajah yang suram. Kenapa ni? Aku mulai resah.

    "Awak, kenapa? Apa dah jadi?" soal aku dengan cemas.

    "Abang tak boleh tidur, rindu dekat sayang" jawabnya sebelum menerpa memelukku dengan tiba-tiba.

    Aku terpana. Eh, eh, pak cik ni, mengada-ngada! Aku ingatkan apalah tadi.

    "Dah, pergi tidur bilik awak. Tak payah nak gatal sangat" balasku sambil cuba memboloskan diri.

    Dia tiba-tiba melepaskan pelukan dan membaringkan tubuhnya di katilku. Suka hati dia je.

    "Awak, bangunlah, saya..."kata-kataku terhenti dengan sendiri apabila merasakan sesuatu yang aneh pada leherku. Aku segera menuju ke meja solek.

    MasyaAllah, rantai emas putih yang sungguh indah bertakhtakan sebiji berlian bentuk bunga ros merah, sama seperti cincin kahwin di jari manisku. Aku menyentuh bunga ros itu dengan perlahan-lahan. Sungguh cantik dan berseri-seri. Mataku bagaikan terpaku. Pasti dia memakaikannya sewaktu dia memeluk aku tadi. Aku tersenyum, sungguh pandai dia.

    "Sayang suka?" soalnya.

    Dia memandang aku dari jauh bersama senyuman lebar.

    "Suka sangat! Jazakallahukhair. Bila awak beli?" soalku sambil melangkah menuju ke arah katil.

    "Semasa sayang shopping dekat Lotte Mall, abang pergi ke kedai barang kemas. Terjumpa rantai ni, terus abang belikan untuk sayang."jawabnya.

    "Saya suka sangat. Tadi bukan main cakap tak beli apa-apa barang untuk siapa-siapa, dah tu, rantai ni?" saja aku mengenakannya.

    Dia menarik aku ke ribanya.

    "Sayang bukan siapa-siapa, sayang ialah jodoh abang, cinta hati dunia dan akhirat abang" jawabnya dengan romantis.

    Aku tersenyum malu.

    "Terima kasih" balasku.

    "So bolehla abang tidur sini kan?"soalnya tiba-tiba.

    "Haa? Bilik awak kan ada" terkejut aku dengan permintaannya yang tiba-tiba.

    Jika di Korea dulu,terpaksa jadi tidak mengapalah tetapi di rumah ini ada empat buah bilik jadi boelh pilih je mana-mana yang dia suka, kenapa bilik aku jugak yang dia nak?

    "Tapi sayang tak ada. Boleh je abang tidur bilik abang asalkan sayang ikut" balasnya dengan nakal.

    Aku mengeluh panjang. Memang tidak boleh lakukan apa-apa jika dia dah buat perangai.

    "Suka hati awaklah, awak jangan kacau saya, nanti saya belasah awak"ugut aku.

    "Okey sayang, jom tidur!" ujarnya sambil membaringkan aku di sebelahnya sebelum turut membaringkan badannya.

    Aku menggeleng, tiada beza pun aku ugut ke tak ugut. Redha je lah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna